CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 73|Reply: 0

[Sabah] Ewon cadang SE diberi kuasa penyiasatan dibawah Enakmen Bekalan Elektrik

[Copy link]
Post time 15-4-2025 11:45 AM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Ewon (dua kiri) merakamkan gambar kenangan semasa di DUN Sabah.

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick mencadangkan supaya Sabah Electricity (SE) diberikan kuasa penyiasatan di bawah Enakmen Bekalan Elektrik 2024 sebagai langkah memperkukuh peranannya dalam penguatkuasaan berkaitan bekalan tenaga di negeri ini.

Ewon berkata, langkah itu penting bagi memastikan isu seperti kecurian elektrik yang menyumbang kepada ketidakstabilan bekalan tenaga dapat ditangani dengan lebih berkesan.

“Sebagai langkah awal, Sabah Electricity juga perlu diperkasakan dengan penguatkuasaan di bawah Enakmen Bekalan Elektrik 2024 di mana Suruhanjaya Tenaga Sabah boleh menurunkan kuasa kepada Sabah Electricity untuk melaksanakan perkara-perkara berkaitan penguatkuasaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perbahasan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, hari ini.

Ewon yang  juga Menteri Pembangunan Usahawan dan koperasi berkata, sektor ekonomi dan keusahawanan Sabah sangat memerlukan bekalan tenaga dan utiliti lain yang konsisten bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang berdaya saing serta menarik minat pelaburan ke negeri ini.

“Saya percaya kerajaan Sabah sedang tampil dengan perancangan bagaimana dapat memastikan bekalan utiliti ini ditingkatkan bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan menarik minat pelaburan,” katanya.

Ewon turut menekankan keperluan perancangan jangka panjang untuk SE, terutama setelah kawal selia tenaga diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri.

“Penyerahan sepenuhnya SE kepada kerajaan Sabah dalam tujuh tahun ini memerlukan perancangan bagaimana syarikat ini kelak dapat berdikari dan menjadi pembekal tenaga utama di Sabah,” katanya.

Beliau juga mencadangkan agar SE tidak hanya bergantung kepada pembelian tenaga daripada loji jana kuasa bebas (IPP), sebaliknya menjana sendiri bekalan tenaga sebagai sebuah syarikat milik kerajaan negeri.

“Dengan tarif elektrik yang ada dan kebergantungan tinggi kepada subsidi kerajaan Persekutuan, sudah tiba masanya kerajaan Sabah merancang menjadikan SE sebagai syarikat GLC negeri yang menjana tenaga sendiri dan boleh disenaraikan di Bursa Malaysia,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2025 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.046613 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list