CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 599|Reply: 0

Siapa kata Erra dah kahwin - Pengurus

[Copy link]
Post time 13-4-2025 11:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 13-4-2025 11:20 PM



KUALA LUMPUR; Pengurus Erra Fazira, iaitu Sharendra Razak menafikan spekulasi pelakon dan penyanyi terkenal itu berkahwin secara rahsia, minggu lalu.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai lucu, Sharendra berkata, status Erra kekal ibu tunggal.

"Siapa yang cakap? Mana ada…Erra belum kahwin dan masih solo," katanya ketika dihubungi BH Online.

Sharendra mengulas laporan sebuah portal mengenai seorang pelakon wanita terkenal didakwa sudah berkahwin dengan jejaka yang tidak didedahkan identitinya, minggu lalu.

Biarpun tidak mendedahkan identiti aktres terbabit, namun, netizen mengandaikan Erra sebagai selebriti yang dimaksudkan.


Dalam temubual bersama media sebelum ini, Erra atau nama sebenar, Fazira Wan Chek, 51, memberi jaminan tidak akan menyembunyikan kepada pengetahuan umum jika suatu hari nanti dia bertemu jodoh dengan lelaki yang dikait menjalinkan hubungan dengannya, iaitu Ezwan Zain atau dikenali sebagai Mr E.

Sebelum ini, BH Online melaporkan Ezwan mengakui hubungan dengan Erra yang mula terjalin sejak Ogos tahun lalu, semakin serius.

Januari lalu, kecoh dalam media sosial Erra dikatakan dilamun cinta selepas memuat naik ucapan berbaur romantis, dipercayai ditujukan kepada seseorang.

Selepas itu, Erra yang juga bekas Ratu Cantik Malaysia itu dilihat semakin terbuka dengan hubungannya, apabila muncul dalam siaran langsung bersama Ezwan di platform media sosial.

Sesi 'live' itu mengundang reaksi positif pengikut yang rata-ratanya berharap hubungan mereka berakhir ke jenjang pelamin. - BH Online



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.075594 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list