CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16393|Reply: 1

[Sarawak] Peruntukan RM100 bilion beri manfaat besar kepada sektor pelancongan dan ekonomi

[Copy link]
Post time 26-11-2024 02:59 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Karim ketika ditemui pemberita hari ini. Gambar UKAS

KUCHING: Peruntukan RM100 bilion yang diumumkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa pelancaran Laporan Tahunan PCDS 2030 akan memberi manfaat besar kepada sektor pelancongan dan ekonomi Sarawak.

Berkata demikian ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah sambil memberi jaminan dana tersebut akan digunakan untuk memperkukuh sektor pelancongan, dengan Sarawak telah melepasi sasaran empat juta pelawat untuk 2024 seawal November.

“Alhamdulillah, dengan peruntukan RM100 bilion daripada Premier Sarawak, ini bukan sahaja akan merancakkan ekonomi Sarawak dan mendorong pembangunan negeri, tetapi turut membawa manfaat tidak langsung kepada industri pelancongan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan acara 'Pristine Seas: Bringing Back The Ocean' di Muzium Budaya Borneo, hari ini.

Abdul Karim menjelaskan pelaburan RM100 bilion tersebut menunjukkan komitmen Kerajaan Sarawak untuk menjadikan Sarawak sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia, sambil memacu pertumbuhan ekonomi jangka panjang.

Beliau juga menegaskan tiada sektor yang akan diabaikan, dengan semua bidang, termasuk teater, seni persembahan dan kesusasteraan, akan mendapat peruntukan untuk memperkasa industri kreatif dan kebudayaan negeri.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2026 07:16 AM | Show all posts
Peruntukan besar ini jelas menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pelancongan dan industri kreatif Sarawak, sekali gus memperkukuh infrastruktur serta kemudahan awam secara menyeluruh. Dengan perancangan rapi dan pelaksanaan strategik, impaknya boleh disamakan seperti projek Air conditioning installation Melbourne yang menitikberatkan kecekapan dan keselesaan jangka panjang demi manfaat komuniti.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2026 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.893090 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list