CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 862|Reply: 8

[Tempatan] UTM rekod 100 peratus tahap kebolehpasaran, graduan bekerja

[Copy link]
Post time 13-4-2025 03:56 PM | Show all posts |Read mode



JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merekodkan 100 peratus bagi kadar kebolehpasaran graduan (GM) serta 100 peratus bagi kadar bekerja graduan (GE) bagi tahun 2024.

Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Mohd. Shafry Mohd. Rahim berkata, pencapaian tersebut mengatasi kadar purata kebangsaan dilaporkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu 92.5 peratus untuk GE.

Menurutnya, ini sekali gus membuktikan keberkesanan pendekatan UTM dalam melahirkan graduan berkualiti dan bersedia menghadapi pasaran kerja.

“Mulai 2024, KPT telah memperkenalkan dua indikator iaitu GE bagi graduan bekerja dan GM bagi tahap kebolehpasaran graduan. Pendekatan ini menekankan data sebenar tentang keberadaan graduan dalam pasaran kerja.

“Kejayaan UTM mencerminkan usaha berterusan dalam menyediakan pendidikan berkualiti tinggi serta memperkukuh jalinan dengan industri. Graduan kami bukan sahaja mendapat kerja, malah ramai antara mereka menjadi peneraju dalam bidang masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd. Shafry, UTM komited menyediakan peluang pembelajaran berimpak tinggi terhadap semua graduan dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti diperlukan negara pada masa depan. – UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2025 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Jantan 2 ekor boleh berbini 4
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2025 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Membohong ler tu. Ada aje ramai yang dok umah mak bapak tanggung
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2025 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 13-4-2025 04:03 PM
Jantan 2 ekor boleh berbini 4

Lepastu pukul bini ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2025 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 14-4-2025 01:25 PM
B40tastePosh replied at 14-4-2025 12:48 PM
Lepastu pukul bini ke?


Bukan sebegitu, lelaki berpendidikan limited patut berbini 4, yg baki 10 itu sama ada jadi andartu atau kawen atas/bwh umur atau kawen org diploma spm
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2025 01:29 PM | Show all posts
keje sbb guna kabel blh kire skali tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2025 05:43 PM | Show all posts
Pembantu taska, kedai makan, food panda pun pekerjaan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2025 05:44 PM | Show all posts
ninja boy replied at 13-4-2025 04:03 PM
Jantan 2 ekor boleh berbini 4

Tak pun kawin sesama sendiri.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2025 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ranking utm compared to um, upm, usm, ukm pun macam kat belakang juga. Dulu utm ni sinonim dgn tagline uni tendang manusia sbb banyak student kene tendang kononnye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-4-2025 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.051493 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list