|
Gara-gara mempercayai janji dan simpati dengan seseorang, pelakon Ebby Yus mendedahkan dia menjadi mangsa penipuan sehingga kerugian berjumlah RM 30,000.
Cerita Ebby, 59, pada awalnya individu berkenaan menawarkannnya peluang pekerjaan dengan berniaga beberapa produk.
Bersetuju menerima tawaran itu, individu berkenaan bagaimanapun gagal membuat bayaran seperti yang dijanjikan, sebaliknya lelaki itu pula meminta bantuan pinjaman kewangan untuk modal perniagaan.
“Pada awalnya memang tak percaya dia menipu tapi selepas dua bulan baru sedar dia menipu, dia (peniaga) minta saya jadi duta kepada produk sebelum puasa dulu, ada gaji tapi bila saya sudah buat semuanya, sangkut bayaran sebab dia tak ada modal.
“Pada mulanya nak bantu tapi dia pula pinjam duit dekat saya sebab buat pusingan modal, saya terpaksa dahulukan duit yang orang ramai berikan kepada saya itu dengan harapan dapat pulangan dua kali ganda.
“Bila saya mesej dan tanya macam-macam alasan dia berikan kepada saya. Saya kesal sebab itu duit sumbangan orang ramai untuk rawatan saya... sampai hati dia buat macam ni dekat saya,” kata Ebby kepada mStar.
Dalam pada itu, Ebby memberikan individu berkenaan tempoh selama seminggu dan meminta untuk melunaskan segala saki baki bayaran yang tertunggak itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|