CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: ip_lepat

Berita Semasa [Pelbagai] Luar Negara & Ucap Selamat (10 Post Sehari)

 Close [Copy link]
Post time 23-10-2023 10:41 PM | Show all posts
Selamat malam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2023 10:50 PM | Show all posts
Sepanyol merampas barang kemas emas purba yang dicuri dari Ukraine bernilai 60 juta euro
Oktober 23, 2023 @ 10:03pm


Sepanyol telah merampas artifak emas purba bernilai 60 juta euro yang dicuri dari Ukraine. - Foto AGENSI

MADRID: Sepanyol telah merampas artifak emas purba bernilai 60 juta euro (RM304.88 juta) yang dicuri dari Ukraine selepas pencuri berjaya ditangkap ketika cuba menjualnya di Madrid, kata polis Sepanyol hari ini.

Antara artifak emas purba yang dirampas termasuklah rantai, gelang, anting-anting yang wujud sejak zaman Greco-Scythian antara abad ke-8 dan ke-4 SM, kata polis.

Barangan itu dipamerkan di muzium Kyiv antara tahun 2009 hingga 2013 sebelum dibawa keluar dari Ukraine pada 2016, kata Polis Negara Madrid dalam satu kenyataan, tanpa menamakan muzium berkenaan.

Polis berkata, dokumen artifak itu dipalsukan dan menjadikan ia seolah-olah milik Gereja Ortodoks Ukraine.

Lima individu iaitu tiga warga Sepanyol serta dua lagi warga Ukraine ditangkap untuk siasatan lanjut. - REUTERS

Credit to: BH Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 10:58 PM | Show all posts
Keretapi bertembung di Bangladesh, sekurang-kurangnya 15 terbunuh
Oktober 23, 2023 @ 10:12pm


Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta api memasuki laluan yang sama dengan yang lain, kata seorang pegawai tempatan. - Foto AGENSI

DHAKA: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh selepas dua kereta api bertembung di daerah Kishoreganj Bangladesh, pada Isnin, lapor Xinhua.

Superintendan Polis daerah itu Md Mostak Sarker berkata, nahas berlaku apabila kereta api kontena yang menuju ke bandar pelabuhan Chattogram bertembung dengan Ekspres Egarosindhur ke Dhaka pada kira-kira 3.30 petang waktu tempatan.

"Lima belas mayat ditemukan setakat ini manakala kira-kira 100 penumpang lagi cedera. Angka kematian dijangkakan meningkat," katanya.

Beratus-ratus sukarelawan dan penduduk tempatan turut membantu anggota bomba untuk menyelamatkan penumpang yang terperangkap. - BERNAMA-XINHUA

Credit to: BH Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 09:52 AM | Show all posts
Selamat pagi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 09:57 AM | Show all posts
Arteta tampil pertahan aksi Raya
Oktober 24, 2023 @ 8:13am


Penjaga gol Arsenal, David Raya menjadi pilihan pengendali, Mikel Arteta sejak penampilan pertamanya pada September. - Foto AGENSI

SEVILLE: Pengendali Arsenal, Mikel Arteta mempertahankan penjaga golnya, David Raya menjelang aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Sevilla awal pagi esok.

Pengendali dari Sepanyol itu memilih Raya untuk memulakan permainan sejak beberapa minggu lalu dan merehatkan Aaron Ramsdale, tindakan yang mencetus kritikan sebahagian penyokong Arsenal.

Raya ditewaskan dengan sepakan lambung Mykhailo Mudryk ketika keputusan seri 2-2 menentang Chelsea pada Sabtu, dan melakukan satu lagi kesilapan tetapi gagal dimanfaatkan lawan.

"Kesilapan adalah sebahagian daripada bola sepak, ia boleh berlaku kepada pertahanan, penyerang dan penjaga gol.

"Ia adalah tekanan apabila bermain untuk kelab besar di mana anda perlu menang dan berada pada tahap terbaik setiap hari," kata Arteta.

Arteta sebelum ini berkata, dia akan menggilirkan Raya dan Ramsdale seperti pemain-pemain di posisi lain, tetapi sejak penampilan sulung penjaga gol baharu itu pada September, Ramsdale hanya memanaskan bangku simpanan.

Selepas kekalahan 2-1 di Lens, Arsenal yang kini menghuni tangga kedua Kumpulan B mensasarkan kemenangan ke atas Sevilla. - AFP

Kredit: BH Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 10:02 AM | Show all posts
Pertempuran di Gaza, Lubnan makin sengit
Oktober 24, 2023 @ 9:06am


Penunjuk perasaan bertembung dengan pihak berkuasa Lubnan ketika demonstrasi menyokong Palestin di hadapan Kedutaan AS di Awkar, timur Beirut. - Foto AFP

BAITULMAQDIS: Kebimbangan perang Israel-Palestin mungkin berkembang menjadi konflik Asia Barat semakin meningkat semalam apabila pejuang Hizbullah menyertai Hamas untuk menentang Israel.

Pada masa sama, Washington memberi amaran mengenai risiko besar kepada kepentingan Amerika Syarikat (AS) di rantau itu apabila sekutunya, Israel terus menggempur Gaza dan kini turut membabitkan sempadan Lubnan.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, seramai 266 rakyat Palestin, termasuk 117 kanak-kanak terbunuh akibat serangan udara Israel dalam tempoh 24 jam di kawasan itu, di mana Israel melaksanakan 'pengepungan menyeluruh'.

Jet pejuang Israel turut melancarkan serangan udara di pinggir selatan bandar Aitaroun, selatan Lubnan, lapor media negara Lebanon NNA lewat kelmarin.

Sementara itu di negara jiran Syria, di mana penyokong utama Hamas, Iran, mempunyai kehadiran ketenteraan, peluru berpandu Israel membedil Damsyik dan lapangan terbang antarabangsa Aleppo awal kelmarin.

Ia melumpuhkan operasi di kedua-dua lokasi berkenaan dan membunuh sekurang-kurangnya dua pekerja, kata media kerajaan Syria.

Di sepanjang sempadan utara Israel dengan Lubnan, kumpulan Hizbullah yang bertempur dengan tentera Israel untuk menyokong Hamas, menghadapi peningkatan keganasan sempadan paling dahsyat sejak perang Israel-Hizbullah pada 2006.

Wujud barisan hadapan

Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh, menggesa masyarakat antarabangsa mewujudkan 'barisan hadapan yang bersatu' bagi menghentikan serangan Israel terhadap Gaza dan membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan yang amat diperlukan.

Konvoi kedua 14 trak bantuan memasuki lintasan sempadan Rafah ke Semenanjung Gaza yang dikepung semalam dan Presiden AS, Joe Biden dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengesahkan 'kini akan bermula penghantaran berterusan bantuan kritikal ke Gaza', lapor Rumah Putih.

Kelmarin, Biden mula berdiplomasi, dengan membuat panggilan berasingan kepada pemimpin Kanada, Perancis, Britain, Jerman dan Itali, selepas bercakap dengan Netanyahu dan Paus Francis.

Minggu ini, Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte akan berkunjung ke Israel.

Bagaimanapun, kelmarin Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin, menyuarakan kebimbangan mengenai risiko krisis serantau selepas mengumumkan penempatan lebih banyak aset ketenteraan AS di Asia Barat untuk menyokong Israel.

Ia juga bertujuan mengukuhkan pertahanan AS di rantau itu selepas 'peningkatan kegiatan ketenteraan Iran dan proksinya baru-baru ini', merujuk kepada Hizbullah, Palestin dan pejuang lain yang menyertai Hamas.

"Kami bimbang potensi peningkatan (peperangan). Apa yang kami lihat sebenarnya ialah prospek peningkatan ketara serangan ke atas tentera dan rakyat kami di seluruh rantau ini.

"Jika mana-mana kumpulan atau mana-mana negara ingin meluaskan konflik ini dan mengambil kesempatan daripada dilema sangat malang ini... nasihat kami ialah 'jangan'," katanya kepada program 'This Week' stesen penyiaran ABC, kelmarin.

Pegawai keselamatan Iran memberitahu Reuters, strateginya untuk proksi Asia Barat seperti Hizbullah adalah meneruskan serangan terhad ke atas sasaran Israel dan AS.



Risiko tinggi

Namun, pihaknya mahu mengelakkan peningkatan perang di Tehran dan tidak akan mengambil tindakan berisiko tinggi bagi Republik Islam itu.

Dalam pada itu, Israel kembali melancarkan serangan udara ke atas Gaza di barat daya selepas pejuang Hamas menceroboh sempadan pada 7 Oktober dan membunuh 1,400 orang awam dan membawa 212 tebusan kembali ke Gaza.

Kelmarin, Kementerian Kesihatan Gaza berkata, tindakan balas serangan udara dan peluru berpandu Israel membunuh sekurang-kurangnya 4,651 mangsa dan mencederakan 14,245 yang lain dengan lebih sejuta daripada 2.3 juta penduduk di kawasan padat itu kehilangan tempat tinggal.

Israel juga mengumpulkan kereta kebal dan tentera berhampiran sempadan berpagar di sekitar Gaza untuk pencerobohan darat besar-besaran yang dirancang bagi memusnahkan Hamas sama sekali.

Sekurang-kurangnya tiga rakyat Palestin terbunuh malam tadi dan beberapa lagi cedera dalam serangan udara Israel di kem pelarian Jabalia di utara jalur Gaza, kata pegawai perubatan dan saksi kepada Reuters.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, kebanyakan mangsa maut akibat serangan udara sejak 24 jam lalu berada di selatan Gaza.

Sebaliknya, Israel berkata, pihaknya hanya menyasarkan pejuang dan mereka menggunakan bangunan kediaman sebagai perlindungan atau perisai bagi markas mereka.

Pejabat kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), berkata jumlah bantuan yang masuk setakat ini hanya empat peratus daripada purata harian sebelum perang dan hanya memenuhi sebahagian kecil keperluan makanan, air, ubat-ubatan dan stok bahan api. - REUTERS

Kredit: BH Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2023 10:07 AM | Show all posts
Warga Indonesia kurangkan makan nasi, beli beras murah


Kebanyakan warga Indonesia mengurangkan makan nasi atau membelu beras lebih murah berikutan krisis bekalan yang melonjakkan harga, - Foto AGENSI

JAKARTA: Indonesia mengalami lonjakan harga beras mencecah rekod tertinggi pada bulan ini, dengan gerai makanan dan orang ramai terpaksa mengurangkan hidangan nasi dan membeli beras yang lebih murah.

Setakat hari ini, harga beras gred sederhana mencecah paras tertinggi 13,910 rupiah (RM4.16) sekilogram, melonjak 20 peratus berbanding Januari.

Kenaikan harga makanan akan menjadi isu utama bakal ditangani calon presiden Indonesia dalam kempen menjelang pilihan raya yang dijangka pada 14 Februari depan.

Kenaikan harga beras berpunca daripada cuaca kering akibat fenomena cuaca El Nino yang mengakibatkan sawah padi kering kontang sejak tiga bulan lalu di negara terbabit.

Negara lain juga juga terjejas akibat cuaca kering itu termasuk di India Julai lalu sehingga memaksa pengeksport beras terbesar dunia itu menyekat eksport beras berikutan kenaikan harga makanan, inflasi tinggi dan kebimbangan kekurangan beras akibat gangguan El Nino.

Seorang aktivis di Kesatuan Peladang Indonesia, Angga Hermanda memberitahu akhbar Straits Times bahawa beberapa wilayah dengan sistem pengairan yang lemah termasuk sebahagian wilayah Banten di Jawa terjejas akibat cuaca kering melampau, mengakibatkan penurunan pengeluaran padi.

Katanya, keadaan itu juga mendorong sebilangan petani di Banten dan Jawa Tengah beralih kepada penanaman jagung untuk menampung kekurangan bekalan air.

"Risiko tinggi untuk bersawah padi jika hanya mengharapkan tadahan hujan.

"Hanya mereka yang bergantung kepada pengairan masih menjalankan kegiatan pertanian seperti biasa," katanya.


Gambar hiasan. - foto REUTERS

Sementara itu, firma sekuriti, Bahana Sekuritas, dalam nota penyelidikannya, memaklumkan kenaikan harga beras sejak kebelakangan ini membimbangkan.

Ini berikutan Indonesia sudah melepasi musim menuai atau tempoh pengeluaran padi puncak dengan kemungkinan mengakibatkan tekanan inflasi akhir tahun susulan musim cuti dan pilihan raya akan datang.

Kerajaan Indonesia berusaha membendung kenaikan itu dengan melepaskan stok berasnya pada harga yang lebih rendah di pasaran tradisional.

Indonesia, tidak seperti negara pengeluar padi besar lain seperti India dan Vietnam, menggunakan sebahagian besar hasil tanaman padinya untuk kegunaan domestik.

Tahun lalu, Indonesia menghasilkan 31.5 juta tan beras, menurut Statistik Indonesia, dan negara keempat paling ramai penduduk di dunia dengan 275 juta penduduk itu makan kira-kira 30 juta tan beras setiap tahun.

Jumlah pengeluaran padi keseluruhan pada 2023 diunjur berkurangan sekitar 1.2 juta tan akibat fenomena El Nino, menurut Kementerian Pertanian.

Agensi logistik beras milik kerajaan, Bulog, bertanggungjawab mengimport, menguruskan simpanan dan mengagihkan beras kepada isi rumah berpendapatan rendah.

Menjangkakan hasil tuaian yang lemah dan harga beras kekal tinggi, Presidennya, Joko Widodo, pada 13 Oktober lalu berkata kerajaan akan mengimport 1.5 juta tan beras tambahan, di samping dua juta tan yang sudah diimport. - AGENSI

Kredit: BH Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 10:26 AM | Show all posts
Tele'a kembali perkuat All Blacks di final
Oktober 24, 2023 @ 10:12am


Pemain New Zealand, Mark Tele’a (tengah) antara bintang All Blacks yang menjadi tumpuan pada aksi Piala Dunia kali ini. - Foto AGENSI

PARIS: Mark Tele'a kembali memperkuat skuad New Zealand selepas ketua jurulatih, Ian Foster memaafkannya kerana melanggar had waktu keluar malam.

Pemain 26 tahun itu beraksi cemerlang ketika kemenangan 44-6 ke atas Argentina dalam aksi separuh akhir Piala Dunia.

Dia bagaimanapun direhatkan ketika perlawanan suku akhir menentang Ireland kerana melanggar peraturan keluar malam ditetapkan ketua jurulatih.

Tele'a dijangka akan beraksi pada final menentang Afrika Selatan - negara kelahiran bapanya - pada Sabtu ini.

Tele'a antara tonggak All Blacks pada kempen kali ini, menjaringkan try terpantas dalam aksi pembukaan Piala Dunia ketika menentang Perancis dan kemudian dua lagi bertemu Itali.

Perjalanan karier Tele'a tidak semudah rakan sepasukan lain. Pada tahun 2019, dia kehilangan abangnya, Jerico, yang dibunuh oleh Joseph Larson.

Larson yang mabuk ketika menyerang Jerico, dimaafkan oleh keluarga Tele'a dan terlepas hukuman penjara.

Tele'a sewaktu kecil menjadikan pemain sayap Afrika Selatan, Bryan Habana sebagai idolanya dalam sukan ragbi. - AFP

Kredit: BH Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2023 10:32 AM | Show all posts
Ratusan bayi pramatang berisiko mati di Gaza akibat bekalan elektrik terputus


BEKALAN bahan api yang sudah habis di kebanyakan hospital di Gaza berisiko meragut ratusan nyawa bayi pramatang yang memerlukan inkubator. - AFP
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
24 Oktober 2023, 9:00 am

GAZA: Sekurang-kurangnya 130 bayi pramatang memerlukan inkubator untuk terus bertahan, namun simpanan bahan api di semua hospital di Semenanjung Gaza sudah pun kehabisan.

Perkara itu merunsingkan para petugas perubatan di semua hospital di Gaza kerana mereka bimbang, jika bekalan elektrik tiada, kesemua bayi tersebut akan meninggal dunia.

Selain itu, sekurang-kurangnya 50,000 wanita hamil di Gaza juga tidak mendapat akses menerima rawatan sepatutnya dan 5,500 lagi menunggu masa untuk melahirkan bayi.

Sebanyak tujuh daripada 30 hospital terpaksa ditutup akibat rosak teruk dibedil serangan udara tentera Israel, selain terputus bekalan elektrik, air dan ubatan.

Para doktor yang ada ketika ini menyifatkan keadaan sangat genting sehingga mereka hanya mampu berserah sama ada dapat menyelamatkan mangsa cedera atau terpaksa melihat mereka mati seorang demi seorang.

“Adakah dunia sampai hati melihat semua bayi ini mati? Jika tiada bantuan segera, itulah yang anda akan lihat, sama ada suka atau tidak,” kata Ketua Eksekutif Bantuan Perubatan untuk Palestin.

Dalam pada itu, tiada satu pun daripada 20 trak bantuan kemanusiaan yang memasuki Gaza pada Sabtu lalu membawa bahan api.

Hal itu kerana Israel bimbang bahan tersebut akan digunakan oleh Hamas untuk meningkatkan serangan.

Jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Jasarevic berkata, sebanyak 150,000 liter bahan api diperlukan untuk perkhidmatan biasa di lima hospital di Gaza.

“Jika generator berhenti, inkubator juga akan berhenti berfungsi dan bagaimanakah nasib kesemua bayi itu? Mereka tidak minta dilahirkan dalam keadaan begini dan jadi tanggungjawab kita untuk selamatkan mereka,” ujar jurucakap sebuah hospital Gaza, Abu Zahar.

Penyelaras Doctors Without Borders, Guillemette Thomas pula menyatakan, kesemua bayi pramatang itu boleh meninggal dunia dalam tempoh beberapa jam atau hari jika tidak menerima rawatan segera.

“Situasi kecemasan ini perlu dipandang serius, adakah anda semua mahu lihat ratusan bayi mati hanya kerana sekatan Zionis?,” soalnya.

Kredit: Utusan Malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 12:12 PM | Show all posts
Kanak-kanak dijangkiti HIV, hepatitis selepas transfusi darah


GAMBAR hiasan.

Moscow: Seramai 14 kanak-kanak dijangkiti HIV serta Hepatitis B dan C selepas melakukan pemindahan darah di sebuah hospital kerajaan di bandar Kanpur, India, lapor Sputnik memetik akhbar Hindustan Times pada Isnin.

Menurut laporan itu, tujuh kanak-kanak disahkan positif Hepatitis B, lima Hepatitis C manakala dua lagi HIV.

Transfusi berkenaan adalah keperluan bagi mangsa disebabkan oleh gangguan darah talasemia mereka.

Kejadian mungkin berpunca daripada ujian negatif palsu untuk virus dalam pemindahan darah.
https://www.hmetro.com.my/global ... pas-transfusi-darah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 12:13 PM | Show all posts
Lebih 5,000 kematian, Israel azam laksana serangan bertubi-tubi


GAMBAR diambil dari Sderot, bandar selatan Israel menunjukkan asap dan serpihan berterbangan di utara Semenanjung Gaza selepas serangan tentera Israel, semalam. FOTO AFP.

Baitulmaqdis: Kekejaman Israel berterusan dengan tenteranya dikerah menyerbu bandar Jaba'a, timur laut Baitulmaqdis malam tadi dan menyasarkan rumah dan bangunan berpenghuni.

Menurut sumber yang dilapor agensi berita Palestin WAFA, penduduk di al-Waleeb diarah meninggalkan bangunan dan askar memeriksa kawasan dan beberapa kediaman berhampiran.

Tentera rejim itu juga dilihat mengawal kawasan dan menghalang pergerakan penduduk.

Semalam, Ketua Staff Tentera Israel, Leftenan Jeneral Herzi Halevi mengumumkan pihaknya bersiap sedia untuk melakukan "serangan bertubi-tubi" untuk menggempur Hamas.

Dalam kenyataan dikeluarkan, rejim Zionis itu tidak berhasrat untuk mengendurkan serangan ke atas Semenanjung Gaza yang padat dengan penduduk.

Sebaliknya, beliau membayangkan yang pasukannya sudah bersedia untuk serangan darat.

"Kami mahu Hamas dibongkar sepenuhnya. Laluan itu adalah laluan serangan tanpa henti, memusnahkan Hamas di mana-mana dan mengikut semua cara.

"Kami sudah bersedia untuk operasi darat di selatan," katanya yang merujuk kepada selatan Israel yang bersempadan dengan Gaza.

Kata Halevi, terdapat pertimbangan taktikal, operasi serta strategik yang memberikan masa tambahan kepada rancangan serangan itu, namun menyifatkan tentera yang mempunyai lebih banyak masa akan lebih bersedia.

Serangan udara Israel yang dilepaskan ke Semenanjung Gaza, semalam yang menyasarkan Hamas, telah menyebabkan lebih banyak kematian.

Kementerian Kesihatan Palestin dilapor Reuters berkata, korban perang itu sudah melebihi 5,000 dalam tempoh dua minggu.

Lewat malam semalam, Israel melakukan serangan udara ke atas kem pelarian Gaza yang menyebabkan puluhan mati dan cedera.

Jurucakap kementerian Ashraf Al-Qudra berkata, serangan disasar kepada kem Al-Shati di pesisir perairan laut Mediterrnean yang menyebabkan wanita dan kanak-kanak maut.

Media tempatan pula melaporkan lima kematian akibat serangan di kem itu.
https://www.hmetro.com.my/global ... rangan-bertubi-tubi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 12:14 PM | Show all posts
All Blacks buru hadiah terakhir untuk legenda


TAUKEI'AHO sandaran All Blacks lawan Afrika Selatan.

Paris: New Zealand berharap dapat menghadiahkan trofi terakhir kepada beberapa pemain legenda mereka yang dijangka bersara selepas tamat final Piala Dunia menentang Afrika Selatan Ahad ini.

Menurut Samisoni Taukei'aho, beberapa rakan sepasukannya seperti Sam Whitelock, Brodie Retallick, Aaron Smith dan Dane Coles hampir pasti mengumumkan persaraan di peringkat antarabangsa manakala Beauden Barrett akan kembali ke Jepun dan tidak akan tampil bersama All Blacks lagi.

"Terdapat beberapa legenda dalam pasukan ini, ia minggu terakhir mereka sebagai All Blacks," kata Taukei'aho kepada media New Zealand di Paris.

"Saya yakin bagi mereka apa yang boleh menjadikan minggu terbaik dan kami akan berusaha meraikan perpisahan mereka dengan kejuaraan."

Selepas menandatangani kontrak lanjutan untuk bersama New Zealand sehingga 2027, Taukei'aho, 26, terus tersenarai dalam perancangan Scott Robertson yang menggantikan Ian Foster.

Tumpuan segera Taukei'aho pastinya mahu mengekalkan tempat dalam skuad All Blacks pada final di Paris Ahad ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... akhir-untuk-legenda

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 12:15 PM | Show all posts

Geng militia bakar 35 bas di Rio de Janeiro



Keganasan Brazil

BRASILIA  – Anggota-anggota militia membakar 35 buah bas di Rio de Janeiro semalam selepas seorang ketua mereka terbunuh dalam operasi polis, menyebabkan beberapa kawasan bandar raya itu lumpuh, kata beberapa pegawai.

Situasi huru-hara tercetus di barat Rio de Janeiro selepas operasi polis yang dikatakan oleh Gabenor negeri Rio, Claudio Castro telah membunuh anak saudara dan orang kanan kepada bos militia dikenali sebagai Ziho.

Castro berkata, polis melakukan ‘tamparan hebat terhadap salah satu kumpulan militia terbesar di barat Rio de Janeiro’.

Beliau menyifatkan individu yang maut dan dikenali sebagai ‘Faustao’ itu sebagai ketua penjenayah yang tidak asing lagi dalam kalangan penduduk tempatan

Datuk Bandar Rio de Janeiro,  Eduardo Paes menggelar anggota-anggota militia itu sebagai ‘si dungu dan penjenayah’ dalam satu hantaran di laman X.

“Anggota-anggota militia di sebelah barat membakar bas-bas yang dibayar menggunakan wang rakyat sebagai membantah operasi polis,” katanya.

Dewan Bandar Raya Rio de Janeiro mengisytiharkan amaran tahap tiga pada skala satu hingga  lima di bandar yang menjadi destinasi percutian popular itu dan member amaran risiko ‘insiden impak tinggi’ kepada penduduk.

Kumpulan-kumpulan militia separa tentera menguasai lebih separuh kawasan di Rio de Janeiro dan melakukan keganasan di kejiranan-kejiranan miskin yang menjadi tempat tinggal kepada lebih dua juta penduduk, demikian menurut satu kajian pada 2020. – AFP
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... -di-rio-de-janeiro/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 12:16 PM | Show all posts

Wanita tayang ‘rambut celah lengan’ raih pendapatan RM47,000 sebulan



Fenella sering menerima mesej-mesej yang mengancam keselamatannya serta diekori lelaki penghendap. - Fenella Fox

LONDON – Seorang pesohor media sosial dari Worcester, Britain menjana pendapatan lumayan mencecah £8,200 (RM47,634) sebulan dengan hanya menayang bulu bawah lengan secara online, lapor portal berita MailOnline semalam.

Fenella Fox, 30, berkata, meskipun begitu, dia sering menerima mesej yang mengancam keselamatannya serta diekori lelaki penghendap (stalker), menyebabkan dia mengalami Gangguan Tekanan Selepas Trauma (PTSD).

Wanita yang memiliki lebih sejuta pengikut di akaun media sosial itu berkata, dia mula memuat naik gambar bulu badannya secara online enam hingga tujuh tahun lalu kerana muak dengan standard kecantikan wanita semasa.

“Saya berhenti bersolek, mendandan rambut, bercukur dan hanya membiarkan badan saya berubah secara semula jadi.

“Saya banyak bercakap mengenai perkara itu secara online dan tidak lama selepas itu, saya dikenali ramai sebagai pempengaruh positif mengenai tubuh  badan wanita,” katanya.

Namun, Fenella berkata, dia menjadi sasaran ancaman keganasan serta seksual daripada individu yang tidak dikenali.

“Salah satu daripada reaksi paling menakutkan yang saya terima adalah seseorang memberitahu bahawa saya akan digantung di negara mereka.

“Saya juga pernah dihendap ‘stalker’ pada Januari tahun ini serta sering menerima karangan panjang berjela daripada individu lain secara kerap.

“Saya mengembara ke seluruh dunia, tinggal di penginapan mewah dan makan di luar bila-bila masa yang saya suka. Saya mempunyai banyak kebebasan kewangan tetapi pekerjaan itu telah menjejaskan kesihatan mental saya,” ujarnya. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... an-rm47000-sebulan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 12:17 PM | Show all posts

Curi motosikal demi beli cincin, lelaki akhirnya nikah di balai polis



Tomi diberkas dan dibawa ke balai polis Sukolilo. – Surya.co.id

JAKARTA – Sepasang pengantin baharu di Surabaya, wilayah Jawa Timur terpaksa bernikah di balai polis selepas si lelaki ditangkap mencuri sebuah motosikal, tiga hari menjelang tarikh perkahwinan mereka, lapor laman berita Bongkah semalam.

Tomi Fira, 25, mengahwini pasangannya di balai polis Sukolilo kelmarin selepas diberkas kerana mencuri motosikal Honda Scoopy pada Rabu minggu lalu.

Ketua Polis Sukolilo, Komisioner Polis Made Parera Negara berkata, suspek cuba mencuri kenderaan tersebut ketika waktu awal pagi sebelum disedari mangsa.

“Penghuni rumah terjaga daripada tidur lalu keluar dari rumah untuk menangkap suspek yang belum sempat melarikan motosikal mangsa,” katanya.

Suspek kemudian dibelasah penduduk sehingga mukanya bengkak, manakala seorang rakan subahatnya sempat melarikan diri.

“Ketika ditangkap, keluarganya datang dan meminta agar majlis pernikahan suspek dan pasangannya boleh berlangsung di balai polis mengikut perancangan asal,” kata Made.

Selepas mendapat persetujuan semua pihak, pasangan itu dinikahkan kelmarin di balai polis dengan kedua-duanya memakai pakaian pengantin berwana kelabu.

Sejurus selesai dinikahkan, suspek mengakui perbuatannya itu dan menyatakan penyesalan kerana membuatkan isteri dan keluarga sendiri serta keluarga mentua malu besar.

“Maaf, saya berasa malu sekali,” ujarnya.

Suspek turut mendedahkan bahawa perbuatan itu dilakukan kerana terdesak untuk mendapatkan wang bagi membeli cincin pernikahan kepada isterinya.

“Saya mencuri motosikal untuk membeli cincin sebagai mas kahwin. Nampaknya hajat itu tidak kesampaian,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... kah-di-balai-polis/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 12:18 PM | Show all posts

Kubur usia ratusan tahun disangka batu tepi rumah



Binaan kubur lama ini bersambung dengan dinding sebuah rumah. – X

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah kubur lama yang terletak bersambung dengan sebuah rumah di lorong sempit, lapor laman berita Suara kelmarin.

Menurut laporan, kubur dipercayai berusia ratusan tahun itu bersambung dengan dinding sebuah rumah yang terletak di Bandung, wilayah Jawa Barat.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, kubur itu tertulis nama si mati iaitu Iboe Idjah, namun butiran mengenai tarikh kematian tidak disertakan.

“Kubur lama berusia ratusan tahun bersambung dengan rumah penduduk di lorong sempit di Kota Bandung,” demikian menurut keterangan pada video yang dimuat naik.

Tidak dijelaskan punca kubur itu tidak dipindahkan meskipun kawasan sekeliling dipenuhi rumah penduduk kampung.

Tiada kubur lain yang berada berdekatan pusara tersebut.

Hantaran itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Pemilik rumah ini tidak ‘diganggukah’ pada waktu malam?” soal seorang netizen.

“Itu kubur sebenarkah? Selama saya melalui kawasan itu saya menyangkakan ia batu biasa,” kata pengguna lain. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... ka-batu-tepi-rumah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2023 12:19 PM | Show all posts
Edited by mattzzx at 24-10-2023 12:20 PM

Pengganti watak ejen 007 belum diputuskan





BARBARA BROCCOLI

NEW YORK: Sudah dua tahun sejak aktor terkenal, Daniel Craig mengucapkan selamat tinggal kepada watak dimainkannya, James Bond selepas tayangan filem No Time To Die.  

Namun para peminat yang terdesak untuk mengetahui siapa bakal memegang watak ejen 007 yang ditinggalkan oleh Craig, dilihat seolah-olah terpaksa menunggu lama.

Lapor The Guardian, penerbit Barbara Broccoli berkata, terdapat cabaran besar perlu ditempuhi sebelum watak itu `dicipta semula’ untuk bab seterusnya.

Malah, katanya, kru eksekutif juga masih belum memulakan proses memodenkan francais perisikan popular itu.

Menurut Broccoli, siri seterusnya perlu menggambarkan cara dunia sudah berubah dalam tempoh dua dekad sejak Craig disahkan sebagai ejen 007 keenam, selain menunjukkan watak Bond sering dicipta semula.         

“Saya kembali kepada era GoldenEye apabila semua orang berkata perang dingin sudah berakhir, Bond sudah mati dan tidak diperlukan lagi, seluruh dunia aman dan tiada penjahat, dan ia adalah salah,” katanya sambil menambah pemodenan amat perlu apabila pelakon baharu memainkan watak berkenaan.

Dengan lakonan Craig, katanya, mereka mahu menumpukan pada rupa wira abad ke-21.

“Craig memberi kami kebolehan untuk mendalami kehidupan emosi watak itu dan dunia juga bersedia untuk itu.

“Saya rasa semua filem ini menggambarkan masa mereka berada, malah terdapat cabaran besar di hadapan untuk menciptakan semula watak itu bagi bab seterusnya dan kami masih belum memulakannya,” katanya.      

Broccoli bercakap mengenai siri Amazon baharu 007: Road to a Million.   

Sementara itu, Broccoli menyatakan siri baharu itu merupakan perkara menyeronokkan untuk dilakukan ketika ini.

Malah, beliau berharap agar siri televisyen 007 dapat membantu mengisi `penantian’ peminat filem perisikan popular itu.

Siri televisyen 007:Road to a Million akan disiarkan pada 10 November depan di Prime Video.
https://www.utusan.com.my/luar-n ... 7-belum-diputuskan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 12:22 PM | Show all posts

Insiden perlanggaran kapal: China, Filipina saling tuduh-menuduh


KAPAL pengawal pantai China mengepung bot Filipina yang menghantar bekalan kepada kapal tentera, BRP Sierra Madre di Laut China Selatan pada Ogos lalu. - AFP


BEIJING: China dan Filipina saling menuduh berhubung insiden pelanggaran membabitkan dua kapal negara itu di perairan Laut China Selatan.

Kapal pengawal pantai China menghalang sebuah bot Filipina yang menghantar bekalan kepada kapal tentera negara itu, dalam siri konfrontasi terbaharu maritim.

Kedua-dua negara itu terbabit dalam banyak pertikaian di kawasan Laut China Selatan sejak beberapa bulan kebelakangan ini terutamanya di Second Thomas Shoal yang merupakan sebahagian Kepulauan Spratly.

Sejak dahulu lagi, Filipina menghantar bekalan kepada pasukan tentera ditempatkan di sebuah kapal pengangkut era Perang Dunia Kedua yang digunakan sebagai pos di beting.

Situasi itu sekaligus mendorong kapal pengawal pantai China secara rutin menyekat misi penghantaran bekalan tersebut.

Dalam insiden pelanggaran berlaku pagi tadi, pengawal pantai China mengakui kapalnya terlanggar dengan sebuah bot Filipina.

Malah, kata pengawal pantai China, pasukannya juga `secara sah’ menghalang bot Filipina daripada menghantar `bahan binaan haram’ ke kapal perang.

Jelasnya, bot Filipina itu mengabaikan beberapa amaran dikeluarkannya dan bertindak melintasi haluan kapal China dan sengaja mencetuskan masalah sehingga menyebabkan pelanggaran itu berlaku.

Manila bertindak balas dengan mengutuk sekaras-kerasnya `gerakan menyekat berbahaya’ yang dilakukan oleh kapal pengawal China itu.

Pasukan Petugas Manila bagi Laut Filipina Barat dalam satu kenyataan menyifatkan tindakan kapal China itu sebagai tidak bertanggungjawab, amat berbahaya dan menyalahi undang-undang.

Malah, pasukan petugas itu menegaskan tindakan kapal China juga mencabuli kedaulatan Filipina, hak kedaulatan dan bidang kuasa.
https://www.utusan.com.my/luar-n ... ling-tuduh-menuduh/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 12:24 PM | Show all posts
10 maut akibat tarian Garba



Tarian tradisional Gujarat Garba adalah antara ciri utama perayaan Navratri. - Foto AGENSI

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 10 orang maut akibat serangan jantung di Gujarat, barat India ketika melakukan tarian Garba yang diadakan sempena perayaan Hindu Navratri, lapor media tempatan hari ini.

Kematian itu membabitkan golongan belia dan paling muda berusia 13 tahun berasal dari Dabhoi di daerah Vadodara.

Saluran berita tempatan memaklumkan, lebih 500 panggilan telefon kepada ambulans diterima dalam tempoh 24 jam sehingga kerajaan mengeluarkan arahan kepada penganjur untuk mengambil sebarang langkah perlu termasuk menyediakan ambulans bagi membawa orang ramai ke hospital jika mereka berasa tidak sihat.

Tarian tradisional Gujarat Garba adalah antara ciri utama perayaan Navratri yang berlangsung selama sembilan malam mulai 15 Oktober lalu dan ia sering dilakukan terutamanya di Gujarat.



Kerajaan tempatan Gujarat sudah mengeluarkan amaran kepada semua hospital awam dan pusat kesihatan masyarakat yang berdekatan dengan tapak Garba untuk memastikan mereka sentiasa berjaga-jaga.

Doktor turut menasihatkan mereka yang bersuka ria untuk mengelak bermain Garba dalam tempoh yang lama tanpa berehat.

Penganjur acara juga diminta untuk menyimpan defibrilator luaran automatik yang boleh membantu menyelamatkan nyawa dalam situasi sedemikian dan juga mempunyai beberapa orang yang dilatih untuk memberi bantuan pernafasan (CPR) ditempatkan di tempat kejadian. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/dunia ... akibat-tarian-garba

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 01:21 PM | Show all posts
Israel janjikan 'serangan tanpa henti'
Oktober 24, 2023 @ 11:29am


Penduduk Palestin membawa jenazah sanak saudara untuk dikebumikan selepas serangan Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. - Foto AFP

GAZA: Tentera Israel sedang bersiap sedia melancarkan 'serangan tanpa henti' untuk memusnahkan Palestin, kata ketua tenteranya, Leftenan Jeneral Herzi Halevi.

Pada masa sama, bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, memberi amaran 'sebarang strategi ketenteraan Israel yang mengabaikan nyawa manusia akan memakan diri'.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, sejak dua minggu serangan udara Israel, angka kematian di Gaza melebihi 5,087 mangsa termasuk 2,055 kanak-kanak.

Sejak semalaman, tentera Israel terus menggempur ruang udara Gaza dengan membedil 320 sasaran termasuk terowong menempatkan pejuang Hamas dan menyerbu kawasan Palestin dihuni orang awam yang terperangkap.

Hampir sejuta penduduk Palestin kini terperangkap di Semenanjung Gaza dalam keadaan mengerikan, hanya menunggu masa menjadi mangsa bedilan tanpa henti Israel.

Halevi, dalam satu kenyataan, berkata Israel tidak berniat untuk menghentikan serangan ke atas Semenanjung Gaza yang berpenduduk padat, sebaliknya membayangkan pihaknya bersedia melancarkan serangan darat.

"Kami mahu memusnahkan Hamas sama sekali. Justeru, kami akan menggerakkan serangan tanpa henti, memusnahkan semua pejuang Hamas dalam apa cara sekali pun.


Penduduk Palestin membawa keluar mayat mangsa yang dikeluarkan daripada runtuhan bangunan yang musnah akibat serangan Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. - Foto AFP

"Kami juga sudah bersedia menjalankan operasi darat di selatan," katanya yang merujuk selatan Israel bersempadan dengan Gaza.

Tambah beliau, tentera Israel sedang melakukan pertimbangan taktikal dan operasi strategik yang memberikan anggotanya lebih banyak masa membuat persediaan.

Di mata dunia, AS menekankan hak Israel untuk mempertahankan tenteranya tetapi dua sumber yang mengetahui perkara itu berkata Rumah Putih, Pentagon dan Jabatan Negara AS, menggesa Israel lebih berhati-hati dalam tindakannya.

Kata sumber, susulan pembebasan tebusan semalam, keutamaan AS sekarang ialah memanjangkan masa rundingan untuk membolehkan tebusan lain dibebaskan.

Dalam pada itu, Obama, yang jarang memberi komen mengenai krisis dasar luar, mengeluarkan kenyataan bertulis memberi amaran supaya Israel tidak menyebabkan lebih ramai orang awam terkorban dalam tindakan balas terhadap Hamas.

"Sudah beribu-ribu rakyat Palestin terbunuh akibat pengeboman di Gaza, terutama kanak-kanak. Ratusan ribu penduduk lain dipaksa meninggalkan kediaman mereka," kata Obama dalam kenyataan yang disiarkan di media sosial.


Seorang wanita melintasi kumpulan penduduk Palestin mencari mangsa yang terselamat dalam runtuhan bangunan yang musnah akibat serangan Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. - Foto AFP

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada Obama berkongsi kenyataannya dengan Biden, yang juga naib presidennya ketika beliau menjadi Presiden AS.

Setakat ini, Rumah Putih tidak mengeluarkan sebarang maklum balas berhubung kenyataan dikeluarkan Obama.

"Keputusan Israel memotong bekalan makanan, air dan elektrik kepada penduduk awam yang ditawan hanya memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang semakin meningkat.

"Ia boleh meningkatkan permusuhan Palestin terhadap Israel selama beberapa generasi dan menghakis sokongan global terhadap Israel.

"Ini sudah tentu akan dimanfaatkan musuh Israel, sekali gus menjejaskan usaha jangka panjang bagi mencapai keamanan dan kestabilan di rantau itu," tulisnya dalam kenyataan yang diterbitkan dalam 'Medium'.

Namun, Obama turut mengutuk serangan Hamas dan mengulangi sokongannya terhadap hak Israel untuk mempertahankan diri. - REUTERS

Kredit: BH Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2025 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.179336 second(s), 53 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list