CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 177|Reply: 0

Bajet marhaen ke Maldives tetap menyeronokkan! Pemuda kongsi apa perlu, tak patut dilakukan

[Copy link]
Post time 8-4-2025 01:30 PM | Show all posts |Read mode


SEBUT sahaja Maldives, pasti ramai yang membayangkan panorama indah laut biru di samping pasir putih serta terumbu karang yang berwarna warni.

Bagaimanapun, disebabkan ia terkenal sebagai pusat pelancongan mewah, ramai golongan biasa menguburkan hasrat untuk menjejakkan kaki di destinasi eksklusif itu.

Tambahan pula, pakej yang ditawarkan ke salah sebuah pulau di lautan India itu bernilai puluhan ribu ringgit.

Bagi anda yang pernah memasang impian untuk ke negara yang mempunyai 1,190 buah pulau ini bolehlah mengikut tip yang dikongsikan pelayar Facebook Ihsan Zainal.



Paling menarik, anda berpeluang untuk mengelilingi ibu kota Male dengan menggunakan motosikal persis rakyat tempatan kerana lokasi popular itu tidak memerlukan lesen antarabangsa.

"Bagi aku, antara trip paling murah yang pernah pergi adalah Maldives. Tengok AirAsia buat penerbangan sehala RM239... dah macam pergi Kuching (Sarawak), empat jam lebih je.

"Jangan pilih resort atas air, jamban dalam laut yang nampak penyu. Itu jual kereta pun tak lepas nak tidur semalam," kongsinya.



Malah berdasarkan hasil carian tiket penerbangan yang dilakukan mStar, harga yang ditawarkan syarikat penerbangan murah seperti dinyatakan Ihsan terbukti berpatutan.

Mengulas lanjut, Ihsan berkata, dia memilih untuk menginap di Male yang mempunyai hotel semurah RM100 semalam.

Malah setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Male, dia hanya perlu bayar AS$1 (RM4.45) untuk naik bot ke bandar Male.



"Kalau nak merasa pergi ke pulau-pulau, ambil saja day-trip yang menyediakan hidangan bufet, seorang dalam AS$100 hingga AS$125 (RM446.50 - RM558.20).

"Kat Male boleh sewa motor separuh hari, pusing-pusing ibu negara. Tak perlu lesen antarabangsa pun sebab lesen kita boleh guna di sana.

"Sewa motor trusted biasanya Atollrent, suruh dia hantar motor ke hotel dan pulang balik pun mereka ambil sendiri di hotel," tambahnya berkongsi pengalaman. - mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-4-2025 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.048785 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list