CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 146|Reply: 0

[Sarawak] Tumbuk jiran akibat tersilap anggap menjeling, lelaki didenda RM1,500

[Copy link]
Post time 26-3-2025 01:55 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang lelaki didenda RM1,500 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menumbuk jirannya selepas tersalah anggap mangsa menjelingnya dan mengganggu anak saudaranya.

Muhamad Azree Mohd Sazali, 34, mengaku bersalah di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan selepas didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Muhamad Azree melakukan kesalahan itu terhadap jirannya berusia 30 tahun di sebuah rumah di Taman Matang Jaya di sini kira-kira jam 7.30 pagi pada 17 Mac 2025.

Berdasarkan fakta kes, mangsa telah bersemuka dengan Muhamad Azree sehingga mencetuskan pertengkaran.

Beranggapan mangsa menjeling ke arahnya dan mengganggu anak saudaranya, Muhamad Azree terus menumbuk mukanya sehingga menyebabkan kecederaan pada kening kanan dan lebam di bibir.

Mangsa segera melaporkan kejadian itu di balai polis berhampiran dan kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan.

Pada 19 Mac, Muhamad Azree telah ditahan polis di rumahnya.

Dia tidak diwakili peguam bela.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.040110 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list