CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 200|Reply: 2

Penganjur konsert perlu jujur, ambil untung atas angin tidak bagus – Awie

[Copy link]
Post time 8-5-2025 12:25 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Penyanyi, Datuk Awie meluahkan rasa kesal dengan tindakan sesetengah penganjur konsert yang didakwa menjual slot tempahan premis acara dengan harga yang lebih tinggi kepada pihak lain.


Menurut Awie, tindakan mereka mengaut keuntungan ‘atas angin’ seperti itu tidak beretika malah menyukarkan pihak lain yang benar-benar mahu membuat slot tempahan.


“Saya mohon kepada penganjur acara atau konsert yang sudah membuat tempahan lokasi untuk sesuatu tarikh bersikap jujur.


“Jangan ambil kesempatan dengan menjual slot tersebut kepada pihak lain dengan harga yang lebih tinggi. Jangan ambil untung atas angin, itu tidak bagus,” katanya.


Awie meluahkan perkara itu selepas mengakui dirinya sukar untuk membuat tempahan di kebanyakan premis acara sekitar Kuala Lumpur untuk Konsert Jelajah Rockology 2025 akan datang.


Sedar premis acara di ibu negara terhad, penyanyi lagu Sejati itu turut menegaskan agar pihak penganjur tidak bersikap ‘penting diri’ untuk membuat tempahan sebelum mempunyai perancangan yang jelas.


  


“Sebagai penganjur konsert, saya juga boleh buat perkara sama. Namun pada saya perkara itu tiada keperluan kerana saya bersama rakan kongsi akan berbincang terlebih dahulu sebelum membuat tempahan premis.


“Kami tidak mahu pada akhirnya kami adakan persembahan yang bukan-bukan di premis acara tersebut kerana tidak mempunyai perancangan yang jelas.


“Kepada penganjur konsert, jujurlah. Ada konsert baru buat tempahan. Jangan main tempah sahaja. Lokasi konsert sangat terhad di Malaysia,” jelasnya.


Sementara itu, Awie turut mencadangkan pihak premis acara membuat saringan terlebih dahulu agar tiada penganjur yang mengambil kesempatan selain mampu memudahkan urusan pihak lain.


“Kita tidak menyalahkan pihak pengurusan lokasi acara kerana mereka berniaga. Kalau boleh tapis dahulu. Situasi ini berlaku pada kami hingga akhirnya terpaksa mencari lokasi lain di luar Kuala Lumpur.


“Kebetulan kami menerima banyak permintaan untuk buat persembahan di sana, jadi kami teruskan sahaja,” katanya.


  


Mengulas mengenai Konsert Jelajah Rockology 2025, Awie bakal bergabung tenaga dengan Search KidDin untuk membuat persembahan di Midtown Perda, Pulau Pinang, pada 21 Jun depan.


Kemudian, dua kumpulan rock lagenda itu akan membuat persembahan di EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor pada 5 Julai. - UTUSAN


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2025 09:05 PM | Show all posts
ada kartel booking venue dahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 07:27 AM | Show all posts
Selagi boleh buat duit...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.079774 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list