CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tatod

[Tempatan] ‘Abang belon ada 13 rekod lampau’

[Copy link]
Post time 6-4-2025 03:42 PM | Show all posts
ramai yg tak tau cerita asal dari abang belon aka zaim, yg asal dari kg di temerloh, pahang ni.. bukan pati ye gais

ni point dari video ni, in case ada yg malas ke atau takde data quota lagi nak tengok video ni.. tapi laju je komen terpaling suci kan

1. dia orang tempatan, asal dari jerantut pahang, mmg tengah tak sihat pun, dia mmg ada sakit angin pasang (hernia?) masa malam kejadian

2. dia ambik upah jual belon je, ada komisen sikit, dapatlah RM30 sehari.. dah nak raya ni, itu jelah usaha terakhir dia nak cari duit sikit.. org kg je

3. dia tak tau cara nak ambik lesen sebenarnya, tak tau dan (tak pernah dibantu sebelum ni?) .. dia pun tau salah dan takut dgn org dbkl kalau dia nampak. takde niat pun nak bergaduh.. org kg yg dtg merantau kl cari rezeki sikit..

4. masa malam kejadian, masa dia tengah meniaga tepi jalan tu.. datang 2 org lelaki yg berpakaian biasa (preman) dia terus cuba nak ambik belon yg dipegang tu.. TIADA nak kenalkan diri, takde nak kata / nasihat yg tempat ni tak boleh berniaga atau bagi warning awal dulu.. terus cuba rampas.. dia panik sebab tak tau dia berhadapan dengan siapa sebab 2 org preman tu tak kenalkan diri pun

5. dia takut kehilangan belon tu sbb kalau hilang, dia dikira dah jual, dan kena bagi bayar harga jual tu dekat owner asal, cuma tolak komisen je.. dalam kes ni, dia rugi habislah.. sbb tu dia takut nak lepaskan belon ni bila cuba dirampas org yang "tak dikenali" lagi ni

6. masa tarik menarik belon tu, dia tertolak dan jatuh tertimpa sorang lagi preman tu, bukan dia serang pun sesiapa dlm kes ni

7. masa tu dah jadi pergelutan, barulah geng dbkl dgn uniform datang.. masa tu baru dia tau yg 2 org tadi org dbkl.. benda ni boleh elak kalau 2 org tu ikup SOP, kenalkan diri at least atau bagi warning suruh beredar..

8. dia rasa kena pijak kena grip leher masa dah jatuh tu.. last2 peniaga lain datang reramai tarik dia ketepi dan ke khemah lain untuk berehat

9. tapi org yg preman tu datang lagi cari dia mcm tak berpuas hati.. yg ni korang boleh dengar sendiri dlm video bawah ni ye

10. kes jakel aritu apa kes? terus kawtim je ke?









https://www.kosmo.com.my/2025/04 ... -halal-abang-belon/

Sebab kes lampau, saya tak boleh cari rezeki halal? – Abang belon

KUALA LUMPUR – “Adakah sebab saya pernah ada kes, maka saya tak boleh cari rezeki halal? Pada 28 Mac lalu, saya di Sogo jual belon, saya tidak jual dadah”.
Demikian kata abang belon atau nama sebenarnya Muhammad Zaimuddin Azlan berhubung insiden pergelutan dengan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 28 Mac lalu.
Muhammad Zaimmuddin berkata, adakah dakwaan mengenai kes lampau seolah-olah memberi lesen kepada sesiapa sahaja untuk memukulnya.
“Kalau saya bekas penjenayah, maka saya boleh dipukul, ditendang, diterajang, dicekup leher dan diperlaku dengan zalim?”
“Kalau saya miskin, ada kes lampau, adakah DBKL boleh layan saya macam sampah. Adakah maksudnya saya tiada tempat untuk lawan orang yang buat salah dengan saya?” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan semakan rekod lampau terhadap penjual belon berkenaan mendapati lelaki berkenaan mempunyai 13 rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
Bagaimanapun, peguam Rafique Rashid berkata, pihaknya tidak akan mengulas berkaitan rekod terbabit memandangkan perkara itu belum disahkan secara rasmi.
“Kita harus faham, kes lampau ini selalunya digunakan bagi isu-isu dimana seseorang itu dituduh ingin mengaku bersalah atau didapati bersalah di mahkamah dan kes lampau akan diguna sebagai faktor pemberatan oleh pihak pendakwaraya.
“Namun, kewujudan kes lampau ini tidak menghalalkan sebarang perbuatan yang melampaui oleh mana orang orang terutama mana-mana badan penguatkuasaan,” jelasnya.
Rafique berkata, dakwaan bahawa Muhammad Zaimuddin berlakon menghadapi kecederaan adalah tidak tepat dimana dia telah dimasukkan ke hospital selama seminggu.
Katanya, laporan polis yang dibuat hari ini adalah sebagai satu peringatan kepada semua badan penguatkuasaan untuk mengambil tindakan secara adil.
Mengulas mengenai tindakan undang-undang, Rafique berkata, pihaknya akan menunggu laporan perubatan penuh.
“Pertama kita buat laporan polis dahulu. Mengikut arahan yang saya terima semalam memang keluarga Muhammad Zaimuddin ingin meneruskan dengan tindakan undang-undang,” jelasnya.
Terdahulu, Muhammad Zaimuddin tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini kira-kira pukul 11.09 pagi tadi.
Sebelum ini tular di media sosial memaparkan pergelutan antara seorang peniaga belon dan penguat kuasa DBKL dalam kejadian di jalan TAR.
Dalam kejadian sekitar pukul 11.30 malam itu, insiden tersebut dipercayai telah menyebabkan peniaga berkenaan mengalami kecederaan tulang belakang. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/04 ... sehari-abang-belon/

Gaji saya RM30 sahaja sehari – Abang belon

PETALING JAYA – “Saya sedang berjalan nak pulang ke rumah selepas berniaga di hadapan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur. Tiba-tiba datang dua individu tidak dikenali terus pegang belon”.
Demikian kata ‘Abang belon’ atau nama sebenarnya Muhammad Zaimuddin Azlan, 28, berhubung kejadian yang menimpanya di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) bulan lalu.
Muhammad Zaimuddin berkata, individu tersebut tidak mengenakan sebarang uniform atau menunjukkan kad kuasa ketika cuba merampas belon daripadanya.
“Waktu itu, saya tak melawan dan saya tak tahu mereka sebenarnya pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Saya cuma pertahankan belon saya sahaja sebab saya makan komisen. Kalau belon hilang, saya kena ganti. Gaji saya RM30 sahaja sehari,” katanya ketika ditemui peguam Rafique Rashid dan Che’gu Bard di kediamannya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Muhammad Zaimuddin mendakwa, dia kemudian telah dikasari oleh dua individu terbabit kerana enggan memberikan belon sehingga menjadi pergelutan.
“Bila mereka nak ambil belon, saya rentap dan cuba melarikan diri tapi seorang pegang saya dan seorang lagi tolak saya sehingga saya terjatuh atas salah seorang individu terbabit.
“Saya memang tak boleh nak buat apa kerana saya dah sakit (angin pasang). Bila penguat kuasa yang memakai uniform datang baru saya tahu mereka pegawai DBKL,” jelasnya.
Mengulas mengenai teguran daripada DBKL, Muhammad Zaimuddin menafikan menerima sebarang makluman daripada mana-mana penguat kuasa sebelum kejadian berlaku.
“Saya tidak diberitahu apa-apa, mereka tidak ada minta saya beredar atau beri amaran kerana saya berniaga tanpa lesen.
“Mereka hanya datang dan minta saya lepaskan belon. Dia cakap ‘kau lepas, lepas…..’. Saya fikir, kalau saya beri, saya yang kena bayar (ganti rugi), jadi saya rentap sehingga lah jadi pergelutan,” katanya.
Sebelum ini tular di media sosial video memaparkan pergelutan antara seorang peniaga belon dan penguat kuasa DBKL dalam kejadian di Jalan TAR.
DBKL dilaporkan berkata, peniaga belon itu sudah diberi teguran kali ketiga untuk beredar sebelum bertindak agresif dan menolak anggota penguat kuasa DBKL.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, dua daripada tiga kertas siasatan berhubung insiden terbabit telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
Katanya, kedua-dua kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Abang Belon ada risiko lumpuh, kata doktor

Peniaga belon Muhammad Za’imuddin Azlan dikatakan berisiko mengalami lumpuh kekal susulan kecederaan di bahagian tulang belakang, didakwa ekoran dicederakan penguat kuasa DBKL dalam kejadian di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumour, pada 28 Mac lalu.
https://www.malaysiakini.com/news/739294



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2025 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita nak dengar cerita dua² belah pihak.
Area tu tak salah aku banyak jer cctv.
Bior la abam polis siasat.

Kalau sekadar mendengar sebelah pihak, jadi la macam kes pokcik petai tempohari.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mula keluar cerita² sedih macam pokcik petai jugak.

Ni dari page depanharap ada yg membaca:
Malah DBKL turut memaklumkan peniaga belon itu sudah diberi teguran kali ketiga untuk beredar sebelum bertindak agresif dan menolak anggota penguat kuasa DBKL."

DBKL dalam kenyataan berkata, sebelum kejadian kira-kira pukul 11.50 malam itu berlaku, anggota penguat kuasa DBKL yang melakukan rondaan berkala melihat kehadiran beberapa penjaja tanpa lesen menjalankan aktiviti perniagaan di laluan pejalan kaki Jalan TAR."

Katanya, anggota penguat kuasa DBKL telah memberi teguran dan kebanyakan penjaja tanpa lesen memberikan kerjasama dengan beredar dari kawasan tersebut, namun ia tidak berlaku kepada peniaga belon berkenaan.– KOSMO! ONLINE


Soalannya jika penjaja tanpa lesen yang lain boleh beri kerjasama untuk beredar, kenapa dia ni sorang tunjuk keras kepala?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 07:59 PM | Show all posts
So conflicting information di sini...yg netizen claim dbkl terus rampas x kenalkan diri..yg DBKL kata dah ditegur dulu 2-3 kali

Wait n see saja la..nanti ada plot twist lagi



Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 6-4-2025 07:59 PM
So conflicting information di sini...yg netizen claim dbkl terus rampas x kenalkan diri..yg DBKL kat ...

i takut ada yg ngaja dia buat statement..ramai penunggang kes dia ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2025 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by fattymah at 7-4-2025 12:04 AM

Sharina tu ok ke.. cam selalu back up pesalah je


Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 01:04 AM | Show all posts
Edited by cmf_jeangrey at 7-4-2025 01:14 AM
exclusive_vvip replied at 6-4-2025 08:35 PM
i takut ada yg ngaja dia buat statement..ramai penunggang kes dia ni..

Mungkin juga kan..penguasa ni patut dah guna bodycam..di era socmed ni semua pantas upload versi masing2..bukan mahal sgt pun sebiji dlm lebih kurang rm250 je



Boblov M7

Reasons to buy


Long range night vision
Built-in 2-inch display
Siren and light can act as panic button





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2025 12:56 PM | Show all posts
Nerakazen luar sana kalau merakam amik part bergasak tu jer.
Pastu sebar.

Pangkal cerita dan punca semorang tak tau... sebab takde video.
Ujung-ujung dapat la secebis rasa kesian dari nerakazen.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebanyakan rekod terbabit adalah berkaitan dengan kesalahan dadah. Suspek sebelum ini pernah dihadapkan ke mahkamah bagi enam daripada kes tersebut.


Yg lain kes apa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-4-2025 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.070777 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list