b. Bahulu Cermai
Bahan-bahan ( Dalam 80 biji )
10 biji telur gred A
380gm gula pasir
1 tsp esen ros (kalau suka. Kak ogy omit nih sb nak dapatkan bau ori bahulu)
200gm tepung gandum
1/4 tsp baking powder
Cara-cara
1.Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
2.Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan dengan spatula.
3.Tips 1. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan. 4.Tips 2. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
5.Tips 3. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau x mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selamat 2 minggu. InsyaAllah.
6.Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan lama-lama. Sekejab je. Dan tepung agak-agak hangat je. Ini sama lah dengan kaedah orang dulu-dulu jemur tepung.
7.Update : Suhu bakar 220C sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik jika 'off' kan fan kat oven sbb kalo guna fan bahulu akan mengecut sedikit nanti.
Panaskan electric waffle maker.
Pukul telur sehingga berbuih sedikit. Campurkan susu & kesemua bahan2 lain. Campurkan sehingga sebati.
Tuangkan ke dlm waffle maker & tutup sehingga masak (waffle maker ada mcm2 brand, jadi ikut arahan memasak spt tertera dlm manual waffle maker anda). Tips - jgn tuang adunan terlalu sedikit nanti tak nampak pattern ataupun jika terlalu byk adunan, ia akan melempah & bentuk pun kurang menarik.
Hidangkan dgn topping kegemaran anda seperti madu, maple syrup, icrecream atau jem.
{:1_144:}---------------------------------- ...
masarju Post at 26-2-2010 08:33
soklan hari cuti
a.........kuih samosa
b.......Bahan-bahan:
1 bungkus kulit popia yg bersaiz 250 mm x 250 mm
2 cawan daging atau isi ayam } dicincang
4 ulas bawang merah } dikisar
1 cm halia } dikisar
2 ulas bawang putih } dikisar
1 labu bawang besar } dipotong dadu
500 g kentang } dipotong dadu
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah kurma
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk memasak
Cara membuat inti:
> Terlebih dahulu rebuskan kentang yg telah dipotong didalam air mendidih sehingga hampir (3 suku ) masak/empuk. Kemudian toskan kentang tersebut.
> Rempah kari dan rempah kurma dicampurkan dengan sedikit air panas supaya jadi pes.
> Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bahan yg di kisar sehingga wangi dan agak garing.
> Kemudian masukkan pes rempah tadi. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
> Kemudian masukkan daging/ayam, goreng sehingga daging/ayam masak.
> Masukkan bawang besar serta kentang, kacau sekejap sehingga kentang empuk dan intinya menjadi agak kering.Angkat dan sejukkan.
Cara membuat:
> Ambil kulit popia dan potong kepada 3 bahagian memanjang.
> Letakkan inti secukupnya di bahagian hujung kemudian lipat dlm bentuk segitiga hingga sampai hujung kulit popia.
> Lekatkan hujungnya dengan putih telur .
> Ulang sehingga habis kulit popia.
> Panaskan minyak, goreng dgn api yg sederhana sehingga perang
> Angkat dan toskan minyak.Sedia utk dimakan