CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 155|Reply: 1

Lelaki menyamar jadi Zara Zya, perdaya orang ramai

[Copy link]
Post time 2-5-2025 05:19 PM | Show all posts |Read mode


Seorang lelaki didakwa menyamar sebagai pelakon Zara Zya dengan tujuan memperdaya dan menipu mangsa bagi mendapatkan wang secara mudah.

Tidak berdiam diri dengan perkara itu, Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, mendedahkan nama dan wajah lelaki berkenaan di media sosial miliknya bagi mengelak orang ramai ditipu olehnya.

“Lelaki ini menyamar sebagai diri saya dengan menghubungi mangsa secara bertulis dan bercetak melalui WhatsApp bertujuan menipu dan memanipulasi mangsa bagi mendapatkan wang.

“Dia juga menyakinkan mangsa dengan mengatakan ada projek usahasama antara Zara Zya dengan syarikat penerbangan Malaysia Airlines,” katanya.

  


Bukan itu sahaja, individu berkenaan turut menyebarkan cerita bahawa mereka akan berkahwin tidak lama lagi.

Jelas Zara, dia hanya mengenali lelaki tersebut atas urusan perniagaan memandangkan mereka pernah bertemu untuk jual beli daging kambing perap sebelum ini.

Tambahnya, dia mengetahui namanya diguna pakai bagi tujuan tidak baik selepas mangsa mengadu kepada pengurusnya iaitu Jamal Salleh.

"Dia juga mereka cerita yang kononnya saya ada hubungan dan akan berkahwin dengan lelaki tersebut tidak lama lagi.

"Segala kenyataan tersebut adalah tidak benar dan fitnah semata-mata!

  


"Saya tidak mengenali dia akan tetapi dia pernah datang beberapa kali ke gerai saya di bazar Ramadan yang lepas dengan membeli kambing perap dalam kuantiti yang banyak bagi tujuan infaq," jelasnya.

Katanya, dia juga sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan sekali gus menuntut pihak tersebut membersihkan nama baiknya.

Tegasnya, dia memberi tempoh 24 jam untuk membuat permohonan maaf sercara terbuka sebelum mengambil tindakan undang-undang.

  


"Saya telah pun merujuk perkara ini kepada pihak peguam saya dan jika lelaki ini gagal membuat kenyataan maaf secara terbuka saya akan ambil tindakan saman fitnah bagi membersihkan nama saya.

"Saya beri tempoh 24 jam untuk dia tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan sekiranya gagal tindakan mahkamah akan dikenakan," katanya.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2025 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
hai kak Lily dato' malek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.046302 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list