CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6205|Reply: 0

Trump arah serangan udara di Somalia, sasar anggota ISIS

[Copy link]
Post time 2-2-2025 05:28 PM | Show all posts |Read mode


PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Sabtu umum telah mengarahkan serangan udara terhadap seorang perancang serangan kanan kumpulan ISIS dan beberapa anggota lain organisasi itu di Somalia.

Dalam hantaran di Truth Social, beliau berkata mereka mengancam keselamatan AS dan sekutunya.

Jelasnya, anggota kumpulan itu yang disifatkannya sebagai pembunuh, berlindung di gua. Oleh itu jelasnya serangan akan memusnahkan gua persembunyian mereka tanpa mencederakan penduduk awam.

Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth, menyatakan serangan pada Sabtu itu dilancarkan di pergunungan Golis.

Penilaian awal menunjukkan beberapa anggota ISISI terbunuh, tanpa sebarang kecederaan terhadap penduduk awam.

Serangan berlaku hanya beberapa hari selepas Interpol mengumumkan penahanan beberapa suspek ahli ISIS di Afrika Timur.

Penangkapan tersebut dibuat di tengah-tengah kebimbangan terhadap kemungkinan kebangkitan semula kumpulan militan itu selepas penggulingan Bashar Al-Assad di Syria. - Awani


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.042218 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list