CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 749|Reply: 8

Fasha Sandha gembira sahabat akhirnya bertemu jodoh, kongsi Luna Maya mahu segera timang anak

[Copy link]
Post time 8-5-2025 09:07 AM | Show all posts |Read mode



PELAKON Fasha Sandha sanggup terbang ke Bali, Indonesia semata-mata ingin meraikan perkahwinan rakan artis Luna Maya pada Rabu.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 41, berkata, dia sudah lama tidak bertemu dengan sahabatnya itu namun mereka masih sentiasa berhubung antara satu sama lain.

Kata Fasha, dia tumpang gembira melihat Luna kini sudah bertemu teman hidup.

"Sejak 2001 tak selalu jumpa sebab dah lama saya tak pergi Jakarta dan dia (Luna) pun tak datang Kuala Lumpur, tapi kami selalu berhubung.



"Saya gembira awak (Luna) sudah bertemu dengan soulmate awak Luna sayang.


"Terima kasih kerana berkongsi hari bahagia ini dengan kami. Majlis perkahwinan yang sungguh indah," katanya.


Fasha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.


Dalam pada itu, Fasha memberitahu sebelum ini Luna sering tertanya-tanya bilakah dia akan mengakhiri zaman bujang.


Malah kongsi Fasha, pelakon filem Sumala itu ingin segera hamil dan meminta peminatnya untuk mengirimkan doa.


"Dia (Luna) selalu cakap entah bila dia nak kahwin tapi Alhamdulillah jodoh rahsia Allah.


“Paling penting saya berbesar hati apabila diundang ke majlis perkahwinannya.


"Jom semua tolong doakan Luna cepat-cepat dapat bayi. Dia kata ini (dapat anak) adalah impiannya selepas ini, nak cepat hamil," ujarnya.


Pada petang Rabu, Luna dan pasangannya Maxime Bouttier sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.


Luna dinikahkan sendiri oleh abang kandungnya iaitu Tipi Jabrik dan disaksikan oleh pelakon Raffi Ahmad, seorang penolong pendaftar perkahwinan serta seorang lagi saksi.




Majlis pernikahan yang berlangsung secara tertutup itu hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat rapat.


Upacara pernikahan pasangan selebriti ini turut disiarkan secara langsung menerusi YouTube Luna Maya.


Untuk rekod, hubungan cinta Luna dan Maxime mula dihidu peminat sekitar tahun 2023.


Pada April lalu, Maxime melamar Luna dengan melutut dan menghulurkan sebentuk cincin ke arah aktres itu semasa mereka bercuti di Jepun. - mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2025 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
lebih kurang sama muka fasha maya
tahniah tahniah dpt sauk anak ikan
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 09:17 AM | Show all posts
macam adik beradik
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 09:20 AM | Show all posts
Luna and laki dia beza 10 tahun kan? Luna 42 and laki dia 32 la kot. Tapi luna nie muslim ye?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 09:51 AM | Show all posts
laki dia helok sgt.. pelakon ticket to paradise, smoga allah kurniakan zuriat
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 10:03 AM | Show all posts
helok dua2 .... slmt pengantin baruuu luna !
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2025 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
heloknya laki awak.luna... dulu suka tgok luna dgn reno barak, tp x sangka skdar jaga jodoh org ..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 10:12 AM | Show all posts
Cantik dan hesmes....iols jelezzzz yek....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2025 11:14 AM | Show all posts
Fasha ni dh tinggi, Luna lg tinggi rupanya.
Fasha 1.68, Luna 1.72.

Tak sia2 single lama2...dapat tangkap anak ikan helok..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.045868 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list