CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: telracs

Edisi SALAM AIDIL ADHA 1446 Hijriyyah

 Close [Copy link]
Post time 6-6-2025 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam Aidiladha semua

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2025 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat Hari Raya Aidiladha semua. Sy tahun nie raya KL je, jauh nak balik kg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2025 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam aidiladha untuk semua warga forum..semoga segala ibadah kita di bulan Zulhijjah ini diterima olah Allah swt.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2025 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat hari raya aidiladha buat semua..
Semoga semua ibadah kita diterima olehNya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2025 02:08 PM | Show all posts
Selamat hari raya Aidiladha untuk acik2 por sekelian..moga kita sentiasan dilimpahi rahmat Allah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2025 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalam semua, semoga puasa, doa serta amalan kta di hari Arafah diterima oleh Allah SWT. Aameen.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2025 02:13 PM | Show all posts
Salam Aidil Adha untuk semua



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2025 02:31 PM | Show all posts
Salam Aidiladha kepada muslimin muslimat
Didoakan sentiasa diberkati dan diredhai Allah swt

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2025 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat menyambut raya korban.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2025 02:35 PM | Show all posts
Selamat Hari Raya Aidil Adha 1446H! May this blessed day bring peace and joy to everyone celebrating social media panel                                                                                       

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2025 02:45 PM | Show all posts
Salam Aidil Adha Mod@telracs dan semua forumers

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2025 02:47 PM | Show all posts
selamat menyambut Aidil Adha buat seluruh warga forum..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2025 02:49 PM | Show all posts
Kelebihan ibadah korban

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2025 03:25 PM | Show all posts
Edited by seri_mawr at 6-6-2025 03:28 PM

Salam Aidil Adha buat semua muslimin dan muslimat





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2025 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2025 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat berpuasa bg yg berpuasa.
Semoga Allah terima amal kita, amiin

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2025 03:31 PM | Show all posts
Salam aidiladha buat semua....


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2025 03:35 PM | Show all posts
BEBERAPA AMALAN-AMALAN SUNAT PADA HARI RAYA
.
1. Menghidupkan Malam Hari Raya Dengan Ibadah
.
Nas imam Al-Nawawi:
.
(اعلم أنَّه يستحبُّ إحياءُ ليلتَي العيدين في ذِكرِ اللهِ تَعَالَى، والصلاةِ، وغيرِهِمَا من الطَّاعاتِ؛ للحديث الوارد في ذلك: (مَنْ أحْيَا لَيلَتَي العِيدين، لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ القُلُوبُ). وهو حديثٌ ضعيفٌ رويناه من رواية أبي أمامة مرفوعًا وموقوفًا، وكلاهما ضعيف، لكنَّ أحاديثَ الفضائلِ يُتَسامَحُ فيها.
.
"Ketahuilah bahawa disunatkan untuk menghidupkan kedua-dua malam hari raya dengan berzikir kepada Allah Ta‘ala, menunaikan solat, dan amalan-amalan ketaatan yang lain, berdasarkan hadis yang menyebut: 'Sesiapa yang menghidupkan dua malam hari raya, tidak akan mati hatinya pada hari hati-hati manusia mati.' Hadis ini adalah hadis yang lemah, dan kami meriwayatkannya daripada Abu Umamah secara marfu‘ dan mawquf, dan kedua-duanya adalah lemah. Namun, hadis-hadis berkaitan kelebihan dan ganjaran amalan dibolehkan bersikap ringan dalam penerimaannya". [1]
.
2. Tentang menggunakan hadis dhaif dalam fadail al-a’mal, imam Al-Nawawi sendiri dalam kitab beliau yang lain telah menjelaskan bahawa:
.
ويجوز عند أهل الحديث وغيرهم التساهل في الأسانيد، ورواية ما سوى الموضوع من الضعيف والعمل به من غير بيان ضعفه في غير صفات الله تعالى والأحكام: كالحلال، والحرام وغيرهما. وذلك كالقصص، وفضائل الأعمال والمواعظ وغيرها مما لا تعلق له بالعقائد والأحكام.
.
“Dan dibolehkan menurut ahli hadis dan lainnya untuk bersikap bermudahan dalam sanad (periwayatan), serta meriwayatkan hadis yang selain hadis palsu dari hadis dhaif (lemah) dan mengamalkannya tanpa menjelaskan kelemahannya, selama tidak berkaitan dengan sifat-sifat Allah Taala dan hukum-hukum (seperti halal, haram dan sebagainya). Hal ini termasuk kisah-kisah, keutamaan amal, nasihat, dan lain-lain yang tidak berkaitan dengan akidah dan hukum-hukum agama” . [2]
.
KADAR MENGHIDUPKAN MALAM HARI RAYA DENGAN IBADAH
.
Pandangan Muktamad sepertimana yang dinyatakan Syeikhul Islam Zakariyya Al-Ansari:
.
ويحصل بإحياء معظم الليل
.
“Sunnah menghidupkan malam hari raya dengan ibadah itu diperoleh dengan menghidupkan majoriti malam dengan ibadah” [3]
.
ويحصل بإحياء معظم الليل وبصلاتي الصبح والعشاء في جماعة، بل وبصلاة الصبح جماعة
.
“Dianggap sunnah menghidupkan malam tercapai dengan menghidupkan majoriti malam hari raya untuk ibadah, dengan sholat Isya' dan Subuh secara berjama'ah, atau bahkan sekadar sholat Subuh secara berjamaah” . [4]
.
Terdapat pandangan lain dalam mazhab yang mengatakan pahala sunnah akan diperoleh cukup dengan menghidupkan seketika sahaja dari malam hari raya dengan ibadah. Dan terdapat pandangan lain yang juga dinisbahkan kepada Sayyidina Ibn Abbas r.a bahawa pahala sunnah diperoleh dengan melakukan solat Isyak secara berjemaah dan berazam melakukan solat Subuh secara berjemaah. [5]
.
3. Mandi Sunat Hari Raya
.
Waktu sunnah mandi pada hari raya
.
Menurut pandangan Muktamad: Bermula waktu sunnah mandi pada hari raya setelah melepasi pertengahan malam hari raya. Dan berakhir waktu sunnah untuk mandi apabila terbenam matahari pada hari raya. Dan waktu paling afdhal untuk melakukannya adalah terbit fajar. Kata al-allamah Al-Bajuri:
.
( وغسل العيدين ) أي : سواء أراد الحضور أو لا ؛ ولذلك أطلق الشارح هنا وقيد فيما قبله ، وسواء كان حراً أو عبداً ، بالغاً أو صبياً ؛ لأنه يراد للزينة في اليوم... ويخرج وقته : بالغروب ؛ لأنه منسوب لليوم وهو لا يخرج إلا بالغروب. والأفضل : فعله بعد الفجر ، وإنما جاز قبله من نصف الليل ؛ لأن أهل البوادي يبكرون إلى العيدين ، فلو لم يجز الغسل لهما قبل الفجر.. لشق عليهم ، ولا يصح أن يغتسل قبل نصف الليل ، بل يحرم عليه إن قصد ذلك ؛ لأنه تلبس بعبادة فاسدة.
.
“Dan mandi hari raya – iaitu, sama ada seseorang itu berniat untuk hadir solat hari raya atau tidak; oleh itu, Al-syarih (Ibn Qasim) menyebutkannya secara umum di sini, sedangkan sebelum ini beliau menyatakannya secara terperinci. Sunnah ini juga merangkumi sama ada seseorang itu merdeka atau hamba, baligh atau kanak-kanak; kerana mandi ini bertujuan untuk berhias pada hari tersebut.
.
Waktu mandi ini berakhir dengan terbenam matahari, kerana ia dinisbahkan kepada hari raya, dan hari tidak tamat melainkan dengan terbenamnya matahari. Waktu yang paling afdal untuk mandi ialah selepas terbit fajar. Namun diharuskan mandi bermula dari tengah malam kerana penduduk di kawasan pedalaman kebiasaannya keluar awal untuk menunaikan solat hari raya. Jika mandi tidak dibenarkan sebelum waktu fajar, ia akan menyukarkan mereka. Namun tidak sah untuk mandi sebelum tengah malam, bahkan ia diharamkan jika seseorang itu berniat sedemikian, kerana ia termasuk dalam perbuatan ibadah yang rosak”. [6]
.
Kaifiat Niat mandi Sunat hari raya:
.
“Sahaja Aku melakukan mandi sunat untuk hari raya AidilAdha”.
.
4. Memakai wangian dan memakai pakaian yang baru atau cantik
.
Nas Syeikhul Islam Zakariyya Al-Ansari:
.
(ويتزين له) أي للعيد ندبا (كل) من يحضر ومن لم يحضر غير الحاج ومن ياتي (بالطيب) أي بأجود ما عنده منه (والنظافة) بإزالة الشعر والظفر والريح الكريه (والثياب كالجمعة) فيلبس أحسن ما يجده منها وأفضلها البيض قال في المجموع: (إلا أن يكون غيرها أحسن فهو أفضل منها هنا). والتنظيف بإزالة الشعر والظفر في عيد النحر إنما يكون بعد الذبح كما يعلم من بابه.
.
"Dan digalakkan untuk berhias bagi hari raya, bagi setiap orang yang hadir dan yang tidak hadir (ke solat), kecuali jemaah haji. Dan digalakkan juga memakai wangian, iaitu menggunakan wangian terbaik yang dimiliki. Begitu juga melakukan perbuatan membersihkan diri dengan menghilangkan rambut (yang perlu dicukur), memotong kuku dan menghilangkan bau yang tidak menyenangkan. Begitu juga sunnah memakai pakaian yang elok seperti pada hari Jumaat, maka disunatkan memakai pakaian terbaik yang dimiliki, dan sebaik-baik pakaian adalah yang berwarna putih. Dalam kitab al-Majmu’, disebut: “Kecuali jika ada pakaian lain yang lebih baik daripadanya, maka itu lebih utama.” Membersihkan rambut dan kuku pada Aidiladha dilakukan selepas penyembelihan, seperti yang diketahui daripada babnya". [7]
.
Ini berdasarkan beberapa hadis, antaranya:
.
عن زيد بن الحسن بن علي ، عن أبيه - رضي الله عنهما - قال : أمرنا رسول الله - صلى الله عليه وآله وسلم - في العيدين أن نلبس أجود ما نجد ، وأن نتطيب بأجود ما نجد.
.
"Daripada Zaid bin Al-Hasan bin Ali, daripada bapanya – semoga Allah meredhai mereka berdua – berkata: Rasulullah SAW telah memerintahkan kami pada dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) agar memakai pakaian terbaik yang kami miliki dan memakai wangian terbaik yang kami ada. (Riwayat imam Al-hakim dalam Al-Mustadrak)
.
5.  Pergi awal ke masjid pada pagi hari raya
.
Bagi imam solat hari raya, sunat datang akhir iaitu ketika hendak memulakan solat hari raya sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Kata al-allamah Ba’isyen:
.
( والبكور ) لمريد صلاة العيد ومن الفجر؛ ليحوز فضيلة القرب من الإمام وانتظار الصلاة، هذا إن خرجوا للصحراء ، وإلا فيسن خروجه بما يريده من الزينة ، ويمكث بعد صلاة الفجر. فإن لم يخرج بذلك أو أراد زيادة تزيين ذهب وتزين ، ورجع فوراً ، ...ومحل ندب التبكير لغير الإمام أمَّا هو . . فالسنة حضوره وقت صلاته .
.
"(Pergi awal) disunatkan bagi orang yang ingin menunaikan solat hari raya, bermula waktu untuk pergi awal itu dari waktu subuh, agar memperoleh keutamaan mendekati imam dan menunggu solat. Ini sekiranya solat dilakukan di kawasan lapang. Jika tidak (iaitu dilakukan di masjid), maka disunatkan keluar dengan perhiasan yang dia kehendaki dan tetap berada di masjid selepas solat subuh. Jika dia tidak keluar dengan pakaian tersebut atau ingin menambah hiasan, maka dia boleh pergi untuk berhias dan kembali segera. Perlu diambil maklum bahawa pergi awal adalah untuk selain imam. Adapun bagi imam, sunnahnya ialah hadir pada waktu solat”. [8]
.
Kata pengarang Al-Taqrirat Al-Sadidah:
.
ويستحب خروج العجوز وغير ذوات الهيئة من النساء بثياب بذلة وأما الشابة وذوات الهيئة فيكره لهن حضور العيدين وصلاتهن في بيوتهن أفضل.
.
“Disunatkan juga bagi wanita tua dan wanita yang bukan dari kalangan rupawan untuk keluar ke tempat solat hari raya dengan pakaian yang sederhana yang tidak menonjol. Adapun wanita muda dan wanita dan yang rupawan, makruh bagi mereka hadir ke solat dua hari raya, dan solat mereka di rumah adalah lebih baik" . [9]
.
6. Sunnah untuk pergi ke masjid dengan berjalan kaki dan balik semula melalui jalan yang lain yang lebih pendek.
.
Ini berdasarkan hadis Jabir r.a:
.
كانَ النبيُّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ إذَا كانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ.
.
Bahasawanya Nabi SAW biasanya pada hari raya Baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya). (Riwayat imam Al-bukhari)
.
Kata Al-'allamah Al-Tarmasi:
.
فيخص الذهاب بالطويلة من الطريقين، لأن أجر الذهاب أعظم من أجر الرجوع، لأن الأول لمحض العبادة، بخلاف الثاني.
.
"Disunatkan pergi ke masjid melalui jalan yang lebih jauh antara dua jalan, kerana ganjaran bagi perjalanan pergi lebih besar daripada ganjaran perjalanan pulang, disebabkan yang pertama itu dilakukan semata-mata kerana ibadah, berbeza dengan yang kedua". [10]
.
Ini kerana perjalanan ke masjid adalah semata-mata untuk tujuan melaksanakan solat hari raya, manakala perjalanan pulang ke rumah setelah selesai solat pula mungkin bertujuan untuk urusan ibadah dan juga selain ibadah seperti makan dan sebagainya, maka ia bukan satu bentuk ibadah yang semata-mata ibadah bahkan telah bercampur dengan urusan lain.

7. Makan setelah selesai Solat Sunat Hari Raya Aidiladha
.
Dalam sebuah riwayat:
.
لا يخرُجُ يومَ الفطرِ حتَّى يطعَمَ، ولا يطعَمُ يومَ الأضحى حتَّى يصلِّي
.
“Rasulullah tidak keluar pada hari raya Aidilfitri sehingga baginda makan terlebih dahulu, dan tidak makan pada hari Aidiladha sehingga setelah selesai solat sunat hari raya”. (Riwayat Al-tirmidzi)
.
8. Disunatkan bagi Imam untuk menyegerakan keluar untuk melakukan solat sunat Aidiladha berbanding Aidilfitri
.
Nas imam Ibn hajar:
.
(ويعجل) ندبا الخروج (في الأضحى) ويؤخر في الفطر، لخبر مرسل، فيه الأمر بهما، وهو حجة في مثل ذلك.
.
"Disunatkan keluar awal pada Hari Raya Aidiladha dan dilewatkan pada Hari Raya Aidilfitri, berdasarkan satu hadis mursal yang mengandungi perintah bagi kedua-duanya, dan ia dianggap sebagai hujah dalam perkara seperti ini - Fadhail Al-a'mal -". [11]
.
Hadis Mursal yang diisyaratkan imam Ibn Hajar tersebut adalah:
.
وروي أنه صلى الله عليه وسلم كتب إلى عمرو بن حزم لما ولاه البحرين : أن عجل الأضحى ، وأخر الفطر ، وذكر الناس.
"Diriwayatkan bahawa Nabi SAW menulis kepada ‘Amru bin Hazm ketika beliau dilantik menjadi wakil di Bahrain: 'Percepatkan solat Aidiladha dan lewatkan solat Aidilfitri, serta ingatkan orang ramai tentangnya". (Riwayat imam Al-syafie dalam Musnad beliau dan imam Al-baihaqi dalam Al-sunan Al-kubra).
.
9. Melakukan Takbir Mursal Dan Takbir Muqayyad
.
Takbir Raya terbahagi kepada dua jenis Utama: takbir mursal dan takbir muqayyad:
.
a) Takbir mursal ialah takbir yang tidak terikat dengan waktu solat, iaitu takbir dilakukan pada setiap masa. Ia berlaku pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
.
Waktunya: Bermula dari terbenam matahari malam hari raya sehingga solat hari raya didirikan.
.
b) Takbir muqayyad pula ialah takbir yang dilakukan selepas solat, sama ada solat fardu, solat qada, solat sunat, atau solat jenazah. Ia berlaku hanya pada Hari Raya Aidiladha. Begitu juga disunatkan mendahulukan takbir ini berbanding zikir dan wirid selepas solat. Kata Al-allamah Sulaiman Bin Umar Al-Jamal:
.
ويقدم ‌على ‌أذكارها لأنه شعار الوقت ولا يتكرر فكان الاعتناء به أشد من الأذكار وأما المطلق فيسن تأخيره عن الأذكار
.
“Dan disunnahkan untuk mendahulukannya (takbir) keatas zikir-zikir lain kerana ia adalah syiar (amalan utama) bagi waktu tersebut dan tidak berulang, maka lebih patut untuk diberi perhatian yang lebih berbanding zikir-zikir lain. Adapun takbir yang bersifat mutlak, disunnahkan untuk dilewatkan selepas zikir-zikir lain”. [12]
.
Waktunya: Bagi bukan jemaah haji: Bermula dari Subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) hingga Asar hari terakhir Tasyriq (13 Zulhijjah).
.
Bagi jemaah haji: Bermula dari Zuhur hari Nahr (10 Zulhijjah) hingga Subuh hari terakhir Tasyriq. Jika telah bertahallul, mereka bertakbir hingga waktu Asar.
.
Takbir mursal pada Aidilfitri adalah lebih utama daripada takbir mursal pada Aidiladha. Manakala takbir muqayyad pada Aidiladha adalah lebih utama daripada kedua-duanya. [13]
.
Sighah Takbir Raya Menurut Mazhab imam Al-Syafie:
.
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، لا إله إلا الله، الله أكبر، الله أكبر، ولله الحمد {3x}
الله أكبر كبيرًا، والحمد لله كثيرًا، وسبحان الله بكرة وأصيلا
لا إله إلا الله وحده، صدق وعده، ونصر عبده، وأعز جنده، وهزم الأحزاب وحده
لا إله إلا الله، ولا نعبد إلا إيَّاهُ، مُخْلِصِين له الدين ولو كره الكافرون
اللهم صل على سيدنا محمد، وعلى آل سيدنا محمد، وعلى أصحاب سيدنا محمد، وعلى أنصار سيدنا محمد، وعلى أزواج سيدنا محمد، وعلى ذرية سيدنا محمد وسلم تسليمًا كثيرًا.
.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, tiada Tuhan melainkan Allah, Allahu Akbar, Allahu Akbar, dan bagi Allah segala pujian.
(3 kali)
.
Allahu Akbar yang Maha Besar, dan segala puji bagi Allah yang banyak, dan Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang.
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, Dia menepati janji-Nya, menolong hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya, dan mengalahkan golongan-golongan (kafir) sendirian.
Tiada Tuhan melainkan Allah, dan kami tidak menyembah melainkan Dia sahaja, kami mengikhlaskan agama untuk-Nya, walaupun orang-orang kafir membencinya.
.
Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, dan ke atas keluarga penghulu kami Nabi Muhammad, dan ke atas para sahabat penghulu kami Nabi Muhammad, dan ke atas para penolong penghulu kami Nabi Muhammad, dan ke atas para isteri penghulu kami Nabi Muhammad, dan ke atas keturunan penghulu kami Nabi Muhammad, serta berilah kesejahteraan yang banyak”. [14]
.
10. Takbir apabila melihat haiwan korban atau terdengar suaranya
.
Menurut mazhab Al-Syafie, pada 10 hari awal Zulhijjah dianjurkan ketika melihat haiwan korban atau terdengar suaranya untuk melakukan takbir. Kata al-allamah Zaynuddin Al-Malibari:
.
وفي عشر ذي الحجة حين يرى شيئا من بهيمة الأنعام أو يسمع صوتها
.
"Disunatkan bertakbir ketika 10 hari awal Zulhijjah ketika terlihat mana-mana haiwan korban atau terdengar suaranya." [15]
.
Nas imam Ibn Hajar Al-Haytami pula:
.
[ويكبر] ندبًا [لرؤية النعم] أي عند رؤية شيء منها وهي الإبل والغنم [في الأيام المعلومات وهي عشر ذي الحجة]
.
"Disunatkan bertakbir [mutlak] ketika melihat haiwan korban iaitu ketika melihat sebahagian daripadanya semisal unta dan kambing, pada hari-hari yang dimaklumi iaitu 10 hari awal Zulhijjah." [16]
.
Ini berdalilkan firman Allah,
.
وَيَذۡكُرُواْ ٱسۡمَ ٱللَّهِ فِيٓ أَيَّامٖ مَّعۡلُومَٰتٍ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّنۢ بَهِيمَةِ ٱلۡأَنۡعَٰمِۖ
.
"Agar mereka menyebut nama Allah (bertakbir) pada hari-hari tertentu atas apa yang Allah telah rezekikan kepada mereka berupa haiwan korban." [QS al-Hajj: 28].
.
11. Melakukan Solat Hari Raya
.
Melakukan solat sunat hari raya (Aidilfitri/Aidiladha) secara berjemaah, dan afdhalnya ia dilakukan di Masjid berbanding tanah lapang kerana Masjid merupakan tempat yang lebih mulia. [17]
.
Bermula waktu kedua solat tersebut daripada terbit matahari sehingga tergelincir matahari pada kedua-dua hari raya tersebut. Dan waktu yang afdhal ialah melambatkannya sampai tinggi matahari kadar segalah iaitu sekitar 16-20 minit selepas terbit matahari. Yang demikian itu kerana mengikuti Sunnah Nabi SAW dan supaya keluar dari khilaf mereka yang menyatakan waktu solat raya hanya bermula setelah matahari telah naik meninggi sedikit. [18]
.
Kaifiat Solat hari raya secara ringkas:
.
Solat hari raya adalah solat dua rakaat dengan diniatkan pada permulaannya: (Sahaja Aku melakukan solat sunat hari raya Aidilfitri/Aidiladha sebagai seorang imam/makmum/bersendirian). Pada rakaat pertama selepaa doa iftitah, disunatkan bertakbir sambil mengangkat tangan tujuh kali. Diselang takbir itu disunatkan mengucapkan (Al-baqiyat Al-solihat) iaitu:
.
سُبْحَانَ اللّٰهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَاللّٰهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيم
.
Seterusnya membaca Al-fatihah dan meneruskan solat seperti biasa. Pada rakaat kedua, setelah takbir intiqal, disunatkan bertakbir sebanyak lima kali, dan diselang takbir itu diucapkan (Al-baqiyat Al-solihat) sepertimana pada rakaat pertama. Seterusnya solat diteruskan seperti biasa sehingga ke penghujung solat.
.
12. Mengucapkan tahniah dan ucapan antara satu sama lain pada hari raya
.
Kata Al-'allamah Al-bajuri:
.
ويسن التهنئة بالعيد ونحوه من العام والشهر على المعتمد.
.
"Disunatkan untuk mengucapkan tahniah sempena Hari Raya dan seumpamanya seperti permulaan tahun atau bulan, menurut pandangan muktamad". [19]
.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2025 03:40 PM | Show all posts

Salam AidilAdha buat semua warga forum

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2025 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam Eid Al-Adha to forumers.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2025 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.469483 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list