CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 79|Reply: 0

[Sabah] Tiada penangguhan semakan semula yuran lesen hotel

[Copy link]
Post time 17-4-2025 08:34 AM | Show all posts |Read mode


ABIDIN

KOTA KINABALU: Kerajaan tiada perancangan untuk menangguhkan semakan semula yuran ke atas fi lesen di bawah Undang-Undang Kecil (Hotel & Rumah Lojing) Bandaraya Kota Kinabalu 1966 ataupun melaksanakan kutipan fi lesen secara berfasa.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir berkata, pendekatan berkenaan diambil untuk keseragaman tindakan ke atas semua kelas hotel.
Pada masa sama katanya, ia juga bagi memudahkan pelaksanaan proses kutipan fi lesen oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

"Kerajaan negeri percaya pengembalian kadar lesen ini tidaklah membebankan para pengusaha hotel jika dilihat dari nilai yang dikenakan kepada 174 pengusaha hotel Kelas 2 dan 3 berbanding peniaga-peniaga kecil yang lain.

"Sebagai contoh, fi sebenar yang dikenakan untuk setiap bilik hotel yang dihuni hanyalah sekitar RM4.65 sebilik sehari untuk Kelas 1, RM2.65 sebilik sehari untuk Kelas 2 dan RM1.30 sebilik sehari untuk Kelas 3.

"Sekiranya bilik ini tidak dihuni, maka tiada bayaran fi yang dikenakan," katanya yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Beliau menjawab soalan Datuk Junz Wong (WARISAN-Tanjung Aru)  sekiranya kerajaan dapat membuat penangguhan semakan semula yuran lesen hotel selama enam ke lapan bulan berikutan hotel Kelas 2 dan 3 menghadapi tekanan kewangan yang serius.

Abidin berkata, jika dibandingkan dengan penjaja di pasar malam atau pasar bangunan sekitar Bandar Raya Kota Kinabalu, pihak terbabit dikenakan caj sebanyak RM3 sehari setiap lot berbanding dengan fi lesen hotel Kelas 2 dan 3 sekiranya bilik itu dihuni.

Sehubungan itu jelasnya, secara relatif kadar fi lesen hotel berkenaan masih pada paras yang rendah.

Menurutnya, DBKK perlu menguatkuasakan mana-mana perundangan atau peraturan sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang, termasuk membuat kutipan fi lesen.

"Hasil daripada kutipan fi lesen yang diperoleh akan dimanfaatkan dalam memantapkan penyampaian perkhidmatan yang lebih proaktif di sekitar bandar raya.

"Ini sekali gus memastikan Bandar Raya Kota Kinabalu terus menjadi tarikan kepada lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2025 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.048541 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list