View: 606|Reply: 3
|
[Tempatan]
Boleh Dikategorikan Sebagai Asnaf, Mangsa Tragedi Putra Heights Layak Terima Zakat!
[Copy link]
|
|
Edited by vanillaessence at 5-4-2025 11:35 AM
KUALA LUMPUR- Golongan yang kehilangan harta akibat bencana seperti kebakaran boleh dikategorikan sebagai asnaf al-gharimin (orang yang berhutang) dan layak menerima zakat.
Sehubungan itu,Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri berpandangan, mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang layak menerima zakat sekiranya mereka memerlukan wang untuk pemulihan kehidupan dan pembayaran liabiliti yang timbul akibat kejadian itu.
Katanya, perkara itu dinyatakan dalam hadis Rasulullah yang diriwayatkan Imam Muslim daripada Qabisah bin Mukhariq al-Hilali, Rasulullah SAW mengizinkan individu yang ditimpa musibah untuk meminta bantuan sehingga mereka dapat kembali kepada kehidupan yang stabil.
Beliau yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan berpandangan, bantuan zakat hendaklah didahulukan kepada mereka yang benar-benar memerlukan seperti mangsa yang kehilangan tempat tinggal, punca pendapatan atau terpaksa menanggung hutang akibat kebakaran.
Katanya, pemberian zakat dalam bentuk wang tunai lebih utama bagi membantu mangsa menanggung kos pemulihan, baik pulik rumah dan keperluan asas pasca bencana.
“Adapun bantuan dalam bentuk barangan atau makanan hendaklah diniatkan sebagai sedekah umum atau infaq fi sabilillah, kecuali jika benar-benar diperlukan oleh asnaf yang layak berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh institusi zakat.
“Agihan zakat boleh dilakukan melalui pusat zakat negeri, NGO Islam yang dipercayai dan telus, atau secara terus kepada mangsa yang layak.
“Jika melalui NGO atau badan kebajikan, pastikan dana zakat digunakan sepenuhnya untuk pemulihan mangsa dan tidak bercampur dengan dana lain.
“Sekiranya terdapat mangsa yang terkandas di luar kawasan kediaman mereka akibat kebakaran, mereka boleh dikategorikan sebagai asnaf ibn sabil dan layak menerima zakat bagi membantu mereka kembali ke tempat asal,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, malam ini.
Menurut beliau, mangsa yang masih memiliki aset seperti rumah dan tanah, tetapi kekurangan dana cair boleh menerima zakat mengikut kadar yang ditentukan oleh institusi zakat.
Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan umat Islam untuk terus menzahirkan solidariti melalui sedekah bagi membantu mangsa-mangsa yang terkesan dalam kalangan Muslim dan bukan Muslim. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
harap mangsa tragedi lain pun terima mcm ni..
aku tgk ada yg sumbang kete baru utk kegunaan sebulan ke apa , bukan calang2 kete..kwsn elite tu..
kalu mangsa kebakaran lain pun dpt cmni, bagus juga |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak betul bantuan yang dapat. Mangsa banjir di pantai timur dapat tak pelbagai bantuan seperti di putra heights ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|