KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- ApabilaPresiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan tarif timbal balas keatas Malaysia pada 2 April, 2025, ia terbukti hanya menyemarakkan kebimbangandi serata Asia Tenggara. Namun di Kuala Lumpur, gelombang awal inihanya mengiyakan sangkaan selama ini -- ini bukanlah ribut yang hadir secaramengejut. Sebahagian besar daripada impak itu sudahdijangkakan dan ditangani menerusi langkah pempelbagaian jangka panjang,kerjasama strategik serta dasar yang berpandangan jauh. Lebih 67 peratus daripada eksport Malaysiake Amerika Syarikat (AS) merupakan komponen berteknologi tinggi, terutamasemikonduktor dan elektronik. Mujurlah sebahagian besar daripada produk-produkini dikecualikan daripada jadual tarif terkini berkenaan. Ketika negara-negara jiran ASEAN dikenakankadar tarif lebih tinggi -- Vietnam pada 46 peratus manakala Thailand 36peratus, Malaysia sebaliknya pada kadar lebih rendah iaitu 24 peratus danditangani dengan strategi proaktif yang ternyata membantu mengurangkan impaksistemik. Ringgit kekal stabil, pasaran kewanganterus bertahan manakala output pembuatan dilaras tanpa panik. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahimpula bertindak segera memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan mengalamikemelesetan. Beliau turut menegaskan asas-asas ekonomiMalaysia kekal kukuh, disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang teguh,pelaburan kukuh domestik selain aliran pendapatan pelancongan yang baik. “Asas ekonomi kita yang kukuh ini akanmembolehkan Malaysia mengharungi cabaran ini dari sudut kedudukan yang teguh,”kata beliau. Pada masa sama, Anwar yang juga MenteriKewangan juga menegaskan Malaysia tidak akan melaksanakan tarif balas ke atasAS dan sebaliknya memilih jalan daya tahan yang tenang serta strategik. Keyakinan ini bukan berasaskan slogansemata-mata sebaliknya berakar umbi daripada pandangan jauh secara senyap.Menjelang 2024, Malaysia telah meluaskan geografi perdagangannya dengan eksportke Afrika, negara-negara Teluk dan Asia Selatan mencecah paras tertinggi dalamsejarah. Rundingan perdagangan bebas dengan MajlisKerjasama Teluk, Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif (CEPA) denganEmiriah Arab Bersatu (UAE) dan kerjasama dengan Kesatuan Eropah (EU) dan KoreaSelatan telah menandakan peralihan tegas ke arah diplomasi ekonomi yangberbilang vektor. Malaysia bukannya mengelak impak itu, namunmenyerap kejutan berkaitan dengan bersandarkan kematangan strukturnya. Bagaimanapun, ini bukanlah sekadar menjaditempoh untuk bertahan sebaliknya memberi kesempatan untuk melakukanperancangan. Selaku pengerusi ASEAN 2025, Malaysia tidaklagi hanya menyerap tekanan luar; tetapi mengetengahkanseni bina global baharu. Seruan Perdana Menteri Anwar yangmengusulkan "dialog peradaban" sebelum ini, kini semakin mendapatperhatian arena geopolitik. Menjelangakhir bulan ini, Presiden China Xi Jinping akan tiba di Kuala Lumpur untukmeraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China. Lawatan itu jugadijangka mempercepatkan penciptaan rangka kerja institusi baharu untukkerjasama peradaban. Rangka kerja ini sejajar dengan InisiatifPeradaban Global China dan visi "Madani" Malaysia mengenai tadbirurus yang inklusif dan berlandaskan nilai. Ia menandakan satu evolusi iaitu daripadaekonomi dua hala kepada pembinaan institusi bersama. Malaysia kini muncul sebagai negaraplatform peradaban yang menggabungkan tradisi budaya Islam, Konfusianisme danBarat. Visi ini disokong oleh kerjasama yangpraktikal. Usaha sama dalam bidang bioteknologi halal, pemisahan nadir bumi,elektronik hijau dan biosekuriti juga sedang dibincangkan. Hampir 25 peratus perdagangan dua hala kinidilaksanakan dalam ringgit dan renminbi ketika perbincangan mengenai sandboxmata wang rentas sempadan sedang dijalankan. Infrastruktur kewangan Islam Malaysiaberpotensi menjadi asas untuk Koridor Amanah Kewangan Global Selatan yangmenghubungkan ASEAN, negara Teluk dan Afrika. Di peringkat serantau, Malaysia sedangmenggiatkan semula kepentingan strategik ASEAN. Selain Perjanjian PerkongsianEkonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresifbagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), Malaysia turut memimpin dalam ASEAN+3,perjanjian perdagangan bebas (FTA) ASEAN-China (2010), FTA ASEAN-India,trek perundingan ASEAN-EU dan pembentukan FTA ASEAN (1997). Visi ekonomi serantau 2045 kini memerlukanbukan sahaja liberalisasi perdagangan tetapi juga pembaharuan institusi untuktransformasi digital, peralihan hijau dan keselamatan kewangan serantau. Malaysia tetap teguh dengan prinsipnya, iatidak menjajar, namun mengimbangi. Sama ada berurusan dengan Washington DC,Beijing, Brussels mahu pun Riyadh, Malaysia menyambut semua perkongsian yangberasaskan keadilan, saling menghormati dan kerjasama yang aman. Berkecuali bukan bermaksud mengelak, tetapidiplomasi dalam mencapai cita-cita. Presiden Trump pernah melaungkan"pembedahan (langkah yang diambil) telah berjaya." Namun, bagikebanyakan negara-negara Global Selatan, parutnya tetap kekal dan Malaysiaenggan menjadi pesakit pasif, sebaliknya beraspirasi untuk menjadi arkitekprotokol, penghubung serta dan norma baharu. Pada titik penting dalam penyusunan semulaglobal ini, Malaysia menawarkan lebih daripada penyesuaian. Ia menawarkan halatuju. Apa yang diperlukan oleh dunia yangmempunyai banyak kuasa ini adalah penghubung. Ini bukan sekadar detik Malaysia untukbertahan dalam mengharungi badai. Ia peluang untuk Malaysia bangkit lebihtinggi -- dan membantu merencana "langitnya" sendiri. -- BERNAMA
ayuh!!!
|