CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1055|Reply: 2

Bilangan pekerja asing semakin berkurangan: Syed Hamid

[Copy link]
Post time 17-3-2009 04:50 PM | Show all posts |Read mode
Bilangan pekerja asing semakin berkurangan: Syed Hamid   
                               KUALALUMPUR: Pengambilan pekerja asing menurun sebanyak 60,000 orang dalamtempoh sembilan bulan antara Mac dan Disember lalu, Dewan Rakyatdiberitahu hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkatasejumlah 2.12 juta pekerja asing direkodkan pada Mac 2008 dan menurunkepada 2.06 juta orang pada Disember 2008.

"Dengan pembekuan subsektor tertentu seperti sektorperkilangan dan perkhidmatan serta keadaan ekonomi yang kurangmemuaskan, kementerian menjangka jumlah pekerja yang sedia ada dapatdikurangkan hingga mencapai matlamat 1.8 juta sahaja pada 2010,"katanya menjawab soalan Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri (BN-Kuala Nerus)pada persidangan Dewan Rakyat di sini.
        
    Mohd Nasir ingin tahu mengenai masalah kebanjiranpekerja asing di negara ini dan tindakan kerajaan terhadap majikan yangmelebihi kuota dalam pengambilan pekerja asing.

   
Syed Hamid berkata kerajaan telah berusaha mengatasi kebergantungan sektor industri terhadap pekerja asing sejak 2007 lagi.

"Kerajaan telah mengambil langkah seperti pembekuan pengambilanpekerja asing Bangladesh, memperketatkan kelulusan pengambilan pekerjaasing di Pusat Kelulusan Setempat (OSC) dan melaksanakan kerjasamapenguatkuasaan antara Jabatan Imigresen, Jabatan Tenaga Kerja danagensi lain secarakerap dan berkala," katanya.
                                  Mengenaitindakan terhadap majikan yang melebihi kuota pengambilan, Syed Hamidberkata isu itu tidak timbul memandangkan kelulusan tidak akandikeluarkan kepada majikan yang tidak memenuhi syarat dan kuotapengajian pekerja asing yang ditetapkan.

Katanya tindakan akan diambil oleh Jabatan Imigresen terhadap majikan yang menggaji pekerja asing secara tidak sah. - Bernama

ya kaa?? last week 2 kali aku pi KLIA, berdoyon-doyon bangla angkut bag br tiba kekdahnye... siap RELA tunggu lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2009 05:41 PM | Show all posts
dah org tempatan tanak kerjo nak wat mcm mane...mcm aku ni plak mmg lagi suke bangla jd staff aku sbb mmg rajin..tak lawan tauke...orang tempatan plak asyik curik tulang jek nak wat mcm mane....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 06:48 PM | Show all posts
ada pendatang asing yg rajin..ikhlas dtg nk cari rezeki tu..yg takut ialah yg dtg nk jadi samseng.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2026 11:00 AM GMT+8 , Processed in 2.773044 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list