View: 248|Reply: 6
|
Media sosial bukan tempat selesaikan masalah peribadi - Ashraf Muslim
[Copy link]
|
|
Pelakon Ashraf Muslim berpendapat plafform media sosial bukanlah tempat untuk menyelesaikan masalah, terutama soal peribadi.
Ashraf berkata, platform media sosial boleh membawa lebih banyak masalah.
Justeru, Ashraf mengingatkan pengguna media sosial lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang hantaran dan memikirkan kesan yang bakal terjadi kepada keluarga dan insan terdekat.
"Jangan jadikan media sosial sebagai platform untuk selesaikan masalah sebab tidak semestinya di platform ini dapat membantu meringankan bebanan.
"Sebaliknya, media sosial menyumbang masalah lebih banyak, jadi kena berhati-hati. Tidak semestinya orang luar suka atau sokong kita.
"Kalau sayangkan diri, keluarga dan orang sekeliling, berhati-hatilah dalam membuat keputusan berkongsi dalam media sosial," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran aplikasi Khawla Showcase di ibu negara, baru-baru ini.
Pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu berkata, apa sahaja masalah membabitkan keluarga sepatutnya disimpan dengan kemas, bukan didedahkan untuk tatapan umum jika timbul masalah.
Malah, Ashraf turut mengingatkan kedua-dua isterinya supaya memanfaatkan penggunaan media sosial dengan sebaiknya.
"Keluarga adalah harta yang perlu dijaga dengan baik. Tidak kisah sama ada kebaikan, keburukan atau aib, sebagai keluarga kitalah perlu jaga dengan baik.
"Ibarat seperti kereta rosak, takkan nak biarkan tengah jalan begitu sahaja. Kitalah yang kena baiki sikit demi sikit.
"Janganlah kita gunakan amarah dengan selesaikan di tempat yang tidak sepatutnya, termasuklah media sosial.
"Media sosial adalah platform yang bagus, tetapi kalau digunakan dengan cara tidak bagus, lama-kelamaan ia akan merosakkan hubungan dengan orang tersayang, diri sendiri dan keturunan," katanya.
Ashraf juga mengingatkan berhati-hati sebelum menulis di platform media sosial kerana bimbang boleh menyinggung perasaan orang lain.
"Jadi, kena berhati-hati apabila berkata-kata atau menunjukkan dari segi perbuatan. Ia boleh membuatkan orang lain berkecil hati. Perkara ini mungkin akan memberi kesan yang tidak baik kepada orang lain dan diri sendiri.
"Bagi saya, janganlah kita buka cerita dan aib sama ada baik atau buruk dalam media sosial. Simpanlah, takkan semua perkara mahu dikongsi," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ok la..die ni mgkin layak la kot jd icon poligami..dah la hensem..wlupon cara poligami awalan tu kaedah mentipu jugak,tp so far skang mcm aman2 je semua..ribut2 tu mebi secara terselindung,xde ribut die media sosial..mgkin jenis pandai jaga hati dan beli jiwa semua pihak..
tp setakat ni lahhhh..jgn bg2 tips sgt ye.kang tibe2 meroyan salah sorg drpd bini ko tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
iols setuju dengan point heols
makin ramai pulak bukak pekung keluarga sendiri kat media social. dah macam berlumba-lumba pulak
ada tu sampai sanggup bergaduh, bercakar dengan adik-beradik, rosakkan majlis kahwin adik-beradik, semata-mata nak update kat media social, dia kena dera bagai. dia la terpaling mangsa keadaan. lepas tu netizen bodo kat media sosial pun, bagi kata2 sokongan, join bash family yang tak bersalah
kalau la dunia tau keadaan sebenar, orang2 camni kambus kepala dalam tanah wey malu. fitnah berleluasa |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tertengok bakal isteri azlan komeng yg berniqab meroyan on socmed. Zaman org gile skrg 
Padahal sape azlan komeng.. sape nilam???? |
|
|
|
|
|
|
|
Diam2 nnt bini kena bunuh laki, anak kena rogol bapak, jiran sebelah hari2 mengurat bini, jiran sebelah buang kaca sampah rumah korang byk kali, rakan sekerja jampi2 bomoh2 korang byk kali, scammer dtg scam korang dan korang diam2 saja sorokkan masalah |
|
|
|
|
|
|
|
Tolong bagi sepatah dua kata kat Ucetad dan bini glamor nya tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|