CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: tipah

PERSATUAN ANTI SAIDA ( PANTIS )

[Copy link]
Post time 28-4-2008 08:43 AM | Show all posts

Reply #1120 icelemontea's post

betul tu....kino bajet stanley ir nubhan yang kuar...alih2 mamarina lak yg terkeluar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2008 09:49 AM | Show all posts

Reply #1119 tipah's post

aku mmg nk sgt si makcik ni kluar ...lagipun dia dh x sesuai kat situ sbb geng makcik cam dia si Saida dh kluar...so btl lah giliran dia skrg ni...minggu ni lak antara stanly ngan nubhan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 09:50 AM | Show all posts

Reply #1110 tipah's post

Saida ni patut nyer dpt lagu Ina ni Duhai Hati....baru ler sebijik sejibon ngan memek2 mulut sekali
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 10:05 AM | Show all posts
Baru gear dua


SESUATU yang biasa terlihat dek mata, sejak beberapa tahun lalu, kelibat seorang wanita berkaca mata dan berbandana merah diikat di kepala.

Air mukanya persis penyanyi terkenal negara, namun wanita ini lebih bersahaja dan ringkas pemakaiannya.

Yang sudah mengenalinya, tahu dia hadir di satu-satu acara untuk membantu menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan adiknya, penyanyi yang punya standard tersendiri.

Namun kini, segalanya sudah bertukar rentak. Wanita yang dimaksudkan bukan lagi anggota yang sibuk di belakang pentas. Dia sudah ada acara dan agenda.

Saida, daripada niat hati hanya menemani adiknya Saerah mencuba nasib di pentas Akademi Fantasia, akhirnya dia yang terjebak.

Lupakan seketika kisah seorang kakak yang berasa bersalah tatkala dirinya lebih bertuah atau kisah seorang pelajar yang perlu menelaah lirik serta melodi baru setiap minggu.

Ini sebuah kisah seorang ibu yang terpaksa meninggalkan anaknya seketika demi meneruskan apa yang sudah dilangkahi. Siti Norsaida Tarudin, ibu kepada Siti Nurunnyssa, 11, Anas, 9, Khalid, 5, dan si kecil Siti Nurul Ma#ah, 2, menitiskan air mata pada Ahad lalu selepas lama tidak memeluk kemas anak-anaknya.

Seharian di pagi minggu yang segar, anak-beranak ini berjalan berkumpul sebagai keluarga yang sempurna.

"Air mata mengalir tatkala memeluk anak-anak saya. Tapi mereka cool sahaja. Tidak menangis macam saya. Tapi daripada gerak geri mereka yang enggan melepaskan saya, saya tahu mereka sangat rindukan ibu mereka.

"Ternyata mereka gembira memeluk dan bersembang-sembang dengan saya. Kami bersiar-siar bersama di sekitar Kuala Lumpur," ujarnya yang gembira mengutip kembali waktu untuk hari-hari yang tertinggal.

Ibu yang pemalu

Ibu yang satu ini memang sudah terlekat dengan sifat pemalu dan pendiam. Dan menyingsing sebentar hal seorang Saida yang sebenar, sempat saya bertanyakan si suami yang hadir sewaktu pertemuan kami sehari selepas Saida meninggalkan kediaman AF 19 April lalu.

"Berapa peratus agaknya sifat pemalu Saida dapat diatasinya?"

Jawab si suami dalam nada tawa: "Kalau nak ikutkan baru masuk gear satu dan dua," sambil diiyakan oleh Saida yang kadangkala bercanda dengan suami.

"Anak-anak setuju ibu mereka menjadi seorang penyanyi. Pada awalnya sahaja, anak kami yang ketiga tidak begitu merestui kepergian ibunya. Namun akhirnya dia sendiri yang seronok melihat ibu di kaca TV dan di pentas konsert AF.

"Mereka sedikit pun tidak merungut," ujar Mohd Ghazali Yahya, si suami sambil bercerita tentang anak-anak mereka yang sempat demam kerana rindukan ibu dan kemudian diikuti pula oleh Saida.



Saida tersenyum riang bercerita tentang aktiviti bersama anak-anaknya sewaktu dahulu. "Banyak masa saya habiskan dengan bekerja sebagai pengurus kewangan di Siti Nurhaliza Productions.

"Untuk hari-hari tidak bekerja, saya dan anak-anak suka naik basikal. Ia adalah acara famili. Kalau cuti, kami gemar menonton wayang atau ke rumah Siti (Nurhaliza)," ujar Saida.

Melihatkan si suami yang lengkap berpakaian jenama Harley Davidson dan Saida turut membawa satu persalinan baju daripada jenama yang sama, saya bertanyakan kalau-kalau dia turut menjelajah mengikut suami menaiki motor besar itu.

"Pernah sampai ke Port Dickson je. Lepas tu dah tak sanggup sebab rasa sakit-sakit kaki," gelaknya sambil bercerita yang mereka gemar keluar pada malam minggu.

Dan menambah sedikit fakta sifat keibuannya, Saida mengaku bahawa dia ialah seorang ibu yang sukar untuk memarahi anak-anak.

"Saya ni lebih ikut kata-kata anak. Paling susah untuk saya memarahi atau menaikkan suara kepada mereka. Saya banyak mengalah," ujarnya ramah.

Tagline 'OK lah tu!'

Secara harfiahnya, tidak dapat ditolak kebenaran bahawa tugasan Saida sedikit berat daripada pelajar AF yang lain. Realitinya wanita berusia 32 tahun ini membawa dua tanggungjawab besar, iaitu sebagai pelajar AF musim keenam dan kakak kepada Siti Nurhaliza.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saida sedar apa yang perlu digalas dan dipertontonkannya. Namun dia lega apabila ada yang memberi komentar bahawa nyanyiannya berbeza dengan si adik yang sudah 12 tahun berpengalaman.

"Lain kan? Tak sama. Saya resah bila ada yang mahu menyamakan. Tapi itu pendapat individu," ujarnya yang tahu banyak mata memandangnya sebagai kakak Siti lebih daripada seorang Siti Norsaida.

Saida terkeluar daripada AF pada konsert kelimanya minggu lalu.

Saida tidak menolak kiranya takdir daripada percubaan yang suka-suka akhirnya nanti menjadi satu karier.

"Saya sudah memikirkan hal ini sebelum melangkah masuk ke AF. Selepas terkeluar, saya nekad untuk menimba lebih banyak pengetahuan dalam bidang nyanyian.

"Saya perlukan latihan yang banyak untuk menghilangkan rasa gabra saya. Yang penting adalah doa restu suami saya."

Menceritakan bahawa dia senantiasa teringatkan pesanan Siti Nurhaliza yang mahu dia melawan rasa malunya dan mengeluarkan apa yang ada dalam diri, Saida mengaku dia seakan-akan terkena badi pentas.

Dia juga mengakui hilang fokus, kelam-kabut dan tidak dapat mengawal diri.

"Itu emosi yang saya lalui sepanjang berada di atas pentas itu dan saya yakin ia badi pentas," ujarnya ketawa.

"Tetapi kini saya dapat merasa kelainan sebaik sahaja keluar daripada AF. Keadaan di dalam sana dan di luar berbeza. Saya sedang sibuk mengikut aktiviti yang disusun oleh pihak Maestro.

"Dan saya sudah berasa impak akan tagline yang saya gunakan. Ke mana-mana sahaja orang mengenali saya sebagai Saida dan mereka menjeritkan 'OK lah tu' dengan gaya-gaya sekali.

"Itu yang paling membuat saya terharu," ujarnya memberitahu bahawa ramai peminat yang mendekati dan memberikan kata-kata sokongan buatnya.

Namun Saida sedar perjalanan kerjaya seninya masih jauh. Seperti yang dia sendiri akui, baru masuk gear dua!

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 11:01 AM | Show all posts
Originally posted by tipah at 27-4-2008 01:11 PM
apa pendapat you all semua dgn tersingkirnya mama rina dari AF6 ?




x patut lak rasanya mama rina yg terkeluar.... ingat kn nubhan atau pun toi haaaaaa :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2008 08:07 PM | Show all posts
kalau artikel pasal saida je, takda yg sentuh pasal vokal dia yg sememangnya hampes. asyik2 citer pasal suami dan anak2 je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-4-2008 09:48 PM | Show all posts
...................................................
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 08:48 AM | Show all posts
page mendap ka???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2008 08:49 AM | Show all posts
uuuuppppppp
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 10:07 AM | Show all posts
Originally posted by tipah at 27-4-2008 01:11 PM
apa pendapat you all semua dgn tersingkirnya mama rina dari AF6 ?


sepatutnya yang terkeluar Toi, Stanley atau Aliff .... tapi Toi yang paling hampassssssssssss ....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 11:04 AM | Show all posts
page mendap...ape citer ari ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 11:04 AM | Show all posts
page mendap...ape citer ari ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 11:05 AM | Show all posts
:@ :@ :@ :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 11:05 AM | Show all posts
:@ :@ :@ :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 11:34 AM | Show all posts
masa radar AF hari sabtu lepas, part tunjuk rms marah kat class vokal tu kan..masa diairi tunjuk nubhan jwb 'dah cuba dah..' den rms suruh ulang lagi ckp nubhan tu..korang perasan tak.. ada scene 'cut' masa sebut nama plajar.. waktu tu rms buat contoh la.. agaknya plajar dimaksudkan sekda la. aku dah lupa la mcm mana, tp maksud tu lebih kurang, org luar pun dah meluat klu asik2 tak masuk diajar...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 12:15 PM | Show all posts
Originally posted by reddots at 29-4-2008 11:34 AM
masa radar AF hari sabtu lepas, part tunjuk rms marah kat class vokal tu kan..masa diairi tunjuk nubhan jwb 'dah cuba dah..' den rms suruh ulang lagi ckp nubhan tu..korang perasan tak.. ada scene ...



kann...

RMS kata paling worst, memang tak bole masuk ape cikgu ajar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2008 12:16 PM | Show all posts
lembab nak mampos.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 12:28 PM | Show all posts

Reply #1137 icelemontea's post

dia yg msk ajar satu jerr....susun anak sampai 4 pelik kn pengurus kewangan...tapi slow...cam na dia manage duit company klu cam tu gaya nyer
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 01:08 PM | Show all posts
Originally posted by my_edlin at 29-4-2008 12:28 PM
dia yg msk ajar satu jerr....susun anak sampai 4 pelik kn pengurus kewangan...tapi slow...cam na dia manage duit company klu cam tu gaya nyer


syarikat adik sendiri ... entah2 keja kerani aje ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 02:28 PM | Show all posts
apa la korang nie, tu kan duit syarikat adik dia so kalo dapat untung 40k dia tulis la 35k, yg lg 5k tu dia simpan lah lam syarikat dia plak kan ker lps nie dia nk bergelar artis

simpanan harus ada berjuta cam adik dia tu haaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2025 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.068558 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list