View: 890|Reply: 28
|
[Tempatan]
India serang Pakistan.orang awam Dan kanak kanak terkorban
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 7-5-2025 08:04 AM
MUZAFFARABAD: India melancarkan peluru berpandu ke wilayah Pakistan awal pagi Rabu, mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang, menurut Pakistan.
Islamabad pula memaklumkan Pakistan sudah mula bertindak balas, satu perkembangan yang memburukkan lagi ketegangan antara dua negara kuasa nuklear itu.
Kerajaan India berkata, ia menyerang sembilan lokasi yang disifatkan sebagai 'serangan tepat ke atas kem militan' di wilayah Kashmir yang ditadbir Pakistan.
Serangan dilancarkan beberapa hari selepas ia menuduh Islamabad bertanggungjawab dalam serangan maut di kawasan Kashmir yang dikuasai India.
Tiga orang awam, termasuk seorang kanak-kanak, terkorban dalam serangan yang disasarkan ke sekurang-kurangnya lima lokasi, menurut Menteri Pertahanan Pakistan, Khawaja Muhammad Asif kepada AFP.
"Tindak balas telah pun bermula. Kami tidak akan mengambil masa lama untuk membalas," katanya sambil menuduh Perdana Menteri India, Narendra Modi, melancarkan serangan itu bagi 'meningkatkan popularitinya di dalam negara'.
Terdahulu, tentera Pakistan berkata lima lokasi yang diserang termasuk tiga di Kashmir yang ditadbir Pakistan dan dua lagi, Bahawalpur dan Muridke, di wilayah paling padat di negara itu, Punjab.
Wartawan AFP di Kashmir dan Punjab yang dikuasai Pakistan turut melaporkan beberapa letupan kuat.
Tidak lama selepas itu, India menuduh Pakistan melepaskan tembakan meriam merentasi Garisan Kawalan (LoC), sempadan de facto di Kashmir, yang turut didengari oleh wartawan AFP di kawasan berkenaan.
Tindakan balas ketenteraan India telah dijangkakan susulan serangan 22 April lalu ke atas pelancong di Kashmir yang ditadbir India, yang didakwa dilakukan oleh kumpulan militan Lashkar-e-Taiba berpangkalan di Pakistan.
Pergerakan itu diisytihar sebagai pengganas oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Serangan itu mengorbankan 26 orang, kebanyakannya lelaki beragama Hindu, di kawasan pelancongan popular Pahalgam. Tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric dalam kenyataan berkata, dunia tidak mampu untuk menyaksikan konfrontasi ketenteraan antara India dan Pakistan, sambil menggesa 'tindakan paling berhemah'diambil.
Ditanya mengenai serangan itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memberitahu pemberita di Washington bahawa beliau berharap pertempuran 'akan tamat dengan segera'.
Kedutaan India di Washington pula memaklumkan bahawa Penasihat Keselamatan Negara India, Ajit Doval, telah memberi taklimat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio selepas serangan tersebut.
Tentera India, menerusi video yang dimuat naik ke akaun X selepas serangan Rabu itu, menyatakan 'keadilan telah ditegakkan', manakala New Delhi menyifatkan tindakannya sebagai 'terarah, bersifat terkawal dan tidak mencetuskan peningkatan ketegangan'.
'Tiada kemudahan tentera Pakistan yang menjadi sasaran', tambah kenyataan itu, yang turut menegaskan India menunjukkan tahap kawalan yang tinggi dalam pemilihan sasaran dan kaedah pelaksanaan.
Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif menyifatkan serangan India sebagai 'tidak bersebab' dan 'pengecut', sambil memberi amaran bahawa 'tindakan pencerobohan keji itu tidak akan dibiarkan tanpa pembalasan'.
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi dijangka tiba di New Delhi pada Rabu, dua hari selepas mengunjungi Islamabad, ketika Tehran berusaha menjadi orang tengah. - AFP |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
New Delhi menyifatkan tindakannya sebagai 'terarah, bersifat terkawal dan tidak mencetuskan peningkatan ketegangan'.
idk what exactly he said
tp kelakar la
ko serang org tu lps tu nk expect org tu diam2 je
haishh punca2
sape forummer yg duk minta2 ww3 tu
ha ni bunga2 die |
|
|
|
|
|
|
|
tiba2 kt fb ramai melayu sokong pakistan
sebelum ni kemain kutuk jual karpet la pengotor la busuk la apa la
pastu yg mengulas acah2 terpaling tahu
mcm kan jadi pemimpin dua2 negara tu lak
palatao sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
Perasan tak di mana ada Islam di situ ada banyak perang.
|
|
|
|
|
|
|
|
pank nuar kata jadi org tgh..tak brapa jadi eh  |
|
|
|
|
|
|
|
Pergi bunuh tourist bagi headshot... Taliban pakis and afghan pun tidak harm tourist |
|
|
|
|
|
|
|
Apa teori konpirasi if sempadan India pakis kasmir china perang ni ai lupa lah |
|
|
|
|
|
|
|
ada bukti ke pihak pakistan bunuh 24 pelancong tu?
main tuduh2 aja
kalu org tu dh gila, sapa2 pun dia bunuh
lainla dia buat live dpn tv,youtube,tiktok, tembak sorg2 cam mandarin dlm ironman bagai tu..bolela jugak tuduh
ni smpai skrg jadi bodoh masing2, nape tak pi sana sama2 siasat petualang nya
ni terus bom
bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
...sementara kawan iols holiday di pakistan baru sampai kelmarin nak stay 11 hari di sinun
kashmir antara tempat dlm itinerary.
|
|
|
|
|
|
|
|
abg aku nak pergi shimla main ski hujg thn ni...aku ckp ko jgn buat giler..tu xtau la jd ke tak ni dah berperang... |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 7-5-2025 09:57 AM
...sementara kawan iols holiday di pakistan baru sampai kelmarin nak stay 11 hari di sinun
kas ...
Iols ada verangan nk holiday kat pakistan sbb laki iols penah outstation sana pegi ceruk ulu banat, lawa giler katanya, nk bawak bininya nnt. Iols delay2 je hasrat pegi situ sbb takutkan perang wpun ramai post makan hangen aman2 aje.. mujur x jd mcm kawan chuols, dah kat sana, betul2 perang pulok. Skrg ni nk gi mana2 pon takot.. tgk flight oun byk yg divert sana sini.. ish |
|
|
|
|
|
|
|
Kashmir, Arakan dan now called seroel adalah kawasan yang britis sengaja tinggalkan buat status tak pasti,for future akan jadi rebutan. Konon bagi merdeka tapi pecah belahkan orang. Akibatnya lihatlah sekarang.
Sementara itu atuk kata berharap cepatlah berakhir tapi sebenarnya tengah cucuk jarum. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 6-5-2025 07:53 PM
batmana replied at 6-5-2025 05:54 PM
ada bukti ke pihak pakistan bunuh 24 pelancong tu?
main tuduh2 aja
Kita tukar soldier semua jadi tranny... Tidak perlu bunuh bunuh ini kan... Tidak perlu military/defense department setiap negara.. |
|
|
|
|
|
|
|
bangsa paling byk buat kerosakan seluruh dunia di setiap benua berkekalan sampai skrg
kiblat raja raja melayu
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang lain perang, dia pun nak. Emh.
Apa benda perangai manusia 2000 tahun dulu dan sekarang? Takda. Sama jah. |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 7-5-2025 12:06 PM
bangsa paling byk buat kerosakan seluruh dunia di setiap benua berkekalan sampai skrg
kiblat raja ...
Suatu ketika dulu penah jadi adikuasa dunia
Sbb tu bhs inglissh tu jd bhs internasionaley
Pastu kena sailang ngn US
Lama laa US duk jd no syatu tp la ni tergugat dahhh
Asal jd no syatu je sibuk nk menjajah dan menjarah negara org
Kerosakkan yg omputeh tu buat takleh nk bekki dah
Cth kat Tanah Melayu nih jelaaaa hangkut perabis ummah yindia dan caina mai sini |
|
|
|
|
|
|
|
Menyalahkan orang lain memang sedap tapi tanpa penjajah pun bangsa ni akan bercekau. Jangan kata nak bina negara, dengan kampung sebelah pun tak boleh aman. Bak kata indon, ramai yang nak jadi raja padahal tanah jajahan layak status kabupaten ja.
|
|
|
|
|
|
|
|
isu militan tu saja je create bg bunga2 spark nk start perang
yg pasti kat tgh2 nya mesti ada USA
|
|
|
|
|
|
|
|
India dgn pakistan ni mentality sakai, sekali dia bom nucleae hancur donia, ishhhh. |
|
|
|
|
|
|
| |
|