CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1207|Reply: 23

[Tempatan] Sakit hati dapat jiran dapat jiran tak ada common sense, siap parkir kereta dalam pagar rumah

[Copy link]
Post time 8-4-2025 12:17 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Seorang wanita bengang apabila mendapati jirannya bertindak sesuka hati memecah masuk kawasan kediaman dengan memarkir kereta ketika dia tidak berada di rumah.

Menerusi klip video itu, pemilik akaun @nanasmanis94 memuat naik gambar di TikTok menunjukkan kereta milik individu itu jenis Proton Waja diparkir di kawasan rumahnya semasa dia datang setelah sekian lama tidak pulang.

“Rumah ini saya tidak duduk dan kosong sahaja. Kadang-kadang saya balik untuk memeriksa rumah. Jadi, saya kunci atau tidak kunci, dia tiada hak untuk buka dan parkir kereta tanpa minta izin di dalam kawasan rumah saya.



“Sebab kereta dia ada tiga hingga empat buah untuk kawasan rumah macam itu. Jadi, rumah orang akan jadi mangsa, bukan setakat kereta dia letak, malah barang-barang pun dia letak di kawasan rumah orang dan jadikan sebagai stor. Bukan untuk jaga rumah daripada pencuri,” katanya.

Sehubungan dengan itu, pemilik rumah meminta netizen untuk sentiasa belajar beradab dan belajar untuk meminta izin jika ingin menggunakan hak orang lain supaya tidak berlaku sebarang kemarahan antara satu sama lain.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengguna berkongsi pengalaman masing-masing berkaitan sikap segelintir individu yang kurang beradab dalam hal kejiranan.

“Sejenis macam jiran aku juga. Sudah tahu menyewa rumah kecil, lepas itu semua kereta dia mahu bawa balik. Akhirnya, kereta-keretanya parkir bersepah dekat depan rumah orang lain,” @ zulfadliramlee

“Macam jiran aku juga, kadang dah nampak kereta aku dalam pagar masih parkir depan pagar rumah aku. Kita ni kalau kecemasan dah satu hal pula nak kena memanggil,” @ atam_yayeeeee.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2025 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Panggil la Penyamun Ali Baba..rompak keta tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 12:48 PM | Show all posts
masalah rumah landed...kalu condo senang jer, panggil guard kunci tayar, nak buka byr 100
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 12:56 PM | Show all posts
bagi la warning dulu...pastu kalau dia buat lagi baru kunci....sbb mungkin selama ni dia parking kat situ...okay je....aku bukan apa....kesian kat owner rumah jugak....tak pasal2 kena datang utk bukak kunci...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 12:56 PM | Show all posts
bagi la warning dulu...pastu kalau dia buat lagi baru kunci....sbb mungkin selama ni dia parking kat situ...okay je....aku bukan apa....kesian kat owner rumah jugak....tak pasal2 kena datang utk bukak kunci...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 01:03 PM | Show all posts
pernah jumpa kes camni... rumah jiran terbiar.. owner jenguk berbulan2 sekali kot.. jiran lain park kete dalam pagar rumah tu. taktaula mintak izin dulu ke tidak.. hehe..

aku dulu ada jugak jiran kiri kanan yang tak duduk rumah.. bayar buta2 aje... kemain kaya memasing rumah ratus2 ribu biar kosong sewakan pon tidak. Yang menyakitkan ati.. rumah tinggal gitu.. jadi port kucing berak.. yang dapat busuknya aku.. hampeh betul. mujurla jiran sebelah lagi tu pencinta kucing.. dia la yg tolong cuci.. sbb tak tahan bau. Aku? simbah dari sebelah aje.. tak tahan wei.. teruwek2 aku sambil2 menyimbah tu.

Masa zaman PKP.. kitorang wasap tn rumah.. nak tumpah laman buat main badminton. haha.. luas la sikit main ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2025 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni bukan tadak common sense, ni membuli namanya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa marah tuan rumah.. jiran tu boleh kena charge mencoroboh la kan.. macam iols bayar extra parking.. tiber ada myvi .. kita nak parking kereta tak boleh.. aku bayar kut bulan².. boleh pulak minah tu naik hantu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2025 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau aku pun panas.. Kalau kat luar ok lg.. Ni smpai dalam.. Kot ye pun pak tam tak tau nak hubungi siapa tp tu bkn green light blh suka2 menceroboh
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
setan pun takut tgok perangai org gini..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
1st raya aritu, lps bw mak beraya, pkl 3 ptg dah…masa nak hantar mak blk, ada kete ntah sapa parking dlm porch umah mak
Mak aku dah la bertongkat
Dah kena jln jauh sebab kete aku xleh nak masuk porch
Rupa2nya tetamu jiran opposite umah mak dtg beraya dgn selambanya park kat porch mana2 yg kosong ikut kesenangan dia
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 8-4-2025 05:30 PM
1st raya aritu, lps bw mak beraya, pkl 3 ptg dah…masa nak hantar mak blk, ada kete ntah sapa parkin ...

Takde sense langsung org mcm ni...
Chols ada bg nota apa2 tak kat kete tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepatunya saman sekali yg pacak khemah buat open house.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 07:48 PM | Show all posts
Teruknye peel
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 07:57 PM | Show all posts
taruk kereta dlm kawasan rumah org percuma,sapa x marah

compensate tuan rumah tu baru lah dia pon berlapang dada

semua benda nak percuma

kereta byk tp perangai hauk kedekut pulak
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 8-4-2025 06:24 PM
Takde sense langsung org mcm ni...
Chols ada bg nota apa2 tak kat kete tu?

Xsempat
Br lps pimpin mak ke pintu rumah dia, aku tgh berjalan blk ke kete tu la tetamu jiran dpn tu berlari kelùar sebut sorry3
Orgnya berketayap berjubah putih
Rupa dah islamic dah tp common sense ke laut!
Kata2 sorry dia aku balas dgn bombastic side eye je cukup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2025 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 8-4-2025 10:57 PM
Xsempat
Br lps pimpin mak ke pintu rumah dia, aku tgh berjalan blk ke kete tu la tetamu jiran dpn  ...

Mesti geram kan kira dia dah menceroboh area rumah chuols...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 12:09 PM | Show all posts
Mana2 tempat sama. Sllnya halang laluan. Terutama musim2 ziarah raya ni. Dtg ramai2, kereta banyak. Parking halang laluan jiran2. Kadang2 tak tahu kereta tu dtg kerumah sapa. So honn shjlah. Kut ada yg keluar alih kereta. Pikiran kena rational.
Alah kejap shj, rumah tu kosong, x der orang kut.
Orang Malaysia Kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 03:58 PM | Show all posts
masalahnya, bila owner datang semula rumah dia, kereta tu dah xde
macamana owner kereta keluarkan kereta dia??
ada yg cakap maybe dia bukak pin pagar & pasang semula
kalau betul, memang melampau betul jiran dari neraka
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 03:58 PM | Show all posts
masalahnya, bila owner datang semula rumah dia, kereta tu dah xde
macamana owner kereta keluarkan kereta dia??
ada yg cakap maybe dia bukak pin pagar & pasang semula
kalau betul, memang melampau betul jiran dari neraka
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-4-2025 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.055837 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list