Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan nasihat positif kepada Marissa dan memintanya untuk tabah menjalani ujian hidup.
"Tak mengapa, apa yang pernah jadi tu sekarang awak cari kebahagiaan awak, awak layak untuk dapatkannya."
"Awak anak baik, moga suatu hari nanti orang akan nampak."
"Lepas ini jangan silap langkah lagi, selidik sehabis baik dan selitkan ibu bapa sekali bila buat keputusan. Jadikan pengajaran, ramai sayang awak."
"Tersalah langkah itu biasa, atur semula langkah baru insya-Allah ada sinar di hadapan sana."
"Tiada apa yang perlu disesalkan, semuanya adalah pengalaman. Pahit manisnya kita sendiri tahu."
Untuk rekod, Marissa menjadi isteri kedua kepada pilihan hatinya, Mohd. Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Sumber: OhBulan