CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48|Reply: 0

[Kedah] Jalan raya di kaki Gunung Jerai dinaiki air

[Copy link]
Post time 10-5-2025 01:08 PM | Show all posts |Read mode
Jalan raya di kaki Gunung Jerai dinaiki air

Zuliaty Zulkiffliam@hmetro.com.my






AIR melimpah di jalan utama Gurun berhampiran Gunung Jerai. FOTO Tular




Gurun: Jalan raya utama berhampiran Gunung Jerai dan sebuah kampung di sini, dinaiki air susulan hujan lebat lebih dua jam, awal pagi hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Amirul Asyraf Mohamad Mayidin berkata, pihaknya turut menerima laporan kejadian banjir kilat di Kampung Sungai Kunyit, dekat sini jam 1.30 pagi tadi.

Katanya, sejurus Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Daerah Kuala Muda menerima panggilan berhubung kejadian itu, enam anggotanya bergerak ke lokasi untuk melakukan penyelamatan.

Katanya, hujan lebat lebih dua jam tengah malam tadi menyebabkan banjir kilat sebelum air surut sepenuhnya jam 3 pagi.

"Hasil maklumat awal, pengadu memaklumkan terdapat lima buah rumah dinaiki air dan didapati seorang mangsa tidak dapat keluar dari rumahnya disebabkan baru selesai menjalani pembedahan dan meminta bantuan untuk dikeluarkan dari lokasi banjir.

"Anggota APM Kuala Muda sampai di lokasi dan mendapati trend air mulai menurun dan air yang masuk ke dalam rumah mulai surut sepenuhnya.

"Selain itu, anggota APM membuat pemantauan sehingga penghuni kembali masuk ke rumah masing-masing," katanya ketika dihubungi hari ini.

Amirul Asyraf berkata, tiada pusat pemindahan dibuka setakat ini dan air mulai surut namun pihaknya akan terus melakukan pemantauan di kawasan rendah sekiranya hujan lebat berterusan.

Selain itu katanya, penghulu mukim berkenaan turut memaklumkan air melimpah ke jalan raya berhampiran sebuah restoran, dekat sini.

Dalam pada itu, tular di media sosial sejak awal pagi tadi berhubung kejadian banjir kilat yang memenuhi jalan raya utama di hadapan sebuah restoran di jalan lama Gurun berhampiran Gunung Jerai.



Disiarkan pada: Mei 10, 2025 @ 11:28am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/05/1217007/jalan-raya-di-kaki-gunung-jerai-dinaiki-air




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.042208 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list