CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 456|Reply: 2

Hendak cantik tapi kedekut mahu bayar jurusolek

[Copy link]
Post time 11-5-2025 11:42 PM | Show all posts |Read mode




Seakan tidak masuk akal pun ada. Iyalah, kita hidup di zaman bila ini yang segala benda hendak diminta percuma sahaja.


Perihal artis minta jurusolek menyediakan perkhidmatan percuma ini seingat Cik Bunga, zaman dulu adalah.


Sudah masuk era 2025 ini, rasanya tidak relevan untuk seorang artis harapkan benda percuma apa lagi jika yang diminta itu adalah kudrat orang atau servis orang.


Dengar macam remeh, tapi usahlah buat begitu. Bukannya orang tak tahu penyanyi wanita ini punyai wang sebab dia pun sedang menjalankan perniagaan sendiri.


Kalau iya pun tidak mahu membazir duit, janganlah buat begitu. Kudrat orang, hasil kerja orang, bayarlah. Asyik hendak minta percuma sahaja, lama-lama orang jadi jelik atau meluat dengan perangai awak.


Pula itu, siap ‘demand’ lagi hendak khidmat jurusolek, tapi hasil kerja nak yang tip top! Wah… kalau Cik Bunga pun akan rasa macam satu penghinaan.


Awak mahu lawa, mahu cantik, tapi kedekut tahi hidung masin. Macam manalah tak kecil hati orang mendengarnya. Kalau Cik Bunga, memang tak kuasa hendak melayan. Buat bodoh sahaja.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2025 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Antaranya iols suka zamri zainol. Dulu dia dgn lancome. Sekarang dengan dior kot.


Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 09:32 AM | Show all posts
Cik Sampah oii, kalau setakat gosip cam ni x payah la.
Ko pun gosip ala era 80an. Tulis je nama...berani kerana benar.
Ke ko trainee baru grad?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.070076 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list