CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2839|Reply: 31

[Tempatan] 10 rakaman CCTV ditayang, kelibat dipercayai Zayn Rayyan dalam longkang

[Copy link]
Post time 9-4-2025 04:57 PM | Show all posts |Read mode

Petaling Jaya: Mahkamah Sesyen di sini hari ini ditunjukkan 10 rakaman video antaranya yang memaparkan kelibat dipercayai Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin dalam longkang, saksi berlari dan rakaman ibu kanak-kanak autistik itu di sebuah pasar raya.

Sepuluh rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) dimainkan semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sabrina Zubairi pada perbicaraan hari ke-16 kes pengabaian dihadapi Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan Ismanira Abdul Manaf, 30, di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Saksi pendakwaan ke-26, Juruanalisis Kanan Siasatan Audio Video, Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Asisten Superintendan (ASP) Latifah Abdul Aziz berkata, pegawai penyiasat mengkhususkan kepada rakaman video bertajuk 'CCTV nampak mangsa dalam longkang' pada 5 Disember 2023 (hari kehilangan Zayn Rayyan) jam 12.13 tengahari iaitu baju putih dalam longkang dan rakaman video bertajuk 'saksi berlari' pada jam 12.08 tengah hari memakai baju hitam 'berlari'.

"Hasil analisis dan pemeriksaan mengenal pasti imej yang kemudian di tangkap layar (capture), dibesarkan dan dijalankan proses 'enhancement' (penambahbaikan) bagi tujuan menjelaskan kualiti imej.


"Saya berjaya 'capture' sembilan imej yang berkaitan, bagaimanapun saya dapati daripada imej ini wajah individu dipercayai mangsa tidak berjaya dikeluarkan, kurang jelas dan kabur, ini kerana terdapat pagar di antara kedudukan CCTV dengan subjek difokuskan," katanya yang sudah berkhidmat dengan unit itu sejak 2011.

Menurutnya, seterusnya dia diminta pegawai penyiasat untuk memproses enam rakaman video daripada 'folder' CCTV 'Econsave Ibu Mangsa' pada jam 11.54 hingga 11.57 pagi, tarikh sama dengan mengkhususkan imej individu memakai tudung warna hitam, baju bunga hijau bawa beg 'purple' putih, dan kelibat ibu mangsa bawa barang dari pasar raya itu menuju ke motosikal.

"Selain itu, folder CCTV 'penampakan' bagi mengeluarkan imej individu berbaju putih berjalan dalam terowong, dan jalan balik dalam terowong dan individu berbaju hitam berlari.

"Bagaimanapun, hasil analisis yang saya jalankan menunjukkan imej yang dikeluarkan adalah kurang jelas, terdapat beberapa objek lain seperti pagar dan pokok yang menghalang imej individu di dalam paparan video serta jarak daripada kamera CCTV dengan subjek yang difokuskan adalah jauh," katanya.

Sementara itu, ketika pemeriksaan balas peguam Haresh Mahadevan yang mewakili pasangan suami isteri itu, berdasarkan rakaman CCTV di pasar raya, pakaian yang dipakai Ismanira adalah berwarna baju bunga hijau, bertudung hitam dan membawa beg berwarna ungu putih, Latifah menjawab betul.

Haresh: Ibu mangsa pada bila-bila masa dalam rakaman CCTV tidak memakai baju putih, betul atau tidak?

Latifah: Betul

Haresh: Adakah ASP tahu dalam keterangan di mahkamah, kanak-kanak memberi keterangan bersumpah mengatakan bahawa arwah Zayn hanya lari tiga langkah ke hadapan daripada dia?

Latifah: Saya tidak tahu

Haresh: Setuju saya cadangkan dalam semua rakaman membabitkan saksi berlari, tiada sebarang kelibat kanak-kanak berlari tiga langkah di hadapan?

Latifah: Betul

Haresh juga meminta CCTV di kaunter pasar raya itu dimainkan semula supaya Latifah dapat melihat ibu mangsa membayar menggunakan kad atau sebaliknya.

Haresh: Ibu mangsa berada di pasar raya semasa rakaman dimainkan, setuju saya cadangkan menggunakan kad untuk membuat pembelian?

Latifah: Betul

Haresh: Barang dimasukkan dalam beg adalah spageti, betul?

Latifah: Betul

Mengikut pertuduhan pindaan, Zaim Ikhwan dan Ismanira yang kedua-duanya berusia 30 tahun itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka Zayn Rayyan Abdul Matin yang berusia enam tahun (ketika kejadian) didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan apartment sama antara jam 12 tengahari, 5 Disember dan jam 9.55 malam pada 6 Disember 2023.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Harian Metro


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2025 05:53 PM | Show all posts
masa report ES tersebar dia sendiri cakap ada tukar-tukar baju.
Semoga ada keadilan untuk arwah tak kira sapa pelakunya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapa dia tu pakai kerusi roda to sebab apa?

Percaya atau tidak roh mangsa bunuh boleh membalas dendam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 08:13 AM | Show all posts
semoga ada keadilan buat arwah zayn


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 9-4-2025 11:57 PM
Bapa dia tu pakai kerusi roda to sebab apa?

Percaya atau tidak roh mangsa bunuh boleh membalas dend ...

i tak pernah percaya benda2 tahyul camni once terpisah jasad dan roh habis sampai situ je TAPI utk kes ni iols berharap segala mala antu roh dtg membalas secara psikologi biar gila pun takpe
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 09:09 AM | Show all posts
iols tak faham apa conclusion dari rakaman cctv ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2025 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 10-4-2025 08:41 AM
i tak pernah percaya benda2 tahyul camni once terpisah jasad dan roh habis sampai situ je TAPI utk ...

Roh tak mati.....benda ni Rahsia Tuhan...nak berhubungan dengan Roh hanya dengan izin Tuhan.

Hanya Agama Islam je yang ada kaedah nak berjumpa roh....even agama Yahudi tiada.

Alam Roh ni luas dan bermacam macam situasi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 10-4-2025 09:09 AM
iols tak faham apa conclusion dari rakaman cctv ni?

mcm tak membantu langsung
even video yg clear dr rmh jiran tu pun tak beri ape2 yg menimbulkan suspicious pun


klu sape2 yg igt 5 dgn 6hb 12.2023 ade buat video near their area cer bkk tgk balik kot2 ada penampakan zr, B1 dgn B2

bkn ape mlm td tak Netflix American murder: Gabby petito
mayat die dpt dijumpai dan timeline tu jd clear bila mn ade org yg kebetulan hari die hilang tu ade buat video dkt area terakhir dorg berada (Gabby dan bfnya)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2025 03:02 PM | Show all posts
IzzahF replied at 10-4-2025 12:13 AM
semoga ada keadilan buat arwah zayn

semoga ada keadilan buat zayn.. klu baca es ni mmg sebijik apa yg mahkamah tgh on going skrg
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 03:02 PM | Show all posts
IzzahF replied at 10-4-2025 12:13 AM
semoga ada keadilan buat arwah zayn

semoga ada keadilan buat zayn.. klu baca es ni mmg sebijik apa yg mahkamah tgh on going skrg
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 04:36 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 10-4-2025 02:50 PM
mcm tak membantu langsung
even video yg clear dr rmh jiran tu pun tak beri ape2 yg menimbulkan su ...

Thank you reply dgn penjelasan kat iols..patut la iols blur rupanya masih di takuk yg sama hasil rakaman cctv ni. hopefully ada video lain yg sedikit sebanyak dpt membantu merungkaikan kes ini.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 04:36 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 10-4-2025 02:50 PM
mcm tak membantu langsung
even video yg clear dr rmh jiran tu pun tak beri ape2 yg menimbulkan su ...

Thank you reply dgn penjelasan kat iols..patut la iols blur rupanya masih di takuk yg sama hasil rakaman cctv ni. hopefully ada video lain yg sedikit sebanyak dpt membantu merungkaikan kes ini.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Encik tukang tolak kusi roda tu bak aku ajar sini.  Ko terajangkan aje kusi tu janji jalan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 07:46 PM | Show all posts
Hensem arwah ZR ni...iols tgk gambar kat ES..Allahu sedih sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 09:13 AM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 10-4-2025 05:01 PM
Encik tukang tolak kusi roda tu bak aku ajar sini.  Ko terajangkan aje kusi tu janji jalan..

mastermind tu bapak si jaim
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 09:14 AM | Show all posts

member muka dah tak boleh nk cover, jelas sgt muka nk berlakon tp kekok. pakai je la mask mcm sima belakang tu jaim oii


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2025 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
nyampah aku nengok dua beranak dlm gmbor tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 04:00 PM | Show all posts
anak hilang mak aman2 p shopping?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
IzzahF replied at 11-4-2025 09:13 AM
mastermind tu bapak si jaim

Gampang punye atok.  Kalo omputih dorang takkan tunjok muke kat court sapot crime anak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2025 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa den tgk gambar dan video yg ditunjukkn..seolah2 ada gap antara yg pompuan dan tok laki n tok tua..baby syg gaduh2 manja ke dgn Manjah??? Harktuih semoga Allah SWT bls ats pelakuan zalim ko..xkirala ko siapa..mak ke ayah ke datuk nenek ke..klu ko pelakunya..terimala ko azabnya..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2025 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.517873 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list