CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 315|Reply: 2

Azlan Komeng tak akan ceraikan Nilam Ortiz

[Copy link]
Post time 14-4-2025 08:50 PM | Show all posts |Read mode


Tetap mahu mempertahankan rumah tangga, pelakon Azlan Komeng enggan memenuhi permintaan isterinya, Nur Nilam Ortiz yang mengajukan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 9 April lalu.

Malah Azlan atau nama sebenarnya, Muhammad Azlan Kamiran, 48, juga belum bersedia untuk mendedahkan punca yang mendorong teman hidupnya itu bertindak sedemikian kepada umum.

“Isteri sudah failkan fasakh, saya hormati tindakan dibuat. Hanya ingin beritahu, saya tidak akan melepaskan isteri.

“Saya mempunyai alasan tersendiri, belum masa untuk berkongsi. Saya mohon kesabaran pihak tertentu untuk beri saya ruang dan masa kerana saya tahu apa yang sedang diusahakan.

“Insya-Allah, bila sampai satu masa tepat, saya akan kongsikan kepada semua,” katanya dalam perkongsian video TikTok.

Menerusi perkongsian sama, pelakon aksi dan lagak ngeri itu memujuk isterinya agar memberikan masa lagi untuknya memperbetulkan keadaan.

  


“Kepada isteri, Nur Nilam, abang (panggilan Azlan) harap awak boleh bersabar dan berikan sedikit masa untuk selesaikan apa yang perlu dibuat.

“Macam mana pun, abang tetap sayangkan awak. Awak adalah seorang yang sangat penting dalam hidup. Abang tak mampu berkata lebih dan berharap awak dapat bersabar.

“Insya-Allah, abang akan buat yang terbaik dan melindungi awak semampu yang boleh,” ujarnya

  


Terdahulu, kehadiran Nur Nilam di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat mencetuskan tanda tanya berkenaan status rumah tangga pasangan terbabit.

Pada Mac lalu, Nur Nilam mendedahkan Azlan mahu berpoligami apabila merancang menikahi wanita didakwa ‘skandal’ lama pelakon terbabit.

  


Perkara tersebut dikongsikan pempengaruh media sosial itu menerusi TikTok selepas Azlan memintanya meminang bakal madunya.

Azlan dan Nur Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2025 09:32 PM | Show all posts
X lawa dan x hensem
Kisah yang x best untuk diikuti.
Next
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2025 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini dia berduittttttt ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2025 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.141548 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list