|
pasal ikan ape nih? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #860 chaoyunjie\ catat
kes kempunan ke nih..
takpa2..nt aku p amik gmbr k... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #864 pojikun85\ catat
nakal ko ni ek...
mencuri nmanya....  |
|
|
|
|
|
|
|
poji....aku tanya lg nih ngan muka tak malunyer....utk kesekian kalinyer.....resort mana yg ko nak rekemen kat aku yer? sbb aku nak google dulu resort yg ko rekemen tuh....kalu kenan aku fwd la proposal aku kat makcik aku.....kalu dorang setuju baru la nak wat booking...
tq in advance...hehee.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #864 pojikun85\ catat
la..ya ka...
kalau cam tu apa kata hg p panjat amik gambaq..
pas tu jgn lupa tempek sini..
ni ala2 aku "pinjam" mata hg la...
aku penat..lg pun...kesian kat mak aku..dok tunggu sorang2 kt bawah plak...
maklum laa..aku bawa warga emas.. |
|
|
|
|
|
|
|
kredit pd author artikel ni fari Mesra.net he3
Pulau Pangkor janji kedamaian - Perak
PANTAI yang putih bersih dan pemandangan
indah amat sesuai untuk mandi manda
serta menenangkan jiwa.
PULAU Pangkor yang pernah menjadi tempat istirahat pegawai Inggeris pada zaman kolonial sememangnya mempunyai keindahan alam semula jadi yang begitu mengasyikkan.
Deretan pokok kelapa dan pohon ru serta di kelilingi bukit bukau yang menghijau menjadikan pusat peranginan Pulau Pangkor destinasi pilihan bagi pelancong tempatan dan luar negara.
Malah, pantainya yang memutih serta airnya yang jernih memukau setiap pelancong yang ingin mengembara di dasarnya sekali gus menempatkan pulau peranginan itu antara 10 pusat percutian tercantik di dunia.
Pulau itu turut menyimpan pelbagai khazanah negara antaranya peninggalan Kota Belanda yang kini masih gagah berdiri menghadap Selat Melaka sekali gus menimbulkan kembali ingatan silam pulau terbabit pernah diduduki Belanda satu ketika dulu.
Terletak di Teluk Gadong, tersergam sebuah binaan batu-batan yang berusia lebih 300 tahun yang dibina sekitar 1670 bertujuan mempertahankan serangan penduduk Melayu tempatan dan lanun ke atas penjajah Belanda.
Kota itu, kemudian ditinggalkan oleh pihak Belanda selepas menerima serangan hebat yang diketuai oleh Panglima Kulup dan pengikutnya sekali gus berjaya mengusir penjajah berkenaan dari Pulau Pangkor.
Pembinaan semula kota itu yang terus terhakis dan dimamah usia dibaik pulih oleh Muzium Negara pada 1973.
Selain itu, terdapat juga Batu Bersurat yang menjadi khazanah negara tidak ternilai di Pulau Pangkor. Batu Bersurat adalah seketul batu yang ditemui di tepi pantai tidak jauh daripada Kota Belanda.
Di permukaannya terukir gambar seekor harimau yang dilukis dalam keadaan sedang menyerang serta tulisan dua bekas bulatan dan perkataan `If Carlo 1743'.
Mengikut lagenda, seorang budak lelaki dipercayai anak kepada seorang pembesar Belanda di Pulau Pangkor ketika zaman itu hilang dan dipercayai mati dibaham seekor harimau. Ukiran pada batu itu menggambarkan kisah menyayat hati itu.
Pulau itu juga pernah menyaksikan bagaimana bermulanya penjajahan Inggeris di Tanah Melayu khususnya di Perak melalui Perjanjian Inggeris-Perak di Pulau Pangkor pada 1887.
Selain itu, Teluk Nipah boleh dikunjungi sama ada menunggang basikal atau motosikal melalui Pasir Bogak dan sering menjadi tumpuan kerana ia mempunyai kumpulan batu karang dan timun laut yang banyak.
Bagi peminat burung pula, mereka boleh menemui pelbagai spesies burung di Teluk Nipah termasuk burung Enggang yang hidup dalam habitat semula jadinya di sekitar pantai itu.
Pengunjung juga berpeluang melihat sendiri penghasilan dan pemprosesan ikan bilis serta sate ikan yang diusahakan oleh penduduk.
Malah bagi merasai kenikmatan tinggal dalam suasana perkampungan pastinya Puteri Bayu Resort menawarkan tempat tinggal yang selesa kepada setiap pengunjung dengan panorama perkampungan tradisional Melayu.
Pengurus Besar Puteri Bayu Resort Pulau Pangkor, Kamarull Zaman Abd Rahim, berkata resort itu menampilkan konsep tradisional Melayu dengan gabungan alam semula jadi.
Katanya, setiap pengunjung akan disajikan dengan pelbagai budaya dan tradisi Melayu kepada pelancong seperti sambutan bunga manggar, dan persembahan kesenian Melayu.
Beliau berkata, sebagai contoh, setiap resort disediakan tikar jerami, air dari pasu besar untuk membasuh kaki yang menjadi budaya tradisi masyarakat Melayu.
Pada sebelah malamnya, katanya, pengunjung berpeluang untuk menikmati lagu dan tarian Melayu yang disediakan pihak resort.
Bagi mereka yang inginkan aktiviti lasak selain bersantai di tepi kolam dan mandi manda di pantai, mereka boleh menaiki `Banana Boat' dan jet ski.
Katanya, promosi budaya tradisional Melayu serta keindahan alam itu ternyata mendapat sambutan yang mengalakkan terutamanya daripada pelancong luar seperti Taiwan, Jepun, Singapura dan Eropah.
"Konsep ini adalah sebagai produk baru kepada pelancong supaya mereka bersama menikmati keindahan budaya Melayu seperti yang diamalkan di Thailand dan Hawaii yang menonjolkan budaya tempatan mereka sebagai tarikan utama.
"Kita yakin produk baru ini akan memberikan kepuasan kepada pengunjung dan mempromosikan budaya Melayu ke mata dunia,' katanya.
Cara hendak ke Pulau Pangkor
Pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan Feri yang menyediakan perkhidmatan dari Jeti Lumut ke Pulau Pangkor. Perjalanan mengambil masa antara 25 minit hingga 35 minit. Pengunjung juga boleh menikmati perjalanan sekitar Pulau pangkor atau mengelilingi pulau itu yang mengambil masa kira-kira dua jam menggunakan perkhidmatan teksi atau van dengan kadar sewa yang berpatutan.
Fakta Pulau Pangkor
- Pulau Pangkor mempunyai keluasan 2,200 hektar dengan jarak 3.8 batu nautika dari Lumut.
- Perjanjian Pangkor antara Raja Melayu dengan Residen British pada 1874 berlangsung di pulau ini.
- Kota Belanda yang dibina oleh pemerintah Belanda pada 1670 di Kampung Teluk Gedung bertujuan untuk menyembunyi dan mengawal simpanan timah di Perak.
- Batu Bersurat di Kota Belanda berukuran 10.5 meter panjang dan 4.5 meter lebar.
- Pulau Pangkor adalah beberapa pulau kecil iaitu Pulau Pangkor Laut, Mentagor dan Giam
- Enam gugusan pulau kecil di sekitar Pulau Pangkor ialah Pulau Dua, Jarak, Simpan, Tukun Terinduk, Tukun Pekan dan Batu Mandi.
- Lapangan terbang kecil Pulau Pangkor mempunyai landasan sepanjang 1,500 meter.
- Replika Tembok Besar China yang terletak di Tokong Fu Ling Kong hanya mempunyai ketinggian paras lutut dan sepanjang 1,500 meter. |
|
|
|
|
|
|
|
ikan talapia yg aku pancong DOLU2....hehehe
|
|
|
|
|
|
|
pic ni aku rembat kat google jek...hehehe

ni secara asasnya pandangan dri bukit sikit...
klau cuaca cerah n matahari terang mmg lawa ler... |
|
|
|
|
|
|
|
ehh...poji...
a/port tu kapai terbang apa yg mendarat ekk...
sunyi ja aku tgk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #874 Mas916\ catat
ADER2...
BERJAYA AIR JE WEI...TU PUN ONLY ON TUESDAY N THURSDAY KOT.... |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh...tenkiu poji sbb sudi menjawab soklan aku...hehehhe...
tu semer ade seaview rooms ehhh....aku sebenarnyer ske tgk laut sbb menenangkan pikiran...lgpon tgk laut kan dpt pahala...hehehe....ko beruntung poji ari2 dpt tgk laut....
anjungan mcm bes gak....sbb baru...kebersihan masih terjaga kan...tp...yg lain2 tu ok tak kebersihannyer? |
|
|
|
|
|
|
|
INFO KAJI CUACA...........
skang nih laut bergelora n beralun kata org pangkor....
tpi idak le bahaya sgt pun...
sj nak gtau korg je..hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #872 pojikun85\ catat
banyaknya iknnnnnn.....
then ikan yg besar....duduk kat mna plak...? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #877 pojikun85\ catat
ko ckp perak tu...
teringt aku kat sheila rusly dlm cite apo ntah...heheheheh |
|
|
|
|
|
|
| |
|