View: 1134|Reply: 17
|
[Tempatan]
Tempoh penjara dilanjutkan, tak tahulah bila Eda Ezrin nak keluar
[Copy link]
|
|
Kota Bharu: "Walaupun tempoh penjara dilanjutkan, saya setia menunggu detik untuk kembali ke pangkuan keluarga dan anak-anak."
Demikian luahan penyanyi dikir barat, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail atau dikenali sebagai Eda Ezrin kepada ibunya, Zahara Mamat, 47, ketika pertemuan di Penjara Wilayah Narathiwat, petang kelmarin.
Bapa Eda Ezrin, Wan Ismail Wan Yusuf, 52, ketika memaklumkan perkara itu berkata, anak sulungnya itu juga reda dengan lanjutan penahanan walaupun sudah tidak sabar untuk keluar dan pulang ke Kelantan.
"Kelmarin, ibu Eda Ezrin pergi melawatnya di penjara dan Eda memaklumkan berhubung lanjutan penahanan sekurang-kurangnya sebulan lagi.
"Eda sendiri pun tidak tahu bila dia akan keluar dari penjara, sama ada bulan depan atau beberapa bulan lagi.
"Namun Eda hanya meminta kami mendoakan supaya dia dibenarkan keluar penjara secepat mungkin kerana sudah tidak sabar untuk bertemu dengan anak-anaknya," katanya ketika dihubungi.
Kelmarin media melaporkan, penyanyi dikir barat Kelantan, Eda Ezrin perlu berada di Penjara Wilayah Narathiwat sekurang-kurangnya sebulan lagi.
Ia berikutan Mahkamah Wilayah Narathiwat memberi kebenaran kepada pihak Pendakwa Raya untuk melanjutkan tempoh mengemukakan permohonan rayuan berhubung pembebasan penyanyi dikir barat itu bersama suami serta empat rakannya.
Jurucakap Mahkamah Wilayah Narathiwat mengesahkan pendakwa raya sudah membuat permohonan pada Rabu lalu supaya tempoh mengemukakan permohonan rayuan dilanjutkan sebulan lagi bagi membolehkan mereka mencari bukti mengaitkan penyanyi itu berserta lima yang lain atas dakwaan memiliki 6,059 biji pil yaba.
Pada 6 Mac lalu, penyanyi Bea Soba Bea dan lima yang lain dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda yang ditemukan di dalam sebuah bilik hotel di Golok pada 1 November tahun lalu.
Mengulas lanjut Wan Ismail berkata, dua anak Eda Ezrin turut melawat ibunya di penjara Narathiwat pada Syawal keempat.
"Keadaannya baik-baik saja walaupun menyambut Aidilfitri dalam penjara. Anak-anaknya juga gembira dapat melihat ibu mereka walaupun hanya beberapa minit," katanya.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bey..soba beyyyy....
ingatlah ..jangan bersahabat dengan dadah |
|
|
|
|
|
|
|
oh lakinya kena tangkap juga. so lakinya dalam penjara jugalah skrg ni |
|
|
|
|
|
|
|
oh lakinya kena tangkap juga. so lakinya dalam penjara jugalah skrg ni |
|
|
|
|
|
|
|
eh bukan harittu dah bebas ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Biar mampus dlm jel siam tu. nak sgt bawak dadah sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
midori888 replied at 8-4-2025 12:39 PM
eh bukan harittu dah bebas ke?
itu la bebas semua kan 6 org...aritu kata salah sbb masuk ke thai tanpa dokumen je pastu tempoh penjara dah laksana sbb dah lama dok dlm tu. takde sebut psl kaitan pil 6k tu...rupanya masuk jail balik ke derang ni sume? |
|
|
|
|
|
|
|
cari je la duit lagi makcik, itu je solution nya.... |
|
|
|
|
|
|
|
tak cukup bg kot tu sumbat balik. gila igt sng2 nk lepas? igt pablo eskobar ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
Bey soba bey...bey rilek bey |
|
|
|
|
|
|
|
Ni tambah lg dr yg tak dpt balik beraya tu ke... Atau berita yg tu hari je? |
|
|
|
|
|
|
|
ok letew...pelajaran utk yg berniaga dada bkn nama sbnr..
apo la heh merosakan ank bangsa sndiri demi nk hidup senang..
|
|
|
|
|
|
|
|
hmmm
Pendakwaraya buat rayuan
mungkin tak bebaskan sementara proses rayuan ni kot |
|
|
|
|
|
|
|
Tak faham dgn org perempuan berani bawa bende2 terlarang ke negara org. Aku ni nak bawa makanan pun aku xnak sbb malas nak menunggu clearance pebende bagai kat pintu masuk nanti. Lagi2 aku malas nak buat list la apa bagai. Elok lah bawa badan dgn pakaian je. Ni kene pula kat negara mcm Thailand tu, kalau betul jatuh hukum, mereput la kat dlm penjara tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Muda betul mak dia, br 47 so kuat lg la menjaga cucu2 |
|
|
|
|
|
|
|
itu la tgk berita smlm umur 47, eda ni umur berapa? kurang dah 30 ni, kira 16 tahun mak dia dah kawin?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sorry no simpati for you. |
|
|
|
|
|
|
|
salimrock replied at 9-4-2025 09:54 AM
itu la tgk berita smlm umur 47, eda ni umur berapa? kurang dah 30 ni, kira 16 tahun mak dia dah ka ...
Haah, google td 30 tahun ni
Awalnya mak dia jd ibu |
|
|
|
|
|
|
| |
|