View: 761|Reply: 6
|
[Tempatan]
IWK nafi terlibat insiden kebakaran saluran gas
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM - Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd menafikan penglibatannya dengan insiden kebakaran saluran paip gas bawah tanah di Putra Heights pada Rabu.
Jabatan Komunikasi Korporat IWK dalam kenyataan menegaskan bahawa projek sambungan ke saluran paip pembentung persendirian itu dibina oleh kontraktor pemaju.
“Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa pemasangan saluran paip itu adalah di bawah tanggungjawab pemaju untuk pembangunan sendiri.
“Walaupun IWK memberikan kelulusan perancangan, tanggungjawab pengawalseliaan dari segi pematuhan dan kelulusan kuasa terletak pada pemaju serta kontraktor yang dilantiknya, yang mana tidak berdaftar dengan IWK seperti didakwa dalam laporan media,” katanya pada Rabu.
Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim pada Rabu berkata, projek berkenaan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.
Ujar beliau, projek tersebut bukan berada dalam Rizab Laluan (ROW) Petronas dan diberikan kelulusan serta kebenaran merancang (KM) pada 2022.
Menurut kenyataan IWK, pihaknya kekal komited untuk membantu sebarang siasatan.
“Kami akan menangguhkan (kerja) pemilik projek dan membantu pihak berkuasa yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya mengenai perkara tersebut,” ujar kenyataan berkenaan.- Sinar Harian
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya pemaju akan mintak advise iwk dulu kan? Ko dh la dpt loji taik free pastu caj kt pddk harga yahudi pastu xnk tanggungjawab plk |
|
|
|
|
|
|
|
setujuuuuuuuuuuuuuuuuuu......
|
|
|
|
|
|
|
|
Terbayang pula kalau pipe taik meletop. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha....IWK terpaksa buat kenyataan kerana sebelum ini CIDB pergi petik 'kerja pembentungan'. Mereka nak jaga reputasi selepas statement mengelirukan oleh CIDB
|
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 3-4-2025 04:25 PM
Terbayang pula kalau pipe taik meletop.
Loji taik pung ada gas metana jg kan?ke gas ammonia eh?huhuhu...bayangkan kena plak kt negeri maju kt pantai barat ni musim perayaa tak kira la raya ke..cny ke...fuhh...
Tpkan iols terigt kes kebocoran gas apa ntah kt johor time ph 1.0... apa jadi pada mangsa2 eapecially yg hilang upaya tu yer? |
|
|
|
|
|
|
|
honeybee1802 replied at 3-4-2025 04:34 PM
Loji taik pung ada gas metana jg kan?ke gas ammonia eh?huhuhu...bayangkan kena plak kt negeri maju ...
Ada jer yg meletup siap melambung tutup manhole kt china masa cny aritu, klau x silap ada budak kecik masukkan mercun dlm salur taik tu then meletup habis rosak kereta parking kt sebelah tu, mak bpk dia siap buat2 bodo konon x tau apa2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|