CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 136|Reply: 0

Nur Alyssa manfaat cuti pulang beraya di Muar, jalani latihan intensif selepas Aidilfitri

[Copy link]
Post time 31-3-2025 11:03 PM | Show all posts |Read mode


PELUMBA basikal trek negara, Nur Alyssa Mohd Farid memanfaatkan cuti Hari Raya Aidilfitri untuk berehat bersama keluarga selepas melalui permulaan tahun yang sibuk dengan latihan dan kejohanan.


Atlet berusia 19 tahun itu pulang ke kampung halamannya di Muar, Johor bagi meraikan Syawal bersama insan tersayang sebelum kembali fokus pada jadual latihan yang padat.


“Saya gembira dapat balik ke rumah untuk menyambut hari raya tahun ini. Kami sentiasa sibuk dengan latihan atau pertandingan, jadi seronok dapat meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.


“Keadaan akan kembali sibuk selepas hari raya, jadi saya akan menikmatinya sebaik mungkin,” katanya.




Nur Alyssa semakin menyerlah dalam sukan berbasikal trek dan mencipta sejarah tahun lalu apabila menjadi pelumba wanita Malaysia pertama yang berjaya mara ke final acara keirin di Kejohanan Dunia Remaja di Luoyang, China.


Pada Januari lalu, beliau mencatat masa 10.953 saat dalam Siri Trek ASEAN di Nilai, Negeri Sembilan, sekali gus menjadikannya pelumba kebangsaan ketiga selepas Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Anis Amira Rosidi yang berjaya menamatkan perlumbaan dalam tempoh bawah 11 saat.


Prestasinya terus meningkat apabila dua minggu lalu di Piala Negara UCI di Konya, Turkiye, Nur Alyssa sekali lagi memperbaiki rekod peribadinya dengan catatan 10.909 saat.


Kini, atlet remaja itu berada dalam skuad elit di bawah bimbingan ketua jurulatih, Harnizam Basri, namun masih menerima sokongan daripada jurulatih skuad pelapis kebangsaan, Hermann Terryn.


Bercakap mengenai pencapaiannya di Konya, Nur Alyssa meluahkan rasa puas hati dengan prestasinya meskipun masih ada ruang untuk penambahbaikan.


“Ia merupakan penampilan pertama saya di Piala Negara Trek dan agak berpuas hati dengan keputusan diperoleh.


“Mungkin ia bukan yang terbaik, tetapi pengalaman di sana memberi banyak pelajaran berharga.


"Tambahan pula, saya berjaya mencatat rekod peribadi terbaik saya, dan itu sesuatu yang sangat menggembirakan,” katanya.


Menyertai pasukan elit bukan tugas mudah, dan Alyssa sedar cabaran yang menantinya untuk terus bersaing di peringkat tertinggi.


“Bersaing di peringkat elit bukan sesuatu yang mudah, jadi saya perlu mengekalkan latihan dan jurulatih juga menasihatkan saya untuk terus bekerja keras,” ujarnya.


Selepas Aidilfitri, Nur Alyssa dijangka kembali menjalani latihan intensif bagi menghadapi kejohanan seterusnya dalam usaha mengekalkan momentum di pentas antarabangsa. — The Star


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-4-2025 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.248852 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list