CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1211|Reply: 17

[Tempatan] Satu kampung 10 penghuni

[Copy link]
Post time 6-4-2025 08:20 AM | Show all posts |Read mode

Pasir Salak: Kampung Bandar yang terletak di pinggir Sungai Perak, di sini, masih meriah walaupun hanya dihuni 10 penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bandar Azman Basir, 60, berkata, penduduknya membabitkan empat wanita dan enam lelaki berusia 30 hingga 80 tahun yang mendiami enam rumah kayu.

Menurutnya, situasi itu terjadi kerana ramai penduduk asal berpindah ke kawasan baharu berikutan Kampung Bandar kerap dilanda banjir setiap kali musim tengkujuh.

"Banjir berlarutan sejak lama dan ia umpama rutin tahunan kerana kedudukan kampung kami betul-betul di pinggir Sungai Perak.

"Pada 2014, 40 penduduk dipindahkan ke Taman Tan Sri Megat di Bukit Chawi kira-kira tujuh kilometer (km) dari sini.

"Namun, mereka masih kerap datang ke sini kerana bekerja di kebun sawit selain menjadi nelayan darat," katanya.

Bercerita lanjut, Azman berkata, lantai rumah kayu tradisional penduduk dibina tinggi daripada permukaan tanah bagi meminimumkan kerosakan akibat banjir yang kerap melanda.

"Walaupun dibina tinggi, banjir dahsyat pada 1964 dan 2014 menyaksikan paras air banjir setinggi lima kaki (sekitar 1.52 meter) hingga mencecah lantai rumah, menyebabkan ramai penduduk berpindah," katanya.

Beliau berkata, ejaan asal kampung itu sebenarnya adalah 'Bandau' yang bermaksud pelabuhan kerana pernah menjadi kawasan laluan perdagangan sekitar abad ke-19.

Azman berkata, antara bangunan lama masih wujud di kampung itu adalah Masjid Al-Madinah yang dibina pada 1890.


Malahan, kawasan ini pernah menjadi pusat pemerintahan negeri serta menempatkan makam Sultan Perak ke-15, Sultan Iskandar Dzulkarnain (mangkat 1765) dan Sultan Perak ke-21, Sultan Shahabuddin Riayat Shah (mangkat 1851) masing-masing di Pulau Indera Sakti dan Kampung Tanjung Penangguh dalam Mukim Bandar.

Selain itu, terdapat juga makam Mufti Perak pertama, Muhammad Zain Muhammad Amin.

"Dahulu, kampung ini pernah menempatkan balai penghulu dan klinik kesihatan, namun kedua-dua dipindahkan ke Bukit Chawi.

"Bangunan kerajaan yang tinggal hanya Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar yang mempunyai tujuh guru serta 10 murid.

"Mereka tinggal di Bukit Chawi, namun bertugas dan bersekolah di sini. Jika sekolah ini tidak berfungsi, kampung ini mungkin 'terkubur'," katanya.

Azman berkata, oleh sebab jumlah pemastautin lelaki di kampung itu tidak melepasi syarat, mereka menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Bukit Chawi.

"Bagaimanapun, setiap kali Aidilfitri, Masjid Al-Madinah bertukar meriah kerana ratusan anak perantau pulang untuk solat sunat Aidilfitri.

"Walaupun kampung ini kurang penduduk, tetapi kami berusaha menarik pelancong melawat kampung yang kaya dengan sejarah dan sumber perikanan agar tidak ketinggalan," katanya. - Harian Metro


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2025 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam betul je…. Kawasan banjir kerap, pindah kat area tak banjir .
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm best je ngajar kat skolah situ
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 03:31 PM | Show all posts
Kampung aku pun dah pupus. Kalau orang tempatan tengok aku punya BC pun akan tanya kat mana ni sebab situ dah jadi bandar
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 02:23 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 6-4-2025 07:31 AM
Kampung aku pun dah pupus. Kalau orang tempatan tengok aku punya BC pun akan tanya kat mana ni sebab ...

u kampung mana ?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 02:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm best je kg ni utk org introvert mcm iols
Cuti raya nanti boleh try pergi jalan2 sini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2025 02:52 AM | Show all posts
Nape la lambat sgt aku tau pasal kpg ni....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 05:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols pi Perlis
Kebetulan roomstay iols sebelah je ngn surau
Jemaah cuma 4 orang
Org yg sama je
Nih kami dh balik tinggal 3 org jelaa heheh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2025 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 7-4-2025 02:23 AM
u kampung mana ?

Johor.

Baru ja Google eh ada lah tapi kalau ko jumpa cari mungkin tinggal 2-3 biji rumah pusaka sepupu sepapat aku tenggelam dalam taman2 perumahan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 08:19 AM | Show all posts

Kalau aii dok sini harus boleh jadi wakil rakyat :-)

Seronok juga ya dok kg tak ramai penghuni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 08:20 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 6-4-2025 03:06 PM
Johor.

Baru ja Google eh ada lah  tapi kalau ko jumpa cari mungkin tinggal 2-3 biji rumah pu ...




Kangkar teberau ke?

dulu satu kg Melayu sekarang hilang ghaib dah agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 02:02 PM | Show all posts
DARSITA replied at 7-4-2025 08:20 AM
Kangkar teberau ke?

dulu satu kg Melayu sekarang hilang ghaib dah agaknya.

Oh bukan.
Not that urban, masih ada suasana kampung tersisa I don't know for how much longer la. Iols pun dah tak balik sana dah.

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Jaga2 lah..lps ni rohingyak dtg buat koloni..jdlah kampung rohingyak..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 02:25 PM | Show all posts
mcm best je kan
sesiapa yg introvert teruk boleh la ke sini
zaman now pon byk keje remote
heaven nya duk tmpt camni kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 02:27 PM | Show all posts
laa pasir salak

ingat kat perghlighhh
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
10 penduduk mendiami 6 buah rumah. Mesti ada yg duduk sorg² tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2025 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kota Cempaka Sari, kerajaan perak dulu  ke selatan lagi ..ke muara sungai kampar
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 01:34 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 6-4-2025 11:06 PM
Johor.

Baru ja Google eh ada lah  tapi kalau ko jumpa cari mungkin tinggal 2-3 biji rumah pu ...

Parit Yaani ? Chaah ? Rengit ? Segamat ?
kalau Muar tak mungkin.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.068641 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list