CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Syd

MYSTARZ LG

[Copy link]
Post time 21-7-2007 10:31 PM | Show all posts
Asal cam syok sendiri je cite neh format da la cedok af sket








UNDI MEREKA UNTUK EPISOD 2 DI SINI :
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=291124
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


nissa_e This user has been deleted
Post time 22-7-2007 06:33 PM | Show all posts

hmm....

hmm dah terlampau banyak reality tv msia program nyanyi2 semua nya main tangkap muat konsep yg serupa boring...:mad2:
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2007 09:01 PM | Show all posts
Originally posted by nissa_e at 22-7-2007 06:33 PM
hmm dah terlampau banyak reality tv msia program nyanyi2 semua nya main tangkap muat konsep yg serupa boring...:mad2:



then y u involve ngan program nyanyi2 nih??
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2007 09:02 PM | Show all posts
Originally posted by AyieBoyZ at 21-7-2007 03:28 PM
Oipp.. lazernye.. beralas r sket nk bg komen pung.. mnggu dpn die nk perform plak tau..


lama lg nak minggu dpn.. sempat lg dier nak brush up vokal dier..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 12:32 AM | Show all posts
tadi tgk jap....ok je laa......tp best tgk CT jadi juri.....gan performance JAC
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 01:35 AM | Show all posts
yes..yes..badri aku nyanyi besh...n dpta diah as best performance siap dpt adiah aircond lg..
emeer pong best gak..

ape name dak mimi yg kene buang tu..
apo lah mak pak die tu wat malu jek..nak marah2 elli suriati lak...

perasan siap ckp anak saya muke cam siti bal..bla.. bla
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2007 08:28 AM | Show all posts
first, overall sume nyanyi pun ok. aku suka badri (bias ) dan emer.
second, aku sian bila mimi kuar sbb aku rasa dia nyanyi not that bad.
tp bila tukar chanel ntv7, aku rasa dia mmg patut kuar sbb degil tak dgr ckp tenaga pengajar.
bapak dia blh prasan anak dia muka mcm siti.
sikit pun aku tgk tak sama.
mcm tak blh terima kenyataan plak yg dia terkeluar.
nak salahkan org lain plak.
nasib ko la mimi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 08:57 AM | Show all posts
EMER....comeikan...

GERHANA..ooo...GERHANA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2007 10:27 AM | Show all posts
apalaaa mak pak dak mimi ni...wat malu jerr...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 10:32 AM | Show all posts
aku pun suka EMER nyanyi lagu Gerhana.....best sesangat

yuppps betul aku pun nyampah dgn Mimi......terutama sekali bila dia bersumpah dgn nama Allah yg itu la cara dia sbnar.....bukan dia nak meniru sesiapa....skali kena sound dgn Elli......padan muka kau.....nasib baik kau terkuar......

mak bapak dia pun aku nyampah.....tambah2 lagi bapak dia yg perasan betul anak dia tu muka cam Siti.....nyanyi tak pernah kalah....siap menang keta KIA RIO bagai.....hellloooo pakcik.....itu pertandingan karaoke boleh la....ni realiti tv......suara bagus cam Idayu AF3 pun kena kuar inikan pulak klau suara stakat cam anak pakcik tu.... lepas tu gaya ala2 klon minah hipo jgn mimpi la nak sampai final kira dpt masuk MY Star
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2007 12:19 PM | Show all posts
Kakak Tua: MyStarz, LG 'rugi' bila Mimi tersingkir?
23-07-2007 11:47:55 AM  


Penyingkiran Mimie... Sesuatu yang merugikan?
(Fail Foto The Star)

BABAK airmata dalam program realiti MyStarz, LG baru saja bermula. Pelajar yang mempunyai vokal mirip Siti Nurhaliza, Mimi dengan rasminya terkeluar dari program tersebut dan pemergian Mimi diiringi oleh linangan airmata yang bukan kepalang dari Mimi sendiri.

Kesian sungguh melihat Mimi yang tidak dapat menerima kekalahan dan menangis hiba ketika diumumkan terkeluar. Suara merdunya tersekat-sekat meneruskan nyanyian ketika di akhir rancangan konsert ke3 MyStarz yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam semalam.

Tangisan dan runtunan hati Mimi bagaikan mengimbau berbagai kenangan pahit satu persatu....

Berlainan sekali dengan dua pelajar MyStarz, LG yang terkeluar terlebih dahulu seperti Awang dan Afif yang menerima kekalahan mereka dengan hati yang terbuka.

Apa yang menghairankan, tiga orang juri termasuk Datuk Siti Nurhaliza dan Jennifer Thomson telah memberi mandat kepada Mimi, sekali gus memberi gambaran yang Mimi akan terselamat minggu ini. Maklumlah mandat mereka membawa undian 60%.

Namun jangkaan meleset dan keputusannya jauh tersasar apabila Rubisa, peserta dari Sabah yang dijangka terkeluar, boleh terselamat.

Tapi itulah penangan dan kekuatan 40% SMS atau undian orang ramai. Ianya terbukti lebih berpengaruh dan berkuasa dari suara juri. Dan pelajar yang jauh lebih hebat seperti Rubisa, meskipun tidak mendapat kata perangsang dari para juri ditakdirkan boleh mara ke pusingan seterusnya.

Kalau ikutkan, sememangnya nama Mimi belum cukup layak dibahaskan di dalam kolum Kakak Tua ini kerana dia ibarat pucuk mangga yang baru nak berputik, belum pun sampai peringkat mempelam muda.


Mimie peserta wanita pertama tersingkir
(Foto TV3)


Tapi disebabkan 'kehebatan' personaliti Mimi sendiri dan kekalutan yang dibuat oleh Mimi dan kontroversi yang dicipta oleh ayahnya mengundang Kakak Tua untuk menjadikan subjek ini sebagai bahan kajian.

Kakak Tua difahamkan, cabaran dan dugaan yang terpaksa Mimi lalui semasa menjadi pelajar MyStarz amat menarik untuk dijadikan fokus perbincangan.

Dari teguran ikhlas pelakon Ellie Suriaty yang menyatakan Mimi adalah klon Siti Nurhaliza ke isu hentak kaki ala Misha Omar dan komen ayahnya "MyStarz rugi kerana keluarkan Mimi" dan statement "penyingkiran Mimi dirancang" semuanya merupakan tanda-tanda awal ketibaan artis yang akan mengalami gangguan peribadi seandainya dia berjaya mencari tapak di dalam industri hiburan.

Tanda-tanda awal inilah yang patut dihindari kerana ianya ibarat kanser yang akan memakan diri Mimi dan menjadi racun kepada kariernya seandainya dia tidak berubah.

Anak manja kelahiran Pahang ini seakan tidak dapat menerima ketentuan yang dia tidak layak untuk bertanding lagi. Dari peringkat awal lagi, kata-kata defensive Mimi boleh membuat sesiapa saja tersentak.

Mimi pernah membandingkan dirinya dengan Misha Omar dalam Diari MyStarz, LG dengan berkata...."Saya cuma hentak kaki untuk lagu-lagu tertentu tapi Misha buat untuk semua lagu."

Keyakinan diri yang ditunjukkan oleh gadis berusia 18 tahun ini cukup 'membanggakan.' Mimi tanpa segan silu mencerminkan yang dia sudah menggapai piawai artis glamor dan perasan yang dia selesa berada di kelompok Siti Nuhaliza, atau setidak-tidaknya Misha Omar kerana itu dia kadang kala tidak gusar dikritik atau tidak betah ditegur oleh sesiapa pun.

Anak emas MyStarz ini juga khabarnya mempunyai attitude yang kurang manis kerana dua hari sebelum konsert berlangsung, dia telah bergaduh dengan pencabar terdekatnya Rubisa.

Catfight yang berlangsung di LG House ketika sembahyang Jumaat ini khabarnya disebabkan 'provokasi' dan salah faham oleh Mimi sendiri. Kalau perkhabaran ini benar, memang sahlah Mimi mempunyai masalah peribadi yang serius, perlu diselesaikan dengan segera sebelum orang lain pula menjadi mangsanya.

Ayahanda Pengetua Farihin Abdul Fatah yang terlalu sibuk menyediakan module pembelajaran untuk program MyStarz, LG tentunya pening kepala memikirkan hal remeh temeh begini. Kononnya, Farihin hanya mampu mendengar masalah dan gelagat Mimi-Rubisa dan membiarkan saja masalah ini diselesaikan oleh orang harapannya.

Setahu Kakak Tua, Farihin seorang yang cukup perihatin dengan setiap masalah yang dihadapi pelajarnya sehinggakan masalah jin dan syaitanpun sanggup ditepisnya, janji makhluk halus ini tidak sampai meresap ke dalam minda anak-anaknya.

Segala dakwah, pesanan dan 'khutbah' yang disampaikan kepada anak didiknya cukup mengesankan sampaikan terusir semua jin dan syaitan jantan dan betina jauh dari LG House.

Begitulah hebatnya Farihin memegang amanah program ciptaan, ilham dan format asal idea penerbit hebat Jafni Abu Bakar ini, mengusir semua syaitan yang 'direjam' dari kediaman dan tempat pembelajaran MyStarz.

Mustahil Farihin sanggup membiarkan saja Mimi yang mempunyai ciri-ciri anak manja ini berkelakuan jelek melainkan lah dia ada alasan tertentu kenapa dia bersikap lepas tangan begitu.

Ketika Ellie membaling botol mineral ke Mimi kerana Mimi sanggup bersumpah "Demi Allah dia tidak meniru Siti", Kakak Tua jadi musykil tertanya-tanya mungkinkah ada lagi saki baki syaitan iblis di LG House sehinggakan masih ada episod hasutan syaitan di tempat itu. Kalau begitu sekali amarah yang ditunjukkan oleh Ellie, tentu sekali ada yang tidak kena.

Ellie yang Kakak Tua kenali adalah seorang yang tegas namun tetap penyayang. Tidak mungkin Ellie melakukan aksi baling botol jarak dekat untuk mendapat 'markah' lebih atau publisiti. Ada yang beranggapan, mungkin juga MyStarz, LG begitu terdesak mencari bahan dalam memberi kelainan dan kejutan untuk menaikkan rating program ini.

Firasat Kakak Tua pula berkata, kemungkinan semua kejadian "Kisah Benar" ini berlaku di luar kawalan dan jangkauan minda, kerana semuanya terjadi tanpa dirancang.

Teori ini disokong oleh beberapa fakta sejarah MyStarz. LG yang masih belum didokumentasikan.

Ketika MyStarz, LG diasaskan oleh Jafni dan dibantu oleh dua kekandanya, Farihin dan Aubrey, formatnya jauh lebih harmoni dan teratur. Begitu juga nilai-nilai murni yang cuba diterapkan oleh program ini.

Namun semua benda 'pelik' dan 'ajaib' mula berlaku sesudah tiang seri dan hampir semua sendi-sendi utama 'rumah' MyStarz, LG dibuang dan diroboh secara tiba-tiba dan dengan sekelip mata oleh pihak penguasa.

Bagaikan ombak tsunami yang melanda, ada yang terkorban dan sehingga kini, kesan dari 'bencana alam' ini dapat dilihat dan dirasa.

Dan akibatnya seperti yang dapat disaksikan sekarang di mana keadaannya menjadi pincang dan celaru.

Bukan kepalang kekecewaan yang dirasai oleh pengasas dan arkitek rumah ini tapi itulah hakikat sebuah realiti. Begitu murah harga sebuah nama juga ganjaran yang menutupi kelemahan yang ketara maka nilai-nilai murni diketepikan.

Lebih murah lagi ikatan tali persaudaraan dan persahabatan mahupun sikap profesionalisma yang terpaksa dikorbankan bila semua perjanjian mulut menjadi longgar, terlerai dan tidak membawa sebarang makna.

Apabila asas dan teras program sudah tidak kuat dan keikhlasan sudah tipis dan terhakis, maka timbullah kontroversi seperti pelajar 'bermasalah' bernama Mimi.

Kakak Tua sudah menjangka program ini akan tersasar jauh dari matlamat sebenarnya. Petanda awal apabila lagu Gemuruh yang cukup indah melodinya ciptaan Aubrey Suwito bukan lagi menjadi prioriti.

Yang pasti, program yang memuatkan pelajarnya di hotel 5 bintang Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur dengan semua kemudahan dan kemewahan sponsor, belum tentu lagi akan berakhir dengan gahnya.

Sudahlah hala tuju program semakin samar, dengan pergolakan tidak sihat yang berlaku dalam MyStarz, LG mengundang lebih banyak keburukan dari kebaikan, belum tentu lagi rating tinggi dapat dinikmati. Apa lagi untuk meninggalkan impak atau saingan kepada program realiti yang lain?

Lebih karut bila orang kuat program ini, Azhar Borhan terpaksa 'mencemar duli' menjadi juri pula minggu ini.

Mana mungkin Azhar boleh berlaku adil seandainya dia sendiri yang mengepalai produksi MyStarz, LG menjadi hakim? Entah apa kayu ukuran yang diguna pakai sehinggakan Azhar yang sudah mengenali kesemua pelajar secara dekat dan mempunyai vested interest memberi komen tanpa rasa bersalah.

Jangan sampai teguran ikhlas Kakak Tua ini disalah tafsir dan tidak pasal-pasal menjadi mangsa pula. Lebih tragis seandainya dipaksa 'lie low' hanya kerana menulis segala kepedihan yang dirasai oleh mereka yang terkena tempias.

Sungguhpun banyak rahsia masih dirahsiakan, Kakak Tua harap sangat pihak media akan memberi perhatian khas kepada program ini. Sekurang-kurangnya boleh juga menampung bahan kolum mingguan.

Kebenaran yang hakiki mungkin bisa dimanipulasi oleh mereka yang takut pada bayang-bayang sendiri namun mereka yang dizalimi akan tetap mendapat pembelaan dariNya. Inilah yang seharusnya disemat di benak mereka yang sudah menabur fitnah dan membuat onar.

Kakak Tua peka sungguh dengan beberapa orang dalam MyStarz, LG yang bersikap "Sudah mendapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi" tapi percayalah kebathilan tidak mungkin mengatasi kebenaran.

Sungguhpun sedih melihat bahtera indah hampir 'karam', Kakak Tua tetap terharu melihat hemah dan keluhuran budi beberapa pelajar MyStarz, LG.

Sayang sekali, mereka ini telah dan akan turut serta hanyut dan lenyap dengan tiang seri yang telah diroboh itu.

KAKAK TUA: Tidak tergamak mendengar kezaliman seorang 'pendatang asing' menghalau tuan rumah yang baik hati di sebuah rumah banglo tiga tingkat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2007 12:26 PM | Show all posts
Elly terima teguran ibu bapa Mimie
23-07-2007 11:44:25 AM
Oleh RADIN SRI GHAZALI  


Penyingkiran yang penuh dengan drama
(Foto TV3)

DRAMA dan penuh emosi. Begitulah kata-kata yang mampu menggambarkan penyingkiran peserta wanita pertama, Mimie Aishah daripada rancangan realiti LG MyStarz semalam bertempat di Plaza Alam Sentral Shah Alam.

Penyingkiran peserta berasal dari Kuantan ini dikatakan punca daripada mencelup identiti penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza.

"Saya sumpah bahawa saya tidak pernah berniat meniru Datuk Siti Nurhaliza," begitulah kata-kata Mimie yang mencetuskan kontroversi pada petang tersebut menerusi rancagan Reflex sejurus sahaja konsert tamat.

Lantas, bukan sahaja sumpah yang diucapkan oleh Mimie mengundang rasa tidak puas hati di kalangan tenaga pengajar yakni Farihin Abdul Fattah  yang bertindak sebagai pengetua dan Elly Suriaty yang menggalas tugas sebagai guru persembahan.

Namun pelajar itu turut mengatakan bahawa tekanan yang diberikan oleh tenaga pengajar seminggu sebelum hari persembahan turut mengakibatkan dirinya tidak melaksanakan tugasnya dengan cemerlang.

Rancangan Reflex itu turut melihat suasana di studio menjadi keruh apabila bapa kepada perserta tersebut mendakwa bahawa penyingkiran anaknya itu merupakan sesuatu yang dirancang oleh pihak produksi.


Elly terima teguran ibu bapa Mimie

"Saya mahu dia memecah kepompong yang ada pada dirinya. Saya tidak mahu Mimie hidup di bawah bayang-bayang orang lain.

"Saya percaya bahawa dia berkemampuan untuk menunjukkan siapakah dirinya yang sebenar," ujar Elly ketika ditanya mengapa peserta tersebut terasa dibebani dengan tekanan yang kuat daripada pihak tenaga pengajar.

"Adakalanya apabila kita memeinati seseorang artis, kita akan mengikut cara mereka tanpa diri kita menyedari. Itulah yang terjadi kepada Mimie.

"Dia tidak sedar bahawa cara serta gaya penyampaian lagu mirip-mirip kepada Siti. Oleh itu, saya berusaha untuk memastikan bahawa dia tidak melakukan kesalah itu," ujar pelakon Spinning Gasing itu yang bertindak mengajar peserta-peserta MyStarz teknik persembahan.

"Asal usul saya daripada teater dan saya mampu membaca pergerakan orang. Oleh itu saya dapat menjangka bahawa tindakan Mimie ini mengundang bahaya," ujarnya lagi.

Sepanjang tempoh seminggu menyediakan Mimie untuk konsert keempat itu, Elly turut memastikan bahawa Mimie mampu mencari pergerakkan badan serta gaya tersendiri.

"Pada mulanya, dia berjaya mencari pergerakan yang menunjukkan siapa dirinya sendiri. Dia mampu menunjukkan emosinya menerusi pergerakkan badannya yang unik.

"Namun pada saat-saat akhir, dia bagaikan kembali ke gaya persembahan lamanya. Oleh itu saya berkata kepadanya untuk melakukan apa yang dirasakan terbaik untuk dirinya pada konsert ini," tegas Elly lagi.

Namun, pelakon tersebut turut tidak berpuas hati apabila peserta  tersebut bersumpah buat kali kedua di kaca televisyen bahawa dirinya tidak bermiat untuk meniru Datuk Siti Nurhaliza.

"Saya rasa geram kerana dia tidak sepatutnya melafazkan kata-kaat seperti itu. Kali pertama dia menggunakan nama Tuhan, saya membaling botol mineral ke arahnya ketika latihan," ujar Elly lagi.

Ibu bapa kepada Mimie turut mengundang kontroversi dengan menegur cara Elly mengajar kelas-kelasnya.

"Saya harus menerima teguran ibu-bapanya tadi. Namun, inilah bidang saya dan inilah saya saya mengajar orang," ujar Elly yang terkejut dengan tindakbalas ibu bapa Mimie pada petang tersebut.

"Tetapi kita harus ingat bahawa pertandingan ini tidak mempunyai sebarang komplot atau rancangan untuk mengeluarkan sesiapa. Tidak guna untuk berbuat demikian," tegas Elly lagi.

Mimie tidak berniat tiru Siti

Sebagai peserta wanita pertama yang disingkirkan, Mimie mengakui bahawa dirinya terganggu serta tidak mempu mengawal emosinya.

"Saya sedih sangat kerana saya baru sahaja mula belajar mengenai dunia persembahan dan saya merasakan bahawa terdapat banyak lagi benda yang harus saya belajar.

"Walaupun saya masih berpeluang untuk belajar di rumah LG, tetapi ianya berbeza kerana saya tidak akan melakukan sebarang persembahan lagi," ujar Mimie mengenai sebab dia tidak mapu mengawal emosinya.

Namun, tekanan yang dirasai di rumah LG turut membuatkan dirinya tidak mampu memberi fokus terhadap persembahannya pada konsert tersebut.

"Kak Elly seringkali menekankan isu mencari identiti tersendiri. Namun pada hakikatnya ini adalah identiti saya.

"Saya pernah bersumpah kepada Kak Elly bahawa saya tidak pernah terlintas untuk mengikut gaya Siti," ujar Mimie lagi mengenai pendapat Elly serta pihak juri yang menyatakan bahawa dirinya mirip dengan penyanyi yang turut bertindak sebagai panel juri tetap pertandingan tersebut.

"Malah kawan-kawan saya serta tenaga pengajar yang lain seperti Aubrey Suwito turut berpesan kepada saya agar tidak mengubah siapa diri saya. Mereka mengatakan bahawa gaya tidak penting asalkan kita mampu menunjukkan kebolehan vokal kita," ujar Mimie lagi.

Malah beberapa pilihan lagu turut dikatakan ala Siti Nurhaliza seperti lagu Destinasi Cinta dan Pelita Di Bawah Purnama nyanyian Erima.

"Saya memilih lagu yang serasi dengan vokal saya. Kemudian saya akan menyanyikan lagu tersebut kepada tenaga pengajar saya. Jika mereka tidak berkenan mereka akan menukar lagu saya.

"Ketika saya memilih Destinasi Cinta, Aubrey memastikan bahawa penyusunan lagu lain daripada versi asal. Malah ianya berkonsepkan rock," ujar Mimie lagi mengenai seleksi lagunya.

Ketika diminta untuk memberi sebarang komen mengani tuduhan ibu bapanya mengenai komplot untuk mengeluarkan dirinya menerusi rancangan tersebut, Mimie berkata, " Saya tidak berani komen apa-apa. Lagipun saya tidak beberapa kedengaran apa yang dikatakan."


Badri menonjol sekali lagi
(Foto TV3)

Peserta lelaki dominasi lagi

Minggu keempat melihat peserta lelaki mendominasi konsert keempat itu.

Peserta Kuala Lumpur, Badri Ibrahim dinobatkan sebabagi peserta terbaik untuk pusingan tersebut menerusi dendangan lagu Sedang Ingin Bercinta dengan kombinasi genre rock dan jazz.

Dia membawa pulang sebuah pendingin hawa tajaan LG.

Manakala peserta termuda pertandingan tersebut, Emeer pula menerima kekaguman daripada tiga orang panel juri yakni Datuk Siti Nurhaliza selaku juri tetap,  Azhar Borhan serta Jeniffer Thompson sebagai juri undangan.

Emeer yang menyanyikan lagu Gerhana mampu menunjukkan bahawa usia bukan penghalang untuk menjadi yang terbaik untuk pertandingan tersebut.

Antara peserta-peserta yang turut memberi persembahan pada petang itu jua adalah Russel menerusi lagu Pilihlah Aku, Rubisa (Ku Tak Sanggup) dan Mimie Aishah (Pelita Di Bawah Purnama).

Kini tinggal 9 orang peserta yang masih layak merebut gelaran MyStarz dan mereka adalah Hamiza Tasyha Bashir dari Kuala Lumpur; Rubisa Tiasin@Mimie (Kota Kinabalu); Rachel Wesley (Kota Kinabalu); Shaza Marina Azmi (Johor Bahru); Russel Curtis (Kuala Lumpur); Mohd Emeer Iskandar Mohd Bakri (Kuantan); Badri Ibrahim (Kuala Lumpur); Andy Adrian J (Kota Kinabalu) dan Khairul Hizam Kaha (Kuching).
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 12:32 PM | Show all posts
mak bapak dia plak lebih lebih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2007 12:46 PM | Show all posts
mak bapak lelebih

sbb tuh anak dia perasan lagu tuh
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 01:02 PM | Show all posts
aku tak tunggu sampai abis kat ntv7 smlm
bosan sbb mimi mcm tak leh terima yg dia terkeluar

tp aku suka sbb badri dapat adiah
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 02:39 PM | Show all posts
rasanyer... mmg dia tak leh pg jauh la...
sbb gayanyer mmg dia tak outstanding mmnyi lagu2 tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2007 03:39 PM | Show all posts
ms yg ntv7 tu..aku raser nak muntah dgr pak mimi ni duk ckp2..
last2 aku mute kan aje..
eik..malu aku..
ni br takat2 program realiti..

kalo jd artis sek sok aku x tau le..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 05:45 PM | Show all posts
aku pon rasa bapa mimi cm melampau sket semalam..ade nmpk die nk lepaskn geram psl ank die terkeluar..
masok mende2 cmnih slaen berdasarkn bakat..kne tgk rezki jugaks..tp aku rasa mimi tuh mmg lam 2-3 minggu aku nengok ni..tk bleh pegi jauh kalo tk workhard..sbb org laen lg hebat
personally..aku rs tkyah la emo cmtuh..tetambah live plaks..plg aku tersentak ms die ckp 'penyingkiran dirancang' sbb aku rs mende cmtuh tk elok dicakap lam live show cenggitu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2007 10:12 AM | Show all posts

Reply #155 arin51's post

aku lagik suke.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2007 03:10 PM | Show all posts
MyStarz LG - Mimie tersingkir Elly Suriati disalahkan?
(Utusan Malaysia Online, 24 July 2007)

Kelmarin telah diadakan konsert minggu keempat program TV realiti, My Starz LG di Sri Pentas 2, Shah Alam, Selangor. Konsert yang bersiaran secara langsung di TV3 pukul 6 petang itu menyaksikan penyingkiran Mimie Aisha yang mendendangkan lagu Pelita Di Bawah Purnama.

Peliknya, Mimie dan anggota keluarganya bagaikan tidak puas hati dengan penyingkiran itu. Lalu menimbulkan kekecohan antara Mimie dan keluarganya dengan Elly Suriati selaku pengajar persembahan.

Mimie secara terbuka membuat pengakuan bahawa dia tertekan dengan sikap Elly Suriati yang melabelkan dirinya mahu meniru gaya nyanyian Siti Nurhaliza. Kata Mimie, itu menjadi penyebab dirinya tersingkir.Malah Mimie bersumpah bahawa dia tidak meniru gaya nyanyian Siti Nurhaliza. Pengakuan itu disiarkan menerusi program MyStarz LG Reflex yang disiarkan secara langsung di ntv7 pukul 7 malam, kelmarin.

Kata Mimie: 揝aya tertekan kerana tiga hari sebelum konsert, Kak Elly memberi tekanan kepada saya. Dia menyentuh tentang identiti saya.Dia kata saya cuba meniru gaya nyanyian Siti Nurhaliza. Sumpah saya tak meniru Siti Nurhaliza. Inilah diri saya. Tak pernah saya rancang untuk menjadi seperti Siti. Saya bertanyakan pendapat kepada kawan-kawan serumah dan Aubrey Suwito (pengarah muzik), mereka pun kata suara saya tak sama dengan Siti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2025 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.166785 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list