View: 6705|Reply: 55
|
'Tiada apa yang serius, kami cuba bincang' - Edika Yusof
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Pelakon Edika Yusof, 58, akan cuba berbincang dengan isterinya, Nor Hidayah Yusri, 47, walaupun wanita itu sudah memfailkan tuntutan perceraian terhadapnya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Februari lalu.
Edika turut menyifatkan tiada apa yang serius dan dia akan 'update' mengenainya nanti yang mungkin berpunca daripada tidak sekufu di pihak isterinya itu.
"InsyaAllah nanti saya update....nothing serious, InsyaAllah kami cuba bincang.. mungkin tidak sekufu, bagi pihak dia...terima kasih," katanya ringkas kepada Harian Metro menerusi kiriman mesej di WhatsApp.
Terdahulu, dilaporkan rumah tangga 22 tahun Edika dan Nor Hidayah kini di ambang perpisahan apabila wanita itu difahamkan sudah memfailkan perceraian pada pertengahan Februari lalu.
Peguam syarie mewakili Nor Hidayah iaitu Mohd Yazid Hazim mengesahkannya ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
"Untuk hari ini adalah sebutan kali pertama kes (cerai) dan ia sebutan biasa saja iaitu bagi penyerahan dokumen-dokumen daripada anak guam saya selaku plaintif.
"Sepatutnya pihak defendan (Edika) juga perlu hadir hari ini, namun kami menerima surat daripada pihaknya yang menyatakan tidak dapat hadir atas alasan bekerja.
"Jadi, mahkamah memutuskan sebutan kes dibawa kepada tarikh baru dan menetapkan 23 April depan untuk sebutan semula." katanya.
Ditanya juga sebab Nor Hidayah memfailkan tuntutan cerai itu, Yazid berkata, buat masa ini dia tidak boleh berkongsi secara terperinci, namun tidak menafikan berkaitan tiada persefahaman.
Bagi Nor Hidayah pula ketika ditanya mengenai keputusan dibuatnya untuk bercerai, enggan memberi komen lanjut kerana mahu mendengar kenyataan daripada pihak Edika terlebih dulu.
Nor Hidayah juga memberitahu dia dan Edika sudah tidak tinggal sebumbung dan enggan memaklumkan sejak bila.
Sebelum ini, pasangan Edika dan Nor Hidayah menarik perhatian ramai apabila pelakon filem Maria Mariana itu didapati sanggup berkorban dan setia menjaga isterinya yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak mereka.
Hasil perkongsian hidup dua dekad pasangan ini sejak 2003, Edika dan Nor Hidayah bahagia dengan tiga cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ok so...mungkin mcm pasangan somi istri lain yg serai sbb dh takde persefahaman, tp takde kena mengena dgn hal lumpuh... gitu ek pacik dika ensem? |
|
|
|
|
|
|
|
Bleh caye ke ni? I don't know anything anymore......... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak serius takkan sampai level nak cerai pokcik? |
|
|
|
|
|
|
|
Hensem gila muka umur 58... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak serius kenapa sampai dah tak tinggal sebumbung. |
|
|
|
|
|
|
|
Ganteng sungooh Edika ni kan cuolls.. tapi berlakon kayu dan lontaran dialog monotone.. ekekek
Anyhoo.. adakah serai sbb faktor kewangan? |
|
|
|
|
|
|
|
apa maksud edika tidak sekufu tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama baru tau tak sekufu ?
Dah macam old money sorg tu punya alasan tak sekufu |
|
|
|
|
|
|
|
Muka pokcik ni mcm muka sorang retis lelaki tp xingat sapa. |
|
|
|
|
|
|
|
AkokKocik replied at 26-3-2025 12:08 PM
Muka pokcik ni mcm muka sorang retis lelaki tp xingat sapa.
Sidi oraza ke |
|
|
|
|
|
|
|
wife merajuk kah ni..? laki keluar berlakon /berkerja lama2....
rasa laki dah x sayang dia....? - - ni spekuan klu xde yang serius...
pastu ada pulak mana2 perempuan nakkan laki nya dok message hidayah ckp bukan2 - ni spekuan kepada knp membawak ke fail penceraian..
semoga baik2 je untuk dua org ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seri_mawr at 26-3-2025 01:02 PM
-deleted-
double post pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
Bini dah fail cerai, tadok hapo yang serius katanya. Bendera merah sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sekufu bagi pihak dia? |
|
|
|
|
|
|
|
Ke dari dulu hati merentan2 mau pergi..tp lum stady dari segi khdupan & kewangan wlpun lama dh bendera merah pasngan beliau.. bila dh kukuh..hye2 bye2 ajok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takda apa yg serius? Dgn berwilca wife dia ke court.. |
|
|
|
|
|
|
|
newyork replied at 26-3-2025 04:13 PM
Takda apa yg serius? Dgn berwilca wife dia ke court..
In denial maybe? |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 26-3-2025 01:05 PM
Bini dah fail cerai, tadok hapo yang serius katanya. Bendera merah sangat.
Sian pocik ensem delulu lg.. mungkin mcm tak caye gelaran yg dijulang bakal berkubur begitu saje. |
|
|
|
|
|
|
| |
|