CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 79|Reply: 0

[Sarawak] Hasrat menggayakan 'tangu' tidak kesampaian bagi Alverry Aveera

[Copy link]
Post time 7-5-2025 10:25 AM | Show all posts |Read mode




Alverry Aveera bersama datuknya. - Gambar Facebook peribadi ihsan Siti Khadijah Abdullah

SIBU: Hasrat seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun untuk mengenakan ‘tangu’, perhiasan dada tradisional wanita Iban sempena sambutan Gawai Dayak tahun ini, tidak kesampaian apabila mangsa maut dalam kemalangan bersama datuknya di Jalan Salim, di sini semalam.

Mangsa, Alverry Aveera Abdullah, meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang datuknya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi.

Menurut ibunya Siti Khadijah Abdullah, arwah anaknya sering bertanya tentang 'tangu' yang sedang diusahakan untuknya.

“Saya berusaha keras menyiapkannya walaupun banyak kesilapan sepanjang proses itu.

“Saya juga membeli ‘kain tating’ kerana kami fikir ia akan kelihatan cantik apabila dipadankan bersama.

“Tapi kami tidak pernah menyangka kamu akan pergi secepat ini,” luahnya dalam satu hantaran pilu di Facebook yang turut disertakan beberapa gambar Alverry Aveera.

Lebih menyedihkan, Siti Khadijah turut kehilangan bapanya, Uchong Antang, 80, yang juga maut dalam kejadian tersebut.

Ketika dihubungi, beliau memaklumkan bahawa bapanya dalam perjalanan menjemput Alverry Aveera pulang dari sekolah ke rumah panjang mereka sebelum kemalangan berlaku.

Alverry Aveera telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang petang kelmarin manakala upacara pengebumian bagi mendiang Uchong akan diadakan di Rumah Grace Itun, Jalan Salim.

Siti Khadijah turut merayu kepada orang ramai agar berhenti menyebarkan rakaman video kejadian tersebut yang tular di media sosial.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam kenyataannya memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati motosikal dinaiki kedua-dua mangsa keluar dari simpang Rumah Birai ke Jalan Salim sebelum dirempuh sebuah lori dari arah Sibu Jaya.

“Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng, seorang kanak-kanak perempuan, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sibu,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.054746 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list