CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
1234Next
Return to list New
View: 6203|Reply: 61

[Tempatan] Terpulang kepada Malaysia untuk tutup pejabat UNHCR - AS

[Copy link]
Post time 17-10-2022 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: Amerika Syarikat (AS) menyerahkan kepada kerajaan Malaysia untuk membuat keputusan berhubung cadangan menutup pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini.

Timbalan Penolong Setiausaha Biro Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik, Jabatan Negara AS Melissa Brown berkata demikian semasa sesi meja bulat bersama media Malaysia di Kedutaan AS di Malaysia, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad mencadangkan pejabat UNHCR di Malaysia ditutup bagi membolehkan Putrajaya menguruskan pelarian di negara ini dengan lebih baik tanpa 'gangguan luar'.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata, cadangan untuk menutup pejabat UNHCR di Malaysia, tidak bermaksud hubungan dengan badan antarabangsa itu terputus.

"..Apa yang boleh saya katakan... pejabat (UNHCR) memainkan peranan penting. Kami memuji Malaysia untuk menjadi tuan rumah kepada ramai pelarian yang rentan di seluruh rantau ini dan selainnya.


"Amat penting untuk kita semua memastikan pelarian mendapat penjagaan dan sokongan yang mereka perlukan, sama ada akses kepada pendidikan atau rawatan perubatan serta peluang untuk mata pencarian dan masa depan lebih baik.

"Saya rasa terpulang kepada kerajaan Malaysia apakah langkah seterusnya khususnya mengenai UNHCR," kata diplomat Amerika itu.

Brown yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi turut memuji Malaysia yang menjadi tuan rumah kepada ramai pelarian dan memastikan mereka mendapat akses pendidikan serta rawatan perubatan.

Mengenai hubungan diplomatik AS-Malaysia yang menjangkau 65 tahun, Brown berkata, ikatan itu berakar umbi berdasarkan hubungan rapat antara rakyat, ekonomi dan keselamatan.

"Dari perspektif AS, kami mahu menjalinkan hubungan yang akrab dengan Malaysia, memperkukuh ikatan persahabatan dan kerjasama berdasarkan nilai demokrasi, menghormati hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang," katanya.

Katanya, kedua-dua negara akan terus memperluas hubungan perdagangan serta pelaburan dengan mengambil kira AS sebagai pelabur asing utama di Malaysia terutama dalam sektor elektronik.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/10/893357/terpulang-kepada-malaysia-untuk-tutup-pejabat-unhcr

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2022 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tutup saja lah...semua nak ambik kesempatan
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 03:08 PM | Show all posts
TuTup....

kepada NGOk yang tidak mahu tutup itu suruh mereka buka tapi sendiri punya belanja
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Lah xtutup lg?
Pelarian sedia ada ni? Boleh x kne kan hukuman klau buat salah?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tutup je la...  jgn expect aku derma potong gaji tetiap bulan???? Baik aku potong zakat & lhdn je
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Msia x mungkin menutup pejabat unhcr..kerana Msia..suka..' minta puji'(bak katanya orng Sabah).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2022 03:48 PM | Show all posts
tutup..tutup..tutup
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 03:55 PM | Show all posts
tutup dulu, bukak balik lepas kiamat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2022 04:12 PM | Show all posts
Tutup je la. Dah jadi hal pulak nk bela diorang semua ni. Lepas tu boleh start la hantar diorang balik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tutup pun kena mintak pendapat US kan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tutup pejabat...pelarian unchr tu hantar balik tak???? Ke PATI tetap berkampung kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelarian adalah najis dunia yang paling hina dan terkutuk
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 04:34 PM | Show all posts
TUTUP KE....?????

LUBUK DUIT TUUUUUU
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tmpt.iols ni.makin ramai rohingya bawak.moto roda tiga neh..
Sama.naik dgn india2..bila kita.soh amek.barang2 yang recycle neh.soh depa.pegi...mintak bayaran plak...
Bila aku tak.bagi..dok.merayu2.plak nak.amek.
Sudah.lah.
Iols pung oergi angkut sundiri je ke tmpt.recycle..
Dapat la.rm10 20.gitu
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 06:06 PM | Show all posts
Edited by brego at 17-10-2022 06:11 PM

tutup saja.

hantar semua pendatang ni ke negara2 yang jadi juara hak asasi manusia.
suruh mereka bela sendiri, nak jadi hero sangat
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 06:09 PM | Show all posts
lattehazelnut replied at 17-10-2022 03:08 PM
Lah xtutup lg?
Pelarian sedia ada ni? Boleh x kne kan hukuman klau buat salah?

ada terbaca satu kes,
bila tanya polis, tak boleh di dakwa, sebab ada kad unhcr.

bangang betul.
patut pendatang ni berebut datang sini dan buat kad.
memang negara ni penuh pak pandir dan lobai malang yang jadi pemimpin

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2022 06:09 PM | Show all posts
raykat menyokong penyahan unhcr dari malesya
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Nti ada la NGO yg protes x bg ttup, biz jual org ni untung jota2 oooo
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tutup je la.. apa lagi
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya akan tutup ini juga tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2026 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.372167 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list