CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 86|Reply: 0

[Sarawak] Banjir mulai surut berhampiran Jambatan Durin

[Copy link]
Post time 24-3-2025 02:28 PM | Show all posts |Read mode


Gambar dikongsikan dalam Facebook rasmi JKR Sarawak menunjukkan banjir surut di kawasan Jambatan Durin dan boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

SIBU: Keadaan banjir berhampiran Jambatan Durin telah surut pada pagi ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie ketika dihubungi telah mengesahkan perkara itu.

Terdahulu, hujan berterusan menyebabkan paras air Batang Rajang meningkat dan melimpah ke jalan raya, mengakibatkan beberapa kawasan di Sibu, termasuk sekitar Jambatan Durin, dilanda banjir sejak Jumaat lalu.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa lawatan tapak di persimpangan Jakar Pan Borneo, Sabtu berkata, banjir yang melanda kawasan Jambatan Durin baru-baru ini disifatkan sebagai kejadian luar jangka dan pertama kali berlaku di kawasan tersebut.

Katanya, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menjalankan kajian bagi mengenal pasti kos serta penyelesaian untuk memastikan kejadian seumpama tidak berulang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2025 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.038769 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list