CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 863|Reply: 15

"Tanpa solat kita memang tak boleh bernyawa,"-Nora Danish

[Copy link]
Post time 9-4-2025 03:16 PM | Show all posts |Read mode


Nora Danish mengakui bukan mudah untuk kekal istiqamah, namun solat lima waktu menjadi nadi utama dalam perjuangannya sebagai seorang hamba Allah.

Menurut Nora atau nama lengkapnya Nora Danish Mohd. Haniff, 43, dia menganggap solat sebagai oksigen, sesuatu yang wajib untuk terus hidup bukan sahaja secara fizikal, malah dari sudut rohani.

  


“Apa yang saya tekankan dalam proses ini adalah saya anggap solat itu seperti oksigen.

“Di mana kita perlukan oksigen untuk hidup, tanpa solat kita memang tak boleh bernyawa.

“Selain itu, saya letak lebih pressure (tekanan) untuk mencari hidayah,” katanya menerusi satu perkongsian video dalam TikTok.

  


Pelakon filem Sayu Yang Syukur itu juga turut berpesan agar tidak pernah berputus asa mencari cahaya Ilahi kerana setiap tekanan bakal melahirkan kekuatan dalam diri.

“Sebab saya percaya, lebih banyak tekanan, kita akan lebih berkembang.

“Jangan pernah berhenti mencari. Hidayah bukan milik mutlak kita tapi usaha perlu diteruskan,” ujarnya.

  


Perkongsian Nora menerima pujian daripada netizen yang kagum dengan semangat dan perubahan pelakon itu sejak berhijrah.

“Dia memang cantik dari dulu, tapi sekarang makin berseri sebab jaga hubungan dengan Allah. Semoga terus istiqamah,” komen seorang netizen.

“Betul sangat, solat memang oksigen untuk hati. Tanpa solat, hidup rasa kosong,” tulis pengguna media sosial.

“Bukan senang nak kekal istiqamah, tapi tengok Nora, nampak sangat dia betul-betul berusaha. Moga jadi inspirasi buat kita semua,” ujar netizen lain.

  


Sehingga kini, video yang dimuat naik telah meraih ribuan tanda suka dan perkongsian, membuktikan mesej Nora menyentuh hati ramai.

Terdahulu, ibu kepada dua anak itu semakin aktif berkongsi momen-momen tenang dan penuh makna di media sosial sejak penampilannya yang lebih sopan.



Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2025 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka ND yg skrg. Cuma aku harap dia tak ride penghijrahan dia ni jadi commercial tools pulak. Aku pernah berdoa dlm hati agar dia diberi hidayah semasa heboh isu dia mandi buih dgn ex dlm bathtub tu. Pada aku tu tindakan org tak bertamadun. Omputih yg bertamadun pun x buat mcm tu. Itu level sajat dan kak kilometer jer
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Solat tu WAJIB acikkkkk....bukan muslim namanya kalau x solat..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga nd kurang2 kan or stop terus la buat bideo menari2 kat IG. Kata awak dah berubah, tp nampak macam berubah nye cuma bertudung je.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia asyik cerita pasal solat.. Sedangkan solatu perkara basic dalam hidup.. Takkan u baru tau kot
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Nurkaseh01 replied at 9-4-2025 10:00 PM
Dia asyik cerita pasal solat.. Sedangkan solatu perkara basic dalam hidup.. Takkan u baru tau kot

sebab sadly, realitynya ramai jah yg x lengkap solat 5 waktu sehari. pasal kerja , pasal busy, even bila pergi shopping / keluar jenjalan rasa renyah nak gi solat di surau public. sad truth
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2025 08:20 AM | Show all posts
Smga semakin kurang la mana yg terlebih dan semakin lebih mana yg kurang
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 08:27 AM | Show all posts
btw ND...nasihatkan si BFF Betty Kuda tu..image islamic katanya,tapi mcm bodo jer jual bulu mata pelesu..jgn jd penunggang !!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2025 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
miu84 replied at 9-4-2025 09:49 PM
sebab sadly, realitynya ramai jah yg x lengkap solat 5 waktu sehari. pasal kerja , pasal busy, eve ...

Betul. Kalau kamu semua mmg di kelilingi org yg solat 5 waktu bersyukur lah. Sbb meols jumpa dan kenal org2 yg elok bertudung tapi tak solat. Bila tanya gurau2 dia ckp balik qada atau tgh cuti. Kalau kat tempat kerja tak kan hari2 nak qada.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 08:37 AM | Show all posts
miu84 replied at 9-4-2025 09:49 PM
sebab sadly, realitynya ramai jah yg x lengkap solat 5 waktu sehari. pasal kerja , pasal busy, eve ...

Syukur sangat mall2 dekat Malaysia ni ada disediakan surau. Takde yg renyah melainkan pemalas solat!
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Anyway, moga istiqamah ye nd. Kadang bila terlampau sgt tunjuk berubah, ada lah ujian nya nanti. Iman ni ada turun naik nya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Netizen ni klo retis solat 5 waktu rasa kagum. Padahal tu wajib. Malas ke apa kena solat.

Retis klo betul2 bertaubat mmg xkan masuk industri ni lagi. Contoh kak noor.

Saya tak solat sbb tuntutan keje..
Saya tak solat tapi saya byk bersedekah.

Antara komen retis..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 08:49 AM | Show all posts
Edited by MadameOnion at 10-4-2025 08:51 AM
Burong_Hantuk replied at 10-4-2025 08:27 AM
btw ND...nasihatkan si BFF Betty Kuda tu..image islamic katanya,tapi mcm bodo jer jual bulu mata pel ...

hmmmm geng ni malas nak cakap..ramai askar..kang askar dia suruh kita masuk neraka pulak
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 09:20 AM | Show all posts
mEOLLS rengsa le dik nowa sbb hati meolls ni hitam.. ni nak kabo.. solat tu wajib yaach salah satu RUKUN ISLAM yaachh..

Ni nak menunggang ke apa? Moga istiqamah dan tak kembali ke asal tak bertudung kononnya tak tahan hencapan netizen kekdahnyer ya
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 09:38 AM | Show all posts
semoga nowa terus istiqamah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 09:41 AM | Show all posts
miu84 replied at 10-4-2025 05:49 AM
sebab sadly, realitynya ramai jah yg x lengkap solat 5 waktu sehari. pasal kerja , pasal busy, eve ...

I pernah kerja dgn filem industry, mmg kalau krew filem tu majority tak solat. Usually terpaksa qada but I perasan ramai tak buat. Ada yg mmg jenis tak tinggal solat (even pelakon2) but the sad reality is that most of them view it as non compulsory sebab alasan kerja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2025 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.083030 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list