CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1301|Reply: 10

[Tempatan] Harap dapat berteduh, rupanya ditipu

[Copy link]
Post time 14-4-2025 08:20 PM | Show all posts |Read mode


SUBANG JAYA – “Rumah musnah, wang hilang.” itu nasib malang yang menimpa Muhammad Faizul Anizam, 44, mangsa letupan dan kebakaran paip gas di Putra Heights di sini pada 1 April lalu.


Bukan sahaja kehilangan tempat tinggal, lelaki itu juga menjadi mangsa penipuan ketika mahu menyewa rumah melalui platform dalam talian.


Menurut Faizul, pada awalnya dia menyangka dapat berlindung di inap desa setelah kediamannya rosak akibat bumbung berlubang dan banjir baru-baru ini, namun ditipu selepas membuat bayaran sewa sebanyak RM500.


Katanya, kediaman tersebut juga sebenarnya tidak wujud dan hanya helah pihak tidak bertanggungjawab.


“Saya sudah tiada tempat nak tuju. Terpaksa menumpang rumah kakak sebab rumah sendiri sudah rosak teruk. Selepas ditipu rasa macam tiada lagi tempat untuk berpaut,” katanya kepada Kosmo! hari ini.


Kejadian pada 1 April lalu itu terus menghantui mangsa apabila kehilangan harta benda, masalah penempatan dan ketidaktentuan hidup.


Sementara itu Mohammad Amri, 54, pula hanya mengetahui rumah sewanya musnah menerusi kiriman WhatsApp daripada jirannya.


Katanya, dia kini menetap di rumah sewa baharu di USJ di sini kerana tidak dapat berpindah ke penempatan sementara yang disediakan di Sepang kerana lokasinya terletak jauh dari tempat kerja.


“Saya bekerja di Tanjung Malim. Kalau tinggal di Sepang, memang susah nak ulang-alik. Dah lah cuti kerja banyak kena potong, urusan sekolah anak pun belum selesai,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2025 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik engko penyewa je..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2025 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sangka benda ni boleh berlaku. Sekelip mata jer hilang kereta dan tempat tinggal
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2025 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la orang takut sangat kalau dia jadi PM
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2025 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian eh. Macam2 kena buat semula. Ke sana sini cari tempat tinggal selesa. Duit la masalah utama. Tapi rata2 situ orang berduit kan. Harta yang nyata je hangus. Dalam bank masih berkepuk2 lagi tu. Senang je nak cari rumah sewa. Cuma kesedihan dan kedukaan tu buat semua jadi serabut dan susah. Semoga dipermudahkan urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2025 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga orang yg menipu manga dapat cash. Tak takut betul makan hasil haram
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2025 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 14-4-2025 10:00 PM
Tak sangka benda ni boleh berlaku. Sekelip mata jer hilang kereta dan tempat tinggal

Masa raya plak tue. Rumah mesti dah kemas & hias utk raya. Betul² ujian.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2025 08:53 AM | Show all posts
kemaruk replied at 14-4-2025 10:30 PM
Patut la orang takut sangat kalau dia jadi PM

kannn. ada orang kata gagal total
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2025 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekurang-kurangnya letupan Hiroshima dapat hasilkan tok bilal Masjid Asy-Syakirin, Gombak Setia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2025 02:24 PM | Show all posts
hiswife replied at 15-4-2025 07:24 AM
Semoga orang yg menipu manga dapat cash. Tak takut betul makan hasil haram

Bukan takat makan duit haram, tapi dialah manusia yg tak ada hati nurani, menipu di saat orang dlm kesusahan.  Adakah orang itu merasakan bahawa dia sudah peroleh keuntungan. Manusia, manusia.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2025 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
borne replied at 14-4-2025 09:42 PM
Nasib baik engko penyewa je..

Rumah yg musnah tu rumah sendiri kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-4-2025 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.487303 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list