CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 101|Reply: 0

Malaysia tak berhasrat kenakan tarif balas terhadap AS - Miti

[Copy link]
Post time 3-4-2025 03:31 PM | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti), sedang giat berunding dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bagi mencari penyelesaian yang selaras dengan semangat perdagangan bebas dan adil susulan kenaikan tarif yang dikenakan.

Miti menerusi kenyataan hari ini berkata, dalam usaha mengekalkan prinsip ini, Malaysia tidak bercadang untuk mengenakan tarif balas.

Katanya, tarif AS ini memberi kesan kepada banyak negara dan berpotensi menjejaskan perdagangan serta pertumbuhan ekonomi global.

"Miti komited dalam melindungi kepentingan ekonomi Malaysia dan mengekalkan hubungan perdagangan yang erat dengan AS.

"Kami mengakui bahawa kenaikan tarif oleh Presiden Trump memberikan cabaran besar kepada dinamik perdagangan global," katanya.

Menurutnya, walaupun menghormati keputusan kedaulatan terbabit, Malaysia percaya kepada pendekatan perbincangan konstruktif bagi membina hubungan ekonomi yang saling menguntungkan.

Miti berkata, bagi mengurangkan kesan tarif, Malaysia memperluaskan pasaran eksport dengan memberi keutamaan kepada wilayah berpotensi tinggi serta memanfaatkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) sedia ada termasuk Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Malaysia juga akan memperkukuhkan kerjasama baharu dalam Asean serta meningkatkan daya tahan rantaian bekalan negara dengan mempercepatkan pelaksanaan dasar industri utama seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Peta Jalan Peralihan Tenaga Nasional (NETR).

Selain itu katanya, kerajaan juga sedang berunding dengan industri yang terjejas dan meneroka program sokongan bagi membantu perniagaan menyesuaikan diri.

"Miti kekal komited terhadap dialog terbuka dan kerjasama bagi menyelesaikan pertikaian perdagangan serta mempromosikan kemakmuran bersama," katanya.

Menurutnya, Malaysia menghadapi cabaran ini dari kedudukan yang kukuh dan bersedia, asas ekonomi negara kekal mantap walaupun persekitaran luar mungkin mencabar dalam masa terdekat, kepelbagaian pasaran serta produk Malaysia, bersama dengan permintaan yang tinggi terhadap keluaran negara, akan memberikan penampan kepada ekonomi.

"Tambahan pula, permintaan domestik yang menjadi pemacu utama pertumbuhan masih kekal kukuh, dan Miti yakin bahawa ekonomi Malaysia akan terus berdaya tahan dalam menghadapi cabaran ini," katanya. - Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-4-2025 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.049402 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list