CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 78|Reply: 0

[Sarawak] 1,568 kes jenayah siber direkod di Sarawak dari Jan hingga Okt tahun lepas, kerugian RM64.97 juta

[Copy link]
Post time 26-3-2025 01:23 PM | Show all posts |Read mode


Fatimah (tengah) bersama Saga dan tetamu kehormat lain memotong kek sempena sambutan Hari Polis Ke-218 Peringkat IPD Dalat hari ini.

DALAT: Sebanyak 1,568 kes jenayah siber direkodkan di Sarawak dari Januari hingga Oktober 2024, melibatkan kerugian besar mencecah RM64.97 juta.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, jenayah e-dagang mencatat jumlah tertinggi dengan 513 kes melibatkan kerugian melebihi RM4.4 juta.

Ini diikuti penipuan pinjaman tidak wujud (253 kes), pelaburan palsu (232 kes), ‘phone scam’ (190 kes), penipuan tawaran pekerjaan (159 kes), penyamaran identiti (101 kes) penipuan kewangan elektronik (e-kewangan) (88 kes) dan ‘love scam’ (32 kes).

“Ini merupakan petunjuk jelas bahawa jenayah kini semakin kompleks, terutamanya dengan penyalahgunaan teknologi dan media sosial,” ujarnya ketika berucap pada sambutan Hari Polis Ke-218 Peringkat Ibu Pejabat Polis (IPD) Dalat di Dewan Kompleks Kebajikan Dalat, hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Dalat DSP Saga Chunggat.

Menyatakan keyakinan terhadap tahap profesionalisme Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani cabaran tersebut, Fatimah menyeru masyarakat agar membantu menyalurkan maklumat serta mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah siber.

Beliau turut menekankan penyalahgunaan dadah kekal sebagai isu sosial paling membimbangkan di Sarawak, dengan seramai 33,115 individu ditangkap atas pelbagai kesalahan berkaitan sejak 2022.

“Isu ini ditangani secara bersepadu menerusi penubuhan One Stop Committee (OSC) Menangani Isu Dadah dan Substans (MIDS) di 42 daerah seluruh negeri,” ujarnya, sambil merakamkan penghargaan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak atas komitmen mereka dalam kolaboratif bersama Majlis Pembangunan Sosial (MPS).

Bagi daerah Dalat, beliau memuji tindakan pantas IPD Dalat yang berjaya melakukan dua tangkapan berkaitan kes kecurian dan penyalahgunaan dadah di kawasan Oya baru-baru ini, hasil kerjasama erat dengan komuniti setempat.

Fatimah turut menzahirkan penghargaan kepada PDRM atas peranan penting mereka semasa bencana banjir melanda Dalat awal tahun ini, walaupun terpaksa mengimbangi tugas operasi dan keselamatan awam.

“Jasa warga PDRM yang sanggup mengetepikan kepentingan diri, berhujan dan mengharungi banjir demi keselamatan masyarakat tidak akan dilupakan,” tambahnya.

Beliau turut menyokong usaha kolaboratif antara AMANITA PDRM dan Skuad Sayang Dalat dalam meningkatkan kesedaran keselamatan dalam kalangan wanita dan komuniti melalui pelbagai program seperti ceramah, latihan dan lawatan rumah ke rumah.

Mengakhiri ucapannya, Fatimah menyeru semua agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat agar terus berganding bahu bersama PDRM demi mengekalkan keamanan serta kesejahteraan Daerah Dalat.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-4-2025 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.321447 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list