CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 951|Reply: 21

[Tempatan] Kanak-kanak lemas jatuh kolam terbiar di Presint 17

[Copy link]
Post time 5-5-2025 10:53 PM | Show all posts |Read mode




PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan lemas dalam kolam takungan terbiar di Presint 17, di sini petang tadi.


Mayat mangsa ditemukan dalam kolam berdekatan jejambat Presint 17 menghala Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Kasturi, di sini kira-kira pukul 5.12 petang.


Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, mayat kanak-kanak itu ditemukan oleh orang awam yang kebetulan melalui lokasi kejadian sebelum menghubungi pihak berkuasa.


Beliau berkata, pemeriksaan telah dijalankan oleh doktor bertugas dan mengesahkan kanak kanak tersebut telah meninggal dunia.


“Proses bedah siasat akan dijalankan di Jabatan Forensik, Hospital Putrajaya (HPJ) sekitar pukul 8 pagi esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Sementara itu, jurucakap Bomba dan Penyelamat Putrajaya ketika dihubungi berkata, sejurus di lokasi kejadian, pihaknya mendapati seorang kanak-kanak didapati lemas dalam kolam itu.


“Mangsa berjaya dinaikkan ke darat namun, dalam keadaan tidak sedarkan diri. Mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.


Dalam pada itu, sumber memaklumkan, mangsa dikatakan ke kolam takungan itu bersama dua rakannya sebelum mangsa tiba-tiba terjatuh dalam kolam itu.


“Mangsa tiba-tiba tergelincir dan jatuh ke dalam kolam sebelum lemas,” katanya. – UTUSAN



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2025 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Camna la dik ko boleh gi situ.
Kolam terbiar ni biasanya dalam.
Tak pandai berenang jangan nak dok gatal gi lombong atau kolam2 camni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 07:59 AM | Show all posts
kawan2 lari tinggalkan ke
atau kawan2 dh balik die je duk main lagi kt situ

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak ni looking for a little adventure kot. Bosan dah main kat swimming pool ja. Pilih pun kolam terbiar.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 6-5-2025 07:59 AM
kawan2 lari tinggalkan ke
atau kawan2 dh balik die je duk main lagi kt situ

Pelik betul. Takkan la mak bapak adik ni tak cari. Yg jumpa pun orang awam kan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 08:48 AM | Show all posts
selama aku tinggal area situ xpernah tahu plak ada kolam kat situ,dalam plak tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2025 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Murid sekolah anak saya, SKPP18(1). Dengar kata main basikal area situ dan terjatuh. Wallahu a'lam. Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 09:37 AM | Show all posts
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ takziah utk keluarga arwah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2025 09:59 AM | Show all posts
Salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 10:05 AM | Show all posts
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Allahuakbar
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 10:24 AM | Show all posts
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 11:06 AM | Show all posts
copy_paste replied at 6-5-2025 08:48 AM
selama aku tinggal area situ xpernah tahu plak ada kolam kat situ,dalam plak tu

Try tengok kat Google sattelite view pun aku gagal mencari kolam tersebut. Ka wartawan ni tak tau beza tasik dengan kolam.




Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 05:44 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 6-5-2025 11:06 AM
Try tengok kat Google sattelite view pun aku gagal mencari kolam tersebut. Ka wartawan ni tak tau  ...

Kolam. Lokasi yang dinyatakan berhampiran dengan jejambat dan menghala ke PPAM kasturi. Berdasarkan gambar ada jalan tak berturap dan semak merimbun, aku syak kolam yang ni.




(bulatan merah)



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo macam kawasan off road je. Maybe in future nak bangunkan jadi kawasan perumahan jugak kot
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 06:25 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 6-5-2025 05:44 PM
Kolam. Lokasi yang dinyatakan berhampiran dengan jejambat dan menghala ke PPAM kasturi. Berdasarka ...

OK nampak.

Gigih juga lah budak tu naik beskal sampai ke situ. Haruslah kawan2 yang lead the police there if not makan tahun lah nak tunggu orang terjumpa rangka.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2025 08:34 AM | Show all posts
airfilterkotor replied at 6-5-2025 05:44 PM
Kolam. Lokasi yang dinyatakan berhampiran dengan jejambat dan menghala ke PPAM kasturi. Berdasarka ...

tengok dlm group wasap diorg ckp kolam yg ni la,

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak saorang coach kan katanya sissy? Most probably memang mandi dalam tu sebab jumpa pun dalam keadaan tak berbaju sissy. Takkan pergi pancing ikan pulak kan sissy?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 7-5-2025 08:34 AM
tengok dlm group wasap diorg ckp kolam yg ni la,

Kawasan sekitar PPAM tu ada 3 kolam yang aku boleh jumpa kat gugel map/earth.
Kolam ni paling menghampiri ciri dan lokasi yang disebutkan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 05:29 PM | Show all posts
Salam takziah buat keluarga mangsa...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-5-2025 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.052282 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list