Edited by pengecatbintang at 5-4-2025 10:52 AM
Tetapi apa yang berlaku pada tahun 2009?
Saya mula menjadi Menteri Kewangan pada akhir bulan September 2008 dan mula merancang bajet tahun 2009.
Masa itu, seluruh dunia dilanda krisis ekonomi yang digelar"The Great Global Recession".
Alhamdulillah!
Hasil dari bajet dan pakej-pakej rangsangan ekonomi yang kita laksanakan, ekonomi Malaysia berjaya dipulihkan pada tahun 2009 juga walaupun banyak negara lain terkesan sehingga tahun 2012.
Namun, ekoran langkah-langkah rangsangan yang diambil untuk selamatkan negara, nisbah hutang berbanding KDNK pada 2009, meningkat 11 peratus. Nisbah ini naik sedikit lagi untuk tahun 2010 dan 2011 kerana pakej rangsangan masih diperlukan dalammendepani kemeseletan ekonomi dunia.
Ironinya ialah hutang negara yang naik akibat pakej-pakej rangsangan ekonomi masa itu menjadisenjata makan diri yang digunakan oleh musuh politik saya selama bertahun-tahununtuk tuduh saya naikan hutang sehingga Malaysia kononnya bankrap.
(Mereka yang tuduh saya naikkan hutang masa itu sebenarnya salahkan kita menyelematkan ekonomi Malaysia dari krisis paling teruk sejak tahun 1930an)
|