Menurutnya, antara doa dipanjatkan adalah meminta dikurniakan rezeki cahaya mata bagi melengkapkan rumah tangga yang dibina lima tahun lalu.
“Sama macam pasangan lain saya dan isteri insya-Allah akan banyak doakan hidup kami diberkati, kekal bahagia hingga syurga dan dikurniakan zuriat yang soleh serta solehah,” ujarnya.
Lebih istimewa, katanya ibadah kali ini turut disertai rakan seperjuangan, Shuib bersama keluarganya.
Sementara itu, Shuib, yang sebelum ini pernah ditipu agensi umrah, bersyukur dapat membawa isteri, Watie Hanifiah dan anak-anak merasai pengalaman berharga di Tanah Suci.
“Alhamdulillah, kali ini kami sekeluarga dapat menunaikan umrah bersama. Saya juga bersyukur kerana anak bongsu saya Ayash Affan, yang berusia tiga tahun dapat menunaikan ibadah ini buat kali pertama.
“Saya dan isteri memang ada perancangan menambah cahaya mata kerana abang dan kakaknya sudah meminta adik. Mana tahu, ada rezeki ‘baby Tanah Haram’,” katanya.
Tambah Shuib, perjalanan umrah berkenaan menjadi pengalaman berharga buat mereka sekeluarga, selain mengeratkan lagi persahabatan dengan Mamat.
Pada masa sama, Shuib dan Mamat turut menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati memilih agensi umrah supaya tidak menjadi mangsa penipuan.
Sumber: Kosmo