CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 100|Reply: 0

[Sarawak] TYT dan isteri hadiri Majlis Iftar Perdana 2025 di UNIMAS

[Copy link]
Post time 27-3-2025 10:52 AM | Show all posts |Read mode


Tun Wan Junaidi bersama yang lain menunaikan solat berjemaah di PITAS UNIMAS semalam. - Gambar Bolhan Basah - Penerangan

KOTA SAMARAHAN: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah menghadiri Majlis Iftar Perdana 2025 di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini semalam.

Ketibaan TYT dan Toh Puan Fauziah di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) UNIMAS telah disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS Tan Sri Datuk Panglima Sulong Matjeraie, Naib Cancelor UNIMAS Profesor Dr Ahmad Hata Rasit serta isteri, Profesor Dr Ramlah Zainudin.

Berucap pada majlis itu, Dr Ahmad Hata memberitahu untuk kesekian kalinya UNIMAS menganjurkan program tahunan Iftar Perdana sebagai satu wadah menghimpunkan warga UNIMAS serta masyarakat sekitar Kota Samarahan.

"Kita telah memasuki fasa 10 terakhir Ramadan dan PITAS UNIMAS antara tempat yang menjadi tumpuan para pelajar terutama yang beragama Islam sepanjang Ramadan ini.

"Bahkan ada beberapa aktiviti terutama majlis berbuka yang turut disertai pelajar bukan Islam," katanya.

Bercakap mengenai konsep melakukan ibadah jelasnya, ia tidak sahaja tertumpu pada bulan Ramadan semata-mata malah setiap pekerjaan di UNIMAS merupakan ibadah.

"Tugas menyebarkan ilmu itu adalah ibadah...mengurus para pelajar juga satu ibadah. malah tugas paling besar kita di UNIMAS ini bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada mahasiswa tetapi turut membentuk generasi muda berakhlak mulia bagi mewarisi amanah yang kita galas sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini," ujarnya.

Pada majlis itu, Tun Wan Junaidi turut menyampaikan sumbangan Khas Ihya Ramadan UNIMAS 2025 kepada 10 buah masjid, surau dan maahad di sekitar Kota Samarahan, Kuching dan Serian sebagai usaha memperkukuh hubungan komuniti dan menyokong aktiviti keagamaan.

Antara penerima sumbangan ialah Maahad Raudhatul Jannah Raudhah, Masjid Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub, Kampung Sadong Jaya; Masjid Al Azhar, Kampung Semera Asajaya; Masjid Darul Amaliah, Kampung Tanah Putih Serian; Masjid Ali Fatimah, Kampung Mang Samarahan; Masjid Darul Abrar, Kampung Tupong Tengah; Surau Darul Hana, Kampung Munggu Limo Serian; Surau Bumiputera, Kampung Sambir Asajaya; Surau Darul Taqwa, Jalan Gunung Ngeli Simunjan dan Surau Baiturrahim Lot Fasa II, Kampung Tanjung Bundong Samarahan.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan majlis berbuka puasa, solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta solat sunat Tarawih.

Hadir sama ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Dr Al Khalid Othman, Timbalan Naib Cancelor (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor Dr Siti Noor Linda Taib, Penolong Naib Cancelor (Jaringan Industri, Masyarakat dan Kelestarian) Profesor Madya Norazah Abdul Wahad, Ketua Pegawai Digital Dr Wan Hashim Wan Ibrahim, ahli-ahli Lembaga Pengarah UNIMAS dan yang lain.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-4-2025 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.090958 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list