CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 100|Reply: 0

[Pulau Pinang] Adik terkejut dapat berita pemergian Tun Abdullah

[Copy link]
Post time 15-4-2025 01:26 AM | Show all posts |Read mode
Adik terkejut dapat berita pemergian Tun Abdullah

Oleh BERNAMA - April 15, 2025 @ 12:10am




Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi. - FOTO BERNAMA



KEPALA BATAS: Adik kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Mohd Tahir, mengaku sangat terkejut ketika mendapat berita kematian abang sulungnya itu, malam tadi.

Katanya, beliau langsung tidak menyangka Perdana Menteri kelima atau lebih dikenali sebagai 'Pak Lah' itu berada dalam keadaan kritikal ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

"Saya sangat sedih apabila mendapat berita daripada ahli keluarga yang memaklumkan bahawa abang kami, Pak Lah telah meninggal dunia.

"Sungguh terkejut dan sedih kerana langsung tidak menyangka beliau kritikal di IJN... sebab sebelum ini, Allahyarham pernah beberapa kali menerima rawatan di situ juga.

"Saya tahu Pak Lah dimasukkan ke IJN tetapi memang tidak sangka yang beliau serius macam ini dan kritikal sehingga meninggal dunia. Kami adik-beradik memang rapat, jadi memang sangat sedih atas kehilangannya," katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Mohd Tahir yang tinggal di Permatang Bertam, di sini, dalam perjalanan ke ibu negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah abangnya itu.

Mengimbau kenangan, Mohd Tahir berkata, adik-beradik dan seluruh keluarga besar mereka akan beraya di rumah keluarga di Kepala Batas sejak Abdullah menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas.

"Selepas beliau tidak lagi menjadi Ahli Parlimen, adik-beradik dan Pak Lah tetap pulang ke Kepala Batas untuk menyambut Hari Raya.

"Cuma sejak setahun dua ini, keadaan kesihatan Pak Lah tidak mengizinkan... tetapi kami menziarahi beliau di rumahnya di ibu negara," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/04/1384473/adik-terkejut-dapat-berita-pemergian-tun-abdullah





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.063100 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list