CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 317|Reply: 1

[Tempatan] Penemuan tengkorak dan rangka manusia di sawah padi Pasir Puteh

[Copy link]
Post time 8-4-2025 11:34 AM | Show all posts |Read mode


Penduduk digemparkan dengan penemuan tengkorak dan tulang dipercayai rangka manusia di sawah padi di Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh.

Penemuan pada petang Isnin itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria.

Beliau berkata, petugas Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh menerima maklumat mengenai perkara itu kira-kira pukul 3 petang.

"Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan pegawai polis dari Balai Polis Selising dan IPD Pasir Puteh ke lokasi kejadian dan menemukan tengkorak serta tulang dipercayai rangka manusia.

"Pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar lokasi kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kejadian itu," katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Menurut Zaizul Rizal, pihak forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hadir untuk menjalankan siasatan serta pencarian saki-baki rangka bagi melengkapkan siasatan.

Tambah beliau, kes disiasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ketua Polis Balai Selising Sarjan Mejar Suhaimi Abdullah di talian 019-2424434 atau Bilik Gerakan IPD Pasir Puteh di 09-7867222," katanya.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2025 11:47 AM | Show all posts
Unsur penyeludupan manusia, wang kelian mungkin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-4-2025 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.089256 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list