CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5481|Reply: 0

Bomba bergelut padam kebakaran LA, 24 korban

[Copy link]
Post time 13-1-2025 03:53 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba mengawal api Palisades yang memusnahkan sebahagian Los Angeles di Mandeville Canyon. FOTO Reuters.

Los Angeles: Anggota bomba bergelut untuk mengawal sempadan dua kebakaran hutan Los Angeles yang marak pada hari keenam berturut-turut, semalam.

Dalam bahaya itu, mereka turut mengambil kesempatan berehat seketika, sebelum angin kencang dijangka memarakkan semula api.

Sekurang-kurangnya 24 orang maut dalam apa yang digelar Gabenor California, Gavin Newsom sebagai bencana alam paling dahsyat dalam sejarah Amerika Syarikat (AS), yang telah memusnahkan beribu rumah dan memaksa lebih 100,000 orang berpindah.

Api menyebabkan seluruh kawasan kejiranan menjadi runtuhan bara, meratakan rumah orang kaya dan terkenal serta biasa, malah meninggalkan landskap malapetaka dahsyat.

Pihak berkuasa berkata, 12,000 struktur bangunan telah rosak atau musnah.

"Daerah LA mengalami satu lagi malam yang ganas dan menyedihkan yang tidak dapat dibayangkan," kata Penyelia Daerah Los Angeles, Lindsey Horvath.

Anggota bomba di udara menjatuhkan bom air yang sebahagiannya diambil dari Lautan Pasifik, manakala kru darat menggunakan hos dengan kudrat tangan, mengawal kebakaran Palisades yang merebak ke bahagian mewah Brentwood dan kawasan berpenduduk lain di Los Angeles.

Kebakaran di sebelah barat bandar itu telah menjangkau 23,713 ekar (96 km persegi) atau 37 batu persegi dan mencapai 11 peratus kawalan, angka yang mewakili peratusan perimeter kebakaran yang dikawal oleh anggota bomba.

Kebakaran Eaton di kaki bukit di timur Los Angeles menghanguskan seluas 14,117 ekar (57 km persegi) atau 22 batu persegi, ibarat sebesar Manhattan, dengan anggota bomba menggandakan langkah kawalan kepada 27 peratus iaitu peningkatan 15 peratus daripada hari sebelumnya.

Di utara bandar, 89 peratus kebakaran Hurst berjaya dikawal dan tiga kebakaran lain yang telah memusnahkan bahagian lain daerah itu mencapai 100 peratus kawalan, menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California (Cal Fire).

Jabatan itu berkata, walau kawasan kebakaran dalam pembendungan, ia mungkin masih ada bara.

Anggota bomba mendapat rehat sementara pada hujung minggu ini apabila angin Santa Ana yang mencapai kekuatan taufan pada awal minggu, akhirnya reda. Angin kering yang berpunca daripada padang pasir pedalaman telah menyebarkan bara api sehingga 3 km ke garisan hadapan.

Namun di kawasan yang tidak menerima sebarang hujan sejak April, Perkhidmatan Cuaca Negara meramalkan angin Santa Ana dengan kelajuan 50 hingga 70 batu sejam (80 hingga 112 kph) akan bermula malam Ahad sehingga Rabu.

Pegawai memberi amaran kepada seluruh penduduk Los Angeles yang berjumlah hampir 10 juta bahawa sesiapa sahaja boleh diarahkan berpindah.

Semalam, lebih 100,000 orang sudah berpindah, kurang daripada paras tertinggi sebelumnya iaitu lebih 150,000, manakala 87,000 lagi diberi amaran pemindahan.

"Angin ini digabungkan dengan kelembapan relatif rendah dan kelembapan bahan api yang rendah akan mengekalkan ancaman kebakaran di seluruh daerah Los Angeles yang sangat tinggi," kata Ketua Bomba Los Angeles, Anthony Marrone pada sidang akhbar, sambil menambah bahawa kawasan yang dipindahkan mungkin tidak dibuka semula sehingga bendera merah ditarik balik.

Newsom memberitahu NBC News bahawa kebakaran itu berkemungkinan bencana alam yang paling teruk dalam sejarah AS dari segi kos yang berkaitan dengannya sahaja.

Pemeriksa Perubatan Los Angeles melaporkan 24 kematian akibat kebakaran berkenaan.

Peramal cuaca AccuWeather menganggarkan kerosakan dan kerugian akibat bencana itu antara $135 bilion hingga $150 bilion.

Untuk membantu mempercepatkan usaha pembinaan semula di masa hadapan, Newsom menandatangani perintah eksekutif, semalam yang menggantung sementara peraturan alam sekitar untuk rumah dan perniagaan yang musnah.

Anggota tentera pula bersedia untuk menyokong usaha memadam kebakaran, kata Pentadbir FEMA, Deanne Criswell dalam satu siri wawancara televisyen semalam sambil menambah agensi itu telah menggesa penduduk untuk mula memfailkan bantuan bencana.

Anggota bomba dari tujuh negeri, Kanada dan Mexico telah pun berkumpul di kawasan Los Angeles untuk membantu operasi pemadaman.


Disiarkan pada: Januari 13, 2025sumber


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2025 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.076165 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list