CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 701|Reply: 16

[Tempatan] Perhatian Syed! Mahu jaga nasab, wanita buntu cari calon suami keturunan sama

[Copy link]
Post time 11-4-2025 09:10 PM | Show all posts |Read mode


DALAM kalangan masyarakat berketurunan Syed dan Syarifah, isu perkahwinan sesama sendiri sering menjadi topik perbincangan terutama berkaitan usaha mengekalkan keturunan ahlul-bait iaitu keturunan Rasulullah SAW melalui cucunya Saidina Hassan dan Hussain.

Nama Syed bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan bukan sekadar gelaran, malah membawa nilai sejarah dan kehormatan tersendiri.

Atas dasar itu, ada dalam kalangan keturunan itu berusaha memastikan kelangsungan nasab mereka dengan hanya berkahwin sesama Syed dan Syarifah.

Seorang pengguna di Threads, Syarifah Alhabshee meluahkan cabaran dihadapi dalam usaha mencari jodoh dalam kalangan lelaki keturunan Syed.

“Susah betul Syarifah nak cari Syed ni. Mostly Syed semua kahwin dengan yang bukan Syarifah,” tulisnya.

Perkara itu turut disokong pengguna lain, Qaqa Luereyqa yang menyatakan bahawa jika perkahwinan berlaku antara Syed dan individu bukan Syarifah, nama keturunan tersebut khususnya anak perempuan tidak lagi membawa gelaran Syarifah sehingga menyebabkan nasab itu dianggap 'terputus'.

Warga maya, Farafalil pula menjelaskan bahawa keluarganya menggunakan nama 'Mior' dan 'Mainur' bagi anak lelaki dan perempuan sebagai cara meneruskan keturunan apabila seorang Syarifah berkahwin dengan lelaki kebanyakan.

“Keluarga atok saya belah ibu Mior. Katanya sebab maknya Syarifah kahwin dengan orang kebanyakan. Sepupu saya semua Mior dan Mainur,” kongsinya.

Bagi pengguna lain, Mimosapudica85 tindakan untuk menjaga nasab dilihat sebagai hak peribadi yang wajar dihormati.

“Hak dia lah nak jaga nasab keturunan. Sibuk la keluar hadis bagai. Islam pun galakkan jaga keturunan, macam raja kahwin dengan darah raja kalau tak mahu hilang keturunan,” tulisnya.

Dari sudut hukum Islam, perkahwinan antara Syed dan bukan Syarifah adalah sah.

Ini kerana rukun dan syarat nikah tidak menetapkan keperluan untuk perkahwinan hanya berlaku dalam kalangan Syed dan Syarifah.

Namun, konsep sekufu iaitu kesetaraan dalam latar belakang keluarga, status dan agama sering dijadikan pertimbangan. — Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2025 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Syed malam jumaat kan ado.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan ak yg ada keturunan Pakistan.. Mamak.. Pun nk cr yg sama blood.. X mau kawen melayu... X nk blood dorang cair klu kawen ngn x sama keturunan
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut ko la.. ADA Aku KESAH... kehkehkeh maklumla den bkn Syed bkn juga syarifah .den hnylah manusia hina ..huhuhu sedey teringat lagu..aku miskin hina...aaaaa...pastu  xingt dah lirik dia apa lagi... kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 11:56 PM | Show all posts
ada org kesah..
ramai je sed seripah dan mamak sengkek...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2025 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut diharamkan cmni..serupa Yahudi
Racist sgt
Tu yg kes menantu pmpn bukan Seripah..bila somi maut..mentua keturunan tu nk amik anak2 dia lak..seolah2 menantu tu low class
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2025 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 12-4-2025 06:52 AM
Patut diharamkan cmni..serupa Yahudi
Racist sgt
Tu yg kes menantu pmpn bukan Seripah..bila somi mau ...

Memang dipandang low class pun kita2 yg bukan syed sharifah. Tengok dalam article je lah dia label as 'orang kebanyakan'
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2025 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
alahai yg ni pun nak masukkan kat Cari…ada lalu status budak ni kat Threads iols semalam..i tgk followers sharifah ni pun 59 orang je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2025 09:14 AM | Show all posts
spesis syed seripah ni yg hanya sesama diorg jer... yg bukan dlm golongan ni takleh join bagai...

dah rupa cam satu jenis puak manusia ni yg anggap meka jer terpaling molia sakan dan yg lenlain tu level bawahan bagai....

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2025 09:41 AM | Show all posts
syed sadiq adooooo.
tapi tu lah, kene berperang tarik rambut dengan bella setilah & pemuja bass la

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2025 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel replied at 12-4-2025 09:41 AM
syed sadiq adooooo.
tapi tu lah, kene berperang tarik rambut dengan bella setilah & pemuja bass la


SS ni patut jaga la nama keturunan klau x camne plk blh mhkmh caj sakau duit, buat malu keturunan je
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2025 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak jumpa syed, cari la keturunan khan di hujung.
Korang kan sepesen.
Nak kawin yang ada title tu juga
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2025 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
relevan lg ke zmn skrg nk kawen ikut gelaran ni..
ada kenalan iols dulu sharifah kawen syed jgk..fmly sama fmly jodoh kan..
lps kawen teruk mak mrtua dia layan dia,mcm hamba..xleh mkn sekali ngn suami la..last2 kena cerai talak 3...kesian betul..lps dr tu dia kawen cari org biasa je..xda gelaran..
mak ayh xleh nk kata apa dah la..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2025 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
shida81 replied at 11-4-2025 10:27 PM
Kawan ak yg ada keturunan Pakistan.. Mamak.. Pun nk cr yg sama blood.. X mau kawen melayu... X nk bl ...

yang ni tak susah sgt kot...amik flight cari kat pakistan berlambak tgl saring la yg mulia sikit

gigih sgt nak jaga keturunan (syed/syarifah) ujung2 nikoh anak branak sendiri (sepupu sepapat) dah viral mcm kes syamimi tu plak
tak pun jadi bini bernombor la dah skrg neh kurengggg keturunan syed bujang yg available
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2025 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Walid kan ada. Walid adalah bapak2 kpd Syed. Kamu harus bertuah kerana Walid sudi menjadikan kamu isteri batin Walid
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2025 11:04 AM | Show all posts
Sed saddik tu adoii gegeh sgt lah dgn pompuan sundal tu huh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2025 12:31 PM | Show all posts
Melayu memang hadap macam2 title ni sebab bangsa lemah. Ada title ni boleh la fefeeling mulia sikit sambil sama2 beratur tunggu sumbangan tunai rahmah ka mykasih apa jadah tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.070081 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list